CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1026|Reply: 0

[Kedah] Polis tahan wanita simpan senapang angin

[Copy link]
Post time 13-9-2021 09:18 PM | Show all posts |Read mode
Polis tahan wanita simpan senapang angin[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 13, 2021 @ 2:20pm[email protected]


Senapang angin buatan sendiri yang dirampas dari seorang wanita Thailand di Kampung Janggus, Jitra semalam. - Foto PDRM



ALOR SETAR: Polis menahan seorang wanita warga Thailand kerana menyimpan senapang angin buatan sendiri di sebuah rumah di Kampung Janggus, Mukim Hosba, Jitra, semalam.

Dalam serbuan jam 1 tengah hari itu, pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menahan wanita berusia 40 tahun bersama senapang di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata wanita yang bekerja sebagai penoreh getah dipercayai menyewa rumah berkenaan bersama teman lelakinya yang juga warga Thailand berusia 40-an yang juga bekerja sebagai penoreh getah.

"Ketika serbuan dilakukan, hanya wanita itu berada di rumah berkenaan. Kita percaya senapang angin itu milik teman lelakinya yang dipercayai diguna untuk memburu binatang.

"Penggunaan senapang angin buatan sendiri menyalahi undang-undang dan kita turut merampas 36 biji guli," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Rodzi berkata, wanita itu memasuki negara ini sejak tahun 2001 dan pasport miliknya sudah tamat tempoh.

"Usaha mengesan teman lelakinya masih dilakukan. Wanita itu direman selama empat hari, bermula semalam untuk membantu siasatan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.040082 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list