View: 1525|Reply: 8
|
Separuh Badan Hilang`Disedut’ Mesin Pengisar Daging
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki di Brazil maut tersepit dalam mesin pengisar daging yang digunakan untuk membuat daging burger.
Lapor The Sun, Rodrigo Roa Alvarez, 37, meninggal dunia ketika cuba membaiki mesin pengisar daging itu di sebuah rumah sembelihan di bandar Dourados di Brazil, Ahad lalu.
Kredit foto: The Sun
Menurut polis, Alvarez yang merupakan juruteknik, sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan terakhir sebelum penyelia keselamatan menyedari kejadian tersebut dan memaklumkan kepada pasukan kecemasan.
Dilaporkan, mangsa ditarik ke dalam mesin pengisar daging itu sehingga separuh badannya hilang.
Bapa kepada tiga anak itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Kredit foto: The Sun
Sementara itu, JBS Seara Alimentos mengesahkan insiden kematian seorang pekerjanya di kemudahannya di Dourados.
“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang ketika ini menerima sokongan diperlukan.
“JBS akan memberi kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat diperlukan yang dapat membantu menjelaskan kejadian itu,” jelas syarikat itu menerusi kenyataan.
Kredit foto: The Sun
Menurut polis, siasatan sedang dijalankan.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Kene tolak kot.. Mana tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..semoga matinya tak sakit terseksa la..ngeri sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Yg hilang separuh atas ke separuh bawah..ngee |
|
|
|
|
|
|
|
Awat buat kerja x off cabut suis... Kan tgh baiki?? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu pentingnya lock out tag out.
Mesin yang sedang dibaiki perlu diputuskan litar kuasanya, pada breaker tu pula, ada tempat masukkan mangga. Setiap pekerja yang buat kerja repair mesin tersebut perlu mangga breaker tu, satu sorang termasuklah sekurang2nya satu mangga pekerja operasi dan satu mangga juruelektrik. Sebelum mula kerja repair pula, biasakan tekan butang start mesin. Untuk pastikan mesin memang terputus bekalan kuasa.
Kalau penuhi prosedur lock out tag out, insyaAllah kemalangan seperti ini boleh dielakkan. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...
orang2 yang kerja crime scene/berkaitan hal2 ni
mesti dah disensitized tengok kes2 mati ngeri gini |
|
|
|
|
|
|
| |
|