View: 1515|Reply: 9
|
Suntik Makanan Di Tiga Pasar Raya Untuk Timbulkan Kegelisahan
[Copy link]
|
|
Polis menahan seorang lelaki disyaki mencemarkan daging dan produk ketuhar gelombang mikro di pasar raya berdekatan Hammersmith dan Fulham.
Polis dihubungi sekitar jam 7.40 malam waktu tempatan kelmarin selepas seorang lelaki melakukan kekacauan dengan menjerit kepada orang awam di jalanan.
Lelaki berkenaan dilaporkan mengunjungi tiga pasar raya di Fulham Palace Road SW6 dan menyuntik produk makanan dengan sejumlah jarum.
Pasar raya yang dikenal pasti termasuk Little Waitrose, Sainsbury's Local dan Tesco Express.
Suspek yang kini di bawah tahanan polis dituduh melakukan ancaman awam dengan niat atau menyebabkan kegelisahan terhadap makanan.
Kesemua pasar raya dan lokasi dipercayai berlaku jenayah berkenaan turut ditutup.
Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuang barangan makanan yang dibeli daripada pasar raya berkenaan pada hari itu.
Bagaimanapun, sehingga kini, jumlah barangan makanan yang tercemar masih belum didedahkan dengan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat peniaga lain di kawasan berkenaan turut terbabit dalam insiden itu.
Kredit foto: The Sun
Pihak Berkuasa Kesihatan Tempatan turut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan bekerjasama dengan kesemua pasar raya terbabit.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu nak ke sana lagi. Cepatlah boleh fly. Nak stay UK 6 bulan then merayap europe 6 bulan pastu masuk balik duk UK 6 bulan. Yg tak bestnya bila lelama insurans xcover. Kena rely setahun pd travel insurance je. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree: Rindu nak ke sana lagi. Cepatlah boleh fly. Nak stay UK 6 bulan then merayap europe 6 bulan pastu masuk balik duk UK 6 bulan. Yg tak bestnya bila lela ...
Weh ini macam kehidupan hanis haizi. Mesti beliau pun berharap benda yg sama dgn chuolss
|
|
|
|
|
|
|
|
can't imagine lifestyle korang camane
kami marhaen kais pagi kais petang ni,
nak ke kedai pun fikir 20 kali.
nak pegi haji pun dah terkubur tengok baki akaun bank.
|
|
|
|
|
|
|
|
betui dah tu. versi antivacc
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin ramai yang mental sekarangn ni |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif: can't imagine lifestyle korang camanekami marhaen kais pagi kais petang ni,nak ke kedai pun fikir 20 kali.nak pegi haji pun dah terkubur tengok baki a ...
Haji hanya untuk berkemampuan, niatlah, inshaAllah dipermudahkan untuk ke haji.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 sungguh la peel diorg ni {:dot |
|
|
|
|
|
|
| |
|