CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2200|Reply: 7

Rezeki Temui Duit, Lelaki Ini Terkejut Peti Ais Terpakai ‘Berisi’ RM360 Ribu

[Copy link]
Post time 7-9-2021 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Rezeki Temui Duit, Lelaki Ini Terkejut Peti Ais Terpakai ‘Berisi’ RM360 Ribu


Seorang lelaki di Korea Selatan telah menemui wang tunai lebih 100 juta Won (RM360,656) dalam peti sejuk kimchi terpakai yang dibelinya dalam talian tular baru-baru ini.

Lelaki yang berasal dari Pulau Jeju itu tidak tahu mengenai duit yang dilekatkan di bahagian bawah peti sejuk yang dibelinya, malah tercengang semasa melihatnya, memetik laporan portal Times Now News.

Sementara itu, pihak polis mengatakan bahawa lelaki itu telah membuat laporan mengenai penemuan wang tersebut pada 6 Ogos.

Dikhabarkan, lelaki berkenaan menemui duit itu semasa membersihkan peti sejuk yang baru tiba di rumahnya.

Menurut apa yang dilaporkan oleh MBC News, wang itu telah dibungkus dalam kepingan plastik lutsinar dan dimasukkan tepat di bawah peti sejuk,

Lelaki terbabit kemudiannya menyerahkan wang tersebut kepada pihak polis dan siasatan dijalankan untuk mengesan penjual peti sejuk dalam talian itu.

“Jumlah duit itu sangat banyak dan perkara ini tidak masuk akal kerana pihak kami jarang sekali mengendalikan kes sebegitu,” ujar seorang pegawai polis.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan berkesempatan untuk mendapatkan semula duit itu walaupun telah diserahkan kepada polis kerana Undang-Undang Hilang dan Ditemui Korea Selatan menyatakan, jika pemiliknya tidak dapat dikesan, maka orang yang menemukannya boleh menyimpan.

Berikutan dalam kes ini, pemilik peti sejuk terbabit mungkin akan mendapat duit selepas 22% daripadanya dipotong untuk cukai. Selain itu, dia turut dijamin akan mendapat potongan pampasan walaupun pemilik duit itu diemui.

Namun begitu, jika wang tersebut mempunyai kaitan dengan jenayah, mana-mana pihak tidak akan mendapatkannya.



Sumber:https://iamlejen.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulia hati dia pgi repot polis.teringat peniaga bundle serambi jumpa 550k yen dlm baju kot 2 thn lps
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 7-9-2021 08:33 PM
Mulia hati dia pgi repot polis.teringat peniaga bundle serambi jumpa 550k yen dlm baju kot 2 thn lps

Kes kat serambi tu sajer nak promot kedai bundle dia kannn??
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 7-9-2021 09:26 PM
Kes kat serambi tu sajer nak promot kedai bundle dia kannn??

X psti plk aku
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Huish
Banyak nya
Ke org dadah dok simpan duit
Tetiba maknya jual plak freezer ni
Hahaja
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
wowwwww simpan situ jahh duit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2021 11:14 PM | Show all posts
dasar manusia robotik
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 03:36 PM | Show all posts
kalau dpt yg jenis senyap....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.065702 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list