CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 827|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sindiran tidak luntur semangat

[Copy link]
Post time 31-8-2021 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Sindiran tidak luntur semangat[size=0.8][size=0.9]BERNAMA

[size=0.9]

[size=0.9]
SAHUL Hamid bergambar bersama kira-kira 300 hingga 450 bendera mini Jalur Gemilang yang menghiasi motosikalnya. FOTO Bernama

[size=0.9]


[size=0.9]


[size=0.9]
Batu Kawan: Meskipun berdepan sindiran sesetengah pihak, namun ia sedikit tidak melunturkan semangat Sahul Hamid Abdullah untuk menghiasi motosikalnya dengan bendera mini Jalur Gemilang setiap kali menjelang Bulan Kebangsaan.

Sahul Hamid, 53, berkata, sindiran nakal yang diterimanya hanya disifatkannya sebagai ketidakfahaman sesetengah anggota masyarakat terhadap maksud sebenar kemerdekaan itu sendiri.

"Ada kalanya orang ingat saya ni gila sebab tengok hiasan bendera Malaysia memenuhi segenap penjuru motosikal. Tapi, saya tidak ambil hati pun, mungkin mereka tak faham apa yang saya rasa mengenai sambutan Hari Kebangsaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya, di sini, hari ini.

Dia yang bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Sungai Bakap berkata, keghairahannya menghiasi motosikal dengan bendera setiap kali menjelangnya Hari Kebangsaan lama-kelamaan menarik minat penduduk setempat untuk turut serta menghiasi kenderaan masing-masing antaranya basikal bagi peminat-peminat ciliknya.

"Apa yang membuatkan saya lebih teruja ialah tahun ini adalah tahun pertama saya terbabit dalam menghiasi bendera Jalur Gemilang pada basikal anak-anak jiran tetangga setelah enam tahun memberi fokus kepada hiasan motosikal sendiri.


"Inilah yang kita mahu sebab melalui kempen sekecil ini mampu menarik minat generasi muda untuk menyemai semangat kemerdekaan dan cintakan negara, selain turut mengajak mereka untuk mempelajari dan menghayati sejarah Malaysia dengan lebih mendalam," katanya yang tinggal bersendirian kerana masih bujang.

SAHUL Hamid menunggang motosikalnya yang dihiasi kira-kira 300 hingga 450 bendera mini Jalur Gemilang. FOTO Bernama

Kata anak keempat daripada dua belas beradik itu, kira-kira 300 hingga 450 unit Jalur Gemilang menghiasi motosikalnya di setiap penjuru dan sudah pun mendapat keizinan daripada pihak berkuasa untuk dibawa ke jalan raya.

"Bagi memastikan bendera yang dipasang betul-betul utuh, saya menggunakan pengikat kabel yang berkualiti selain turut menggunakan material besi ringan yang berperanan sebagai tempat untuk mengikat bendera selain turut mengambil kira dari segi kestabilan motosikal itu sendiri ketika menunggangnya.

"Selain itu, saya turut akan memastikan motosikal yang saya naiki ini tidak akan mengganggu keselamatan pengguna jalan raya lain dan mengutamakan keselamatan diri ketika di jalan raya," katanya yang sudah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan selama lebih 20 tahun.

Sahul Hamid menambah, perkara manis yang biasanya dilaluinya ialah apabila mendapat jemputan dari pihak sekolah dan pihak berkuasa sekitar negeri Pulau Pinang untuk terbabit dalam perarakan kemerdekaan.

"Setiap kali menjelangnya malam merdeka, saya juga akan mengelilingi bahagian pulau dengan menaiki motosikal yang dipenuhi bendera untuk menyemarakkan lagi sambutan hari yang penuh bermakna ini," katanya yang turut berharap supaya semakin ramai generasi muda akan mengikut jejak langkahnya dalam menyemai rasa kecintaan terhadap negara.





Disiarkan pada: Ogos 31, 2021 @ 9:34am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.344398 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list