View: 5753|Reply: 52
|
Bimbang Menyesatkan, China Kini Haramkan Program Realiti Pencarian Bakat
[Copy link]
|
|
Disifatkan membawa pengaruh buruk kepada anak muda, China kini mengharamkan penyiaran program realiti pencarian bakat.
Kerajaan mengarahkan stesen televisyen berkenaan mempromosikan peserta lelaki dengan penampilan lebih maskulin dan berperwatakan sopan.
Tindakan keras itu bagi mengekang 'budaya tidak bermoral' yang boleh menyesatkan golongan muda.
Program bakat menerusi perkhemahan itu mempertaruhkan ratusan peserta muda yang bercita-cita tinggi merebut undian orang ramai.
Kredit foto: Daily Pop
Program yang semakin popular di China itu mendapat kritikan kerana menonjolkan idola yang kurang sesuai dengan budaya tempatan.
"Institusi penyiaran dan televisyen tidak boleh menyiarkan idola atau pelbagai pertunjukan dan program realiti," kata Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional dengan merujuk kepada peraturan baharu negara itu.
Stesen penyiaran juga diarahkan menolak penyiaran estetika tidak normal seperti lelaki 'lembut', 'pempengaruh kurang sopan' serta bintang yang 'moralnya rendah'.
Pihak berkuasa China berusaha menerapkan nilai tradisional terhadap golongan lelaki di negara itu dengan meningkatkan penyediaan kelas gimnasium.
Mereka mengkritik penghibur lelaki yang mempamerkan penampilan K-Pop.
Sebaliknya, stesen penyiaran disaran 'mempromosikan budaya tradisional Cina dan sosialis yang maju'.
Stesen penyiaran TV Beijing menayangkan rancangan bakat idola 'Youth With You 3' yang disiarkan Mei lalu selepas peminat membeli dan membuang sejumlah besar yogurt untuk memilih peserta pilihan mereka.
Kini, mereka tidak lagi dibenarkan membeli produk ditaja seumpamanya untuk memilih idola mereka.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
"Stesen penyiaran TV Beijing menayangkan rancangan bakat idola 'Youth With You 3' yang disiarkan Mei lalu selepas peminat membeli dan membuang sejumlah besar yogurt untuk memilih peserta pilihan mereka"
yg ni mmg teruk giler. semata2 nm support idola idaman habis bazir benda2 ni. mcm xingat dunia bebudak zmn skrg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Mksudnya girls beli yoghurts psl kat dlm bekas yoghurts tu ada muka2 idols kgmaran dorg ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
tu laaa
dah sepesen nengoknya |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross: Mksudnya girls beli yoghurts psl kat dlm bekas yoghurts tu ada muka2 idols kgmaran dorg ke?
Rasenye untk voting.. sebb tu mmbazir gile... beli srmata2 nk vote je |
|
|
|
|
|
|
|
YWY season 2 ada contestant dari Malaysia. Joey Chua. Cantik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas beli tuh, derma la kat org2 yg nak mkn.. jgn membazir
Stesen penyiaran TV Beijing menayangkan rancangan bakat idola 'Youth With You 3' yang disiarkan Mei lalu selepas peminat membeli dan membuang sejumlah besar yogurt untuk memilih peserta pilihan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap kat Malaysia pun stop penerbitan rancangan realiti hiburan macam ni. Tak mendatangkan faedah langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
ideologi komunis memang begini. |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka mengkritik penghibur lelaki yang mempamerkan penampilan K-Pop.
Malaysia bila lagi? Dengan JAKIM JAWI MAWI bagai tak kan dengan kominis pun kalah
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha... baguslah. Kurang2 china masih ingat lelaki secara tradisinya itu bergelumang dengan makeup kah atau lumpur..
|
|
|
|
|
|
|
|
wow, strict betul ye pemantauan budaya ala North Korea ...kalau kita akana dikecam ke akalau agensi kerajaan mcam JAKIM even dalam bentik saranan ? hmm?
nanti hak asasi bising ... |
|
|
|
|
|
|
|
Deyols beli , buang air utk dptkan kod utk undi peserta fav deyols katanya. Lg bbrp hari final , tetiba scandal ni meletus. Trus show tu kena kansel.
|
|
|
|
|
|
|
|
ywy3 pun ada peserta msia plak. Taklah ensem tp pandai choreography. Tho final kensel , tp tetap buat group juga n heols terpilih jd member. |
|
|
|
|
|
|
|
xmnt show gini walaupun i suka kpop |
|
|
|
|
|
|
|
kpop terlalu lama berkuasa...lebih sedekad dah ni..takda gelombang baru ke?
mufti dan org agama pun diam ja..zaman hindustan/dangduts/rock dlu kemain bising |
|
|
|
|
|
|
|
kalau iols, iols faham kenapa kerajaan dia sampai buat macam ni. Deme punya tahap fanatik tu memang gila. Bukan level orang Malaysia hatta Korea sekalipun deme punya fanatik tu.
Kalau kata ada 1000 dekat tangan, semua sekali deme sanggup spend dekat idol ni.
Ni kira tip of the iceberg je. Showbiz diorang memang full of hardcore fans. Susah jugak nak control tak nak bagi diorang over sangat dalam menyokong idol masing2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|