View: 2759|Reply: 14
|
Syifa Melvin Selalu Memberontak, Rasa Diri Sentiasa Betul- Sekarang Baru Sedar D
[Copy link]
|
|
Kata orang, sesuatu perkara mahupun tugas tidak akan sempurna sekiranya tidak mendapat reda daripada seorang ibu.
Perkara tersebut turut dipersetujui oleh pelakon Syifa Melvin, 27, yang berpendapat sekiranya tiada restu daripada wanita bergelar ibu, semua perkara yang hendak dilakukan pasti tidak akan menjadi.
Bagaimanapun, adik kepada aktres Syatilla Melvin itu tidak sesekali menolak ke tepi tentang keberkatan Allah SWT dalam semua perkara.
Foto: IG
“Sejak usia semakin meningkat, apa yang saya perasan ialah mengenai restu dan berkat. Tanpanya, apa sahaja yang dilakukan pasti tidak menjadi.
“Keberkatan Allah ialah nombor satu. Tetapi berkat dan restu daripada seorang ibu ialah satu hal yang lain,” katanya dalam InstaStory semalam.
Ujar pemilik nama penuh Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu, dia juga percaya bahawa reda Allah bersandarkan pada restu seorang ibu.
“Reda Allah terletak pada restu seorang ibu. Apabila ada restu ibu pada setiap perbuatan anak, maka berkatlah hidup di dunia dan akhirat,” tuturnya.
Dalam perkongsian sama, Syifa memberitahu dia juga pernah melalui fasa tidak mahu menerima pandangan mahupun nasihat daripada orang lain kerana berasakan dirinya sentiasa betul.
“Dulu saya lalui fasa ‘memberontak’, tak mahu dengar cakap dan terima teguran orang tetapi pada satu tahap, banyak benda tak jadi.
“Dari situ, baru boleh fikir sebenarnya apabila orang larang, dengarlah sebab mereka tidak buta tetapi kita yang buta. Kadang-kadang kena dengar juga nasihat orang terdekat,” ujarnya lagi.
Sejak melalui situasi tersebut, dia mula meletakkan ibunya, Robiah Rahman sebagai tempat rujukan bagi mendapatkan pandangan mengenai pelbagai perkara.
“Semua perkara tanya dan minta pendapat serta restu daripada ibu. Selepas dia setuju, minta pula doa daripadanya.
“Ingat, berkat dan restu daripada ibu ialah nombor satu dalam hidup kita,” katanya lagi. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
27 tp apsal muka tua?? ke typo? |
|
|
|
|
|
|
|
ini yg dgn pemain bola sepak jdt tu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Nasihat gang retis hang nama Hanna tu |
|
|
|
|
|
|
|
So sbb restu ke or kene dump ? |
|
|
|
|
|
|
|
the bingits sisters |
|
|
|
|
|
|
|
sendu sgt deni, hot dgn kebodohan |
|
|
|
|
|
|
|
taktik nak jual barang ke dik. Ada tertengok drama lakonan dia kat tvi 1 ke tv2, ya ampun desa sangat rupanya , bakat pun tak ada, macam mana boleh amik dia berlakon..rasanya budak kampung lagi ramai yang ada rupa dari melvin clan nie |
|
|
|
|
|
|
|
Dh abis teriak dh ka???
Aritu abg ipar kepam dok buat video interbiu dgn foodrider. Ingat nk tunjuk keprihatinan ke apa rupa2 nya nk promo product |
|
|
|
|
|
|
|
Early 20 dlu rasa dia ni lawa jugak. Skrg xtau la kenapa mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat dah masuk 30. Muka adik beradik ni semua set set cepat nampak tua. Very unfortunate |
|
|
|
|
|
|
| |
|