View: 18339|Reply: 152
|
[Dunia]
Obesiti jadi risiko besar jika dijangkiti COVID-19
[Copy link]
|
|
Orang yang berlebihan berat badan berisiko tinggi jika dijangkiti koronavirus dan Amerika Syarikat (AS) berada dalam situasi bahaya kerana tahap obesiti sangat tinggi di negara itu, ujar ketua epidemiologi Perancis pada Rabu.
Reuters melaporkan Profesor Jean-François Delfraissy yang mengetuai majlis saintifik bagi menasihati kerajaan berkaitan epidemik itu berkata seramai 17 juta daripada rakyat Perancis yang berjumlah 67 juta berisiko tinggi terhadap COVID-19 disebabkan faktor usia, sudah mempunyai penyakit tertentu, dan juga obesiti.
"Virus ini sangat dahsyat. Ia boleh menjangkiti orang muda, khususnya orang muda yang obes. Mereka yang berlebihan berat badan perlu berhati-hati.
“Sebab itulah kita bimbang pada rakan-rakan kita di Amerika, yang terkenal dengan masalah obesiti, dan mereka mungkin mempunyai banyak masalah yang disebabkan obesiti,” ujar Delfraissy.
Delfraissy berkata 88 peratus daripada mereka yang dijangkiti koronavirus hanya mengalami simptom seperti selesema teruk.
Kadar kematian bagi orang muda yang dimasukkan ke hospital dengan penyakit pernafasan teruk akibat COVID-19 adalah 2 peratus. Namun, ia boleh meningkat sehingga 14 peratus bagi mereka yang lebih lemah.
Walaupun penularan COVID-19 di Perancis agak pantas, negara itu masih jauh daripada sampai ke tahap 50 peratus hingga 60 peratus populasinya dijangkiti dan sembuh, hingga pada tahap tertentu paras ‘imuniti berkumpulan’ dicapai, jelas Delfraissy.
"Data awal menunjukkan bilangan mereka yang memiliki imuniti lebih rendah daripada yang kami bayangkan, iaitu kira-kira 10-15 peratus,” ujar pakar penyakit berjangkit itu yang pernah mengetuai penyelidikan Perancis tentang Ebola dan AIDS.
Tambahnya, masih awal untuk mengakhiri perintah kawalan pergerakan di Perancis, yang bermula pada 17 Mac lalu dan dijadual sehingga sekurang-kurangnya 15 April.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena jadi jahat macam si Bainun tu dek. Kena kovid pun rilek2 je hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurang2kanla mentekedarah..... |
|
|
|
|
|
|
|
seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
mat jom lepak mamak malam ni pekena nan cheese sampai pengsan
im craving |
|
|
|
|
|
|
|
baik lah Noor
|
|
|
|
|
|
|
|
chandrahusin replied at 10-9-2021 05:57 PM
baik lah Noor
Hehe padahal noor baru mkn 2 pinggan nasi lauk gulai tempoyak... |
|
|
|
|
|
|
|
klu maintain boleh makan lebih skit...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je yg berjaya turunkan berat badan musim pandemik ni, yg makin bertambah berat badan pun ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 10-9-2021 06:08 PM
klu maintain boleh makan lebih skit...
Hehe....portion tu kena jaga2... |
|
|
|
|
|
|
|
setuju sgt2. bila xminum manis badan rasa segar bugar. minum air masak banyak. sel2 otak pun rasa 5G. takde lah slow2 nak fikir or beler
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 10-9-2021 05:33 PM
Kena jadi jahat macam si Bainun tu dek. Kena kovid pun rilek2 je hidup.
Tu lah walaupun sebsar peti ais, elok je dia recover.
|
|
|
|
|
|
|
|
patut la malaysia antara negara paling teruk kat asia..sebab malaysia juara obesity kat asia |
|
|
|
|
|
|
|
x kene cobid pon MENTEKEDARAH je aku..huhuhuh...dah gemokkk ni...cmne...tp laparrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Takut plak nk timbg bsok..3mggu lpas 85kg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn takut. Mungkin berat badan naik disebab oleh air dlm badan
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg betul .Itulah satu punca.
|
|
|
|
|
|
|
|
Minum teh ais setiap hari, confirm cepat naik
|
|
|
|
|
|
|
|
CitySity replied at 10-9-2021 09:18 PM
Jgn takut. Mungkin berat badan naik disebab oleh air dlm badan
Kalau tak silap, dia pregnant. Harap tak tertukar dgn forumer lain |
|
|
|
|
|
|
|
noorrrr
kak lid dah kurang sangat mentekedarah ... t
api tak turun2 berat badan .. masih kategori obese .. esok ingat nak start berjalan dlm 30 min ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|