View: 3465|Reply: 3
|
CIK PON MENANGIS & KISAH KE MCD
[Copy link]
|
|
CIK PON MENANGIS & KISAH KE MCD
Gambar hiasan
Assalamualaikum warga FS. Tibe2 aku rase tergerak hati pulak nak share kisah seram aku pada semua. Ni kisah sebenar dan bukan rekaan ye. Ni first time aku bercerita dan masa nak taip ni pun aku rase berdebar2 je. Aku harap admin FS akan publish cite aku.
Aku sekarang tinggal di rumah sewa di kajang. Rumah family pulak di satu kawasan yang terkenal dengan cerita2 hantu ni. Kalau aku bagitahu sure korang pun tau. Biasa tgh2 malam orang mmg takkan berani nak keluar masuk sorang2 termasuk la aku sendiri haha.
ok, ni aku nak cerita masa aku masih sek men dan tinggal dengan family. Byk jugak la cerita2 tak sedap yang aku dengar dari kawan2 aku. Nampak cik pon merayau2 la. Nampak pocong la. Macam2. Sampai kan kawan baik aku sendiri (sebelah rumah aku je. Lompat pagar dah masuk rumah dia) penah cerita family dia nampak ade mcm benda putih main terbang2 atas bumbung rumah aku. Banyak kali weh !. tapi alhamdulliah kami sekeluarga tak penah nampak lagi.
Sampai la satu hari tu, masa tu aku form 5. Nak spm la kiranya. Ntah masa tu mood study datang tengah2 malam n family aku semua dah tido. Aku pun study la atas katil (buku atas katil, aku bersila kat lantai) sambil layan lagu Exist – dirantai digelangi rindu. Masa tu aku tak pakai earphone.
Biarkan je lagu tu pasang berulang2 kali sebab lagu favourite gila masa tu. Tiba2 aku terdengar suara pompuan menangis teresak2 tersedu2. Wuuuuuu~ wuuuu~ wuuu~ . Teresak2 weh macam orang m**i laki ! betul2 kat tingkap bilik aku. Masalahnya bilik aku tingkat atas dan rumah belakang aku kosong ! (rumah aku semi-D 2 tingkat dan bilik aku bercantum ngn bilik rumah belakang Cuma terpisah dinding je) masa tu aku kuat semangat lagi.
Aku pandang adik aku tengok dia tengah sedap tidur. Aku pun off lagu tu. Senyap. 1 saat 2 saat 3 saat. Aku pun on kan balik. Wuuuu~ wuuuu~ wuuuu~ sah ! ni bukan manusia. Dalam kepala aku terus terbayang cik pon. Aku terus campak semua buku ke bawah, tarik selimut n tido. Esok tu nasib baik tak demam. Setahun aku tak bukak lagu tu ! tobat aku.
Kisah kedua aku nak cerita ni tak de la seram sangat. Masa tu aku balik rumah family sbb nak jaga adik2 aku 4 orang sebab parents aku pergi bercuti oversea masa tu ngn makcik pakcik aku. Adik2 aku tak dela kecik mana pun. Masa tu yang kecik sekali pun dah form1. Yang bawah aku pun masa tu dah 18 thn rasa.
Hari tu masa adik aku yg 18 thn ni keluar, die sampai rumah pun dah lewat gila dalam pukul 1pg mcm tu. Masa tu aku ngn sorg lg adik aku ni lapar pulak. Aku pun ajak la die pegi mcd ( mcd ni terletak luar dr kawasan tmpt aku tinggal, tepi jalan besar, sederet ngn petronas n uitm ). Nak g ke mcd pulak ade 2 jalan. Dua2 jalan gelap ya rabbi ! satu kena lalu jalan berhutan sikit. Masa tu kelapa sawit banyak lagi. Jalan satu lagi pulak kena lalu roundabout kecik n jalan tu ramai accident meninggal sebab dengar2 ade benda kacau. Waallahualam.
So aku decide nak lalu jalan yg ade roundabout ni . tawakal jela. Masa tengah lalu jalan nak ke roundabout tu, 1 biji kete pun tak de. Tak selisih langsung. Aku dalam hati dah cuak dengan jalan gelap gila. Nasib baik adik aku ade tapi tak leh harap. Dia boleh tanya aku “ kak, kau yakin ke aku ni manusia? “ gelak2 sambil pandang aku. Banyak kali weh ! Ya allah ! aku rase nak cepuk je budak ni. Aku terus tekan minyak sambil marah2 dia.
Lepas tu masa nak balik rumah aku kena lalu jalan tu balik. Aku dah warning siap2 kat adik aku mulut jaga sikit. Tapi tak makan saman betul ! masa lalu jalan gelap tu, dia boleh tanya lagi “ kak, kau memang yakin ke aku manusia? “ pastu dia pandang belakang. “ kak, kau yakin ke tak de orang belakang kita? “ Masyaallah ! aku rase nak tinggal je adik aku tepi tu weh. Aku terus pecut lagi tak pandang pun cerman pandang belakang. Sebab masa tu aku bawak kete citra n aku takut kang aku ternampak pulak benda menumpang. Sampai rumah memang aku bebel2 kat adik aku. Sejak tu jangan harap aku nak bawak dia kalau kena keluar tengah2 malam. Biar la kebulur pun. Asalkan aku tak keluar ngn dia!
Tu je kisah aku buat masa ni. Nanti ada masa aku cerita lagi. Hope cerita aku ni senang nak faham n keseraman nya sampai kat korang. Bye2 
Sumber:https://fiksyenshasha.com/cik-pon-menangis-kisah-ke-mcd/
|
|
|
|
|
|
|
|
idak ler seram sgt tp yg seram mulut adik tu... ya rabbi.. ada yg kena lekuk tu |
|
|
|
|
|
|
|
Yg part dgr sore nangis tu agak skeri, seb bek aku baca thread ni time siang.
Org ckp kalo dgr suara kuat, means bnd tu jauh. So mungkin cik pon tu nak nyakat sis je la tu |
|
|
|
|
|
|
|
kajang area mana tu?..tak penah plak dengar kajang ada kawasan misteri..
Orang bukak kedai pizza nak jalan ke kedai tu kena lalu tepi kubur steady jer.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|