CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2984|Reply: 4

Amir Masdi Semakin Glamour, Selesa Imej Rambut Panjang

[Copy link]
Post time 1-9-2021 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Kemunculan penyanyi Amir Masdi buat pertama kali di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) yang lalu membuka mata ramai pihak akan kemampuan sebenar dirinya.


Malah, sejak itu juga Amir, 25, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi terus menjadi perhatian selain berjaya mengumpul peminat baru.


Apatah lagi genre muzik yang dibawa iaitu 'modern rock' dianggap cukup kena dengan mutu vokal hebatnya dan mampu menjadi identiti diri dalam kerjaya nyanyian diceburi.




Foto: IG




Yakin dengan genre muzik yang menjadi pilihan, Amir yang popular menerusi lagu Puas, Kau Sakiti dan Asmara muncul dengan buah tangan terbaru, iaitu single Esok hasil ciptaan bersama Shazee Ishak, Audi Mok dan Amir sendiri.


Lagu bergenre modern rock' terbitan syarikat rakaman Nova Music itu sudah dirakam sejak awal tahun ini lagi.


"Lirik lagu ini mengikut konsep dan idea daripada saya sendiri. Saya mahu sampaikan sesuatu yang boleh memotivasikan diri dan memberi semangat. Sebab sekarang semua orang berada dalam suasana suram akibat pandemik yang berpanjangan.




  



"Jadi, menerusi lirik lagu ini saya nak pujuk hati dan menenangkan orang. Shazee faham apa saya cuba sampaikan dan dia yang menulis liriknya. Saya pula tidak begitu mahir dalam penulisan lirik lagu, itu sebab saya minta tolong dia.


"Lagu Esok sudah disiapkan sejak awal tahun ini. Kebetulan saya juga ada beberapa lagu lain untuk dilancarkan sebagai single terbaru. Malah, ikut perancangan asal nak keluarkan lagu yang muziknya lebih 'up beat'. Tapi selepas berbincang dengan pasukan, semua sepakat untuk lancarkan single Esok dulu," katanya.




  



Single berkenaan sudah dilancarkan sejak 27 Ogos lalu.


Menurut Amir, genre muzik yang diketengahkan itu sudah menjadi 'trademark' muzik yang dibawakannya selain ia juga sudah dekat di hati peminatnya.


"Genre muzik ini saya tetapkan sebab berasa hala tuju muzik saya orang sudah mula kenal dan terima. Peminat sudah tahu saya penyanyi genre ini. Dalam masa sama, saya memang meminati genre sebegini.


"Kalau lagu berentak perlahan pun macam 'slow ballad', saya tambah elemen bersesuaian untuk menjadikan ia lebih ke arah 'modern rock'. Macam single Esok ini, pada asalnya nak piano saja, tapi apabila fikir balik ia tak berapa kuat dan menarik. Jadi saya kembali ke perancangan asal," katanya.




  



Amir juga mengakui, pembabitannya di pentas AJL 35 berjaya menonjolkan bakat nyanyian dimiliki.


"Bagi saya AJL membuatkan saya dapat peminat baru. Sejak itu juga, orang sudah mula mahu lebih mengenali siapa itu Amir Masdi. Diakui sejak dari dulu lagi, saya sentiasa bekerja keras dalam kerjaya. Saya tanam tekad dalam diri untuk tidak berasa selesa dengan apa yang dicapai.


"Sebagai contoh, sekalipun dah berjaya bertanding di AJL, tidak bermakna saya perlu berehat kerana sudah berada di pentas itu. Sebaliknya, saya perlu terus berusaha dan tingkatkan lagi pencapaian di masa hadapan. Walaupun sudah melangkah ke AJL, kalau boleh selepas ini saya berazam nak menang pula.


"Dalam masa sama, saya mahu sentiasa ada peningkatan dalam kerjaya agar terus bertahan dalam industri. Disebabkan itu, saya akan terus berusaha dan memajukan diri," katanya.


  





Berkongsi mengenai imej dibawa, Amir berkata dia selesa dengan imej sedemikian iaitu berambut panjang.


"Ada yang tegur kerana ada perubahan ketara dan nampak lebih rock. Mungkin sebab penampilan dan rambut. Ini akan menjadi imej tetap dan saya pun selesa dengan imej ini. Ramai juga yang bersetuju dengan saya.


"Malah, secara peribadi saya melihat imej ini yang paling sesuai. Pada masa akan datang, tak pasti lagi. Kalau jumpa idea baru, ia akan bertukar. Tapi untuk sekarang saya akan kekal dengan imej ini. Saya okey dan gembira," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Errrrrrrrrrrrrrrrrrr.... {:thief
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 10:54 AM | Show all posts
aku semakin minat dgn dia ni sbb best gila dengar dia menyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpelah biar heols enjoy puas2 dgn rambut panjang.. love ya!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 11:15 AM | Show all posts
da macam siapa tu pengarah drama yang celaru identiti tuh...
buat cerita kembar yang terpisah boleh nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1120517 Replies : 797
Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asrama Sekolah Pondok (CCTV)
tumpanglalu74Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asr
Views : 7377 Replies : 10
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.044083 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list