CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1406|Reply: 1

[Pulau Pinang] Penduduk mohon kawasan perumahan dikenakan PKPD

[Copy link]
Post time 30-8-2021 07:41 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk mohon kawasan perumahan dikenakan PKPD[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



PPR Taman Manggis. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI





Georgetown: Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, di sini, memohon supaya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Ia berikutan ramai penduduk di flat berkenaan yang mendapat jangkitan Covid-19 dan diarah menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Pengerusi Persatuan Penduduk Mohd Azmi Daud berkata, sehingga kini seramai 100 keluarga daripada 20 unit rumah diarah menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.

Katanya, paling membimbangkan apabila sudah ada kematian membabitkan jangkitan wabak itu di perumahan berkenaan.

"Kes di sini semakin meningkat mencetuskan kebimbangan dan penduduk juga bebas keluar masuk ke kawasan ini.

"Justeru, saya berharap supaya PKPD dapat dilaksanakan di perumahan ini bagi mengekang Covid-19 daripada terus menular," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Mohd Azmi. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

Mengulas lanjut, Mohd Azmi berkata, dia sudah menghubungi pihak Kerajaan Negeri bagi permohonan itu dua hari lalu.

"Seterusnya saya akan maklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sebelum (maklumkan) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi diambil tindakan," katanya lagi.

Bagi pasangan tukang urut buta, Yusuf Jamaludin, 51, dan Norzalia Romli, 34, mengakui bimbang dengan situasi semasa kes Covid-19 di penempatan mereka.

Kata Yusuf, mereka hanya keluar dari rumah bagi membeli barangan dapur sekali seminggu dengan berjalan kaki kira-kira dua kilometer ke Pasar Chowrasta, Jalan Penang.

"Bukan tidak mahu naik kereta e-hailing tetapi kami tidak boleh melihat dengan siapa yang kami berjumpa selain perlu jimatkan wang kerana sudah dua tahun tidak dapat bekerja.

"Tambahan pula kes yang semakin meningkat di sini, kami hanya duduk di dalam rumah sahaja," kata bapa kepada dua anak berusia tujuh dan 10 tahun itu.

Sementara itu, badan bukan kerajaan (NGO) Urban Life Volunteers (ULV) sudah menerima sebanyak 35 aduan penduduk berhubung kebimbangan itu.

Setiausaha Kehormat Sarah Abdullah berkata, penduduk mendakwa sudah menghubungi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ahli Dewan undangan Negeri (Adun) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, namun tiada pihak yang turun padang.

"Penduduk kecewa lalu menghubungi kami bagi mendapatkan bantuan kerana mereka risau mengenai keselamatan kanak-kanak dan golongan warga emas yang tinggal bersama. Diharap pihak berkenaan turun padang bagi menyelesaikan isu berkenaan," katanya.

Untuk rekod, terdapat 320 unit di kejiranan itu dan kebanyakannya adalah berstatus B40 dengan meraih pendapatan sebagai nelayan pantai, tukang dan berpendapatan tidak tetap.

Penduduk juga memerlukan bantuan bakul makanan berikutan 80 peratus daripada penduduk yang tidak dapat bekerja susulan pandemik Covid-19.





Disiarkan pada: Ogos 30, 2021 @ 5:37pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 08:23 PM | Show all posts
tanah PPR yang menjadi dambaan mantan menteri kewayangan... PPR yang paling best aku pernah pi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.499326 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list