Persatuan Durian Thailand mendakwa produk mereka menghadapi saingan sengit selepas China tandatangani perjanjian import durian beku dengan Malaysia.
Gambar hiasan
"Ketika ini, China membenarkan import durian segar dari Thailand saja tetapi sekarang durian beku juga boleh datang dari Thailand atau Malaysia, sekali gus menjadi persaingan kita dalam pemasaran raja buah ini.
"Durian beku dieksport ke China sama ada secara ulas atau sebiji dan menerusi kajian kita, Malaysia mempunyai 16 kilang yang mampu membekukan durian secara keseluruhan untuk eksport," katanya di Facebook.
Ketika ini, Filipina, Laos dan Vietnam juga mencari jalan untuk menembusi pasaran China, meskipun eksport durian mereka belum diluluskan kerajaan China.
"Tambahan pula, kita menerima laporan bahawa wilayah Hainan di Selatan China sudah berjaya menanam durian 'Mon Thong' dari Thailand dan 'Musang King' dari Malaysia menggunakan teknik perladangan yang maju.
"ada masa hadapan, durian tempatan itu mungkin menjadi pesaing Malaysia dan Thailand," katanya.
Kata persatuan itu, pelanggan China lebih suka durian yang masak berbanding buah muda dan itu mendatangkan cabaran kepada pengeksport Thailand.
"Durian masak mempunyai hayat pendek dan cepat rosak, ini memberi kesan kepada imej buah-buahan dari Thailand manakala durian yang dibekukan tidak mempunyai masalah ini.
"Dengan jumlah penduduknya yang cukup besar, kira-kira 1.4 bilion, China adalah pasaran eksport buah terbesar Thailand dengan 22 jenis buah dibenarkan masuk oleh kerajaan negara itu.
"Durian adalah antara pilihan utama pelanggan China dan banyak restoran sudah memasukkan buah ini dalam menu mereka seperti pizza durian, pastri dan pai durian," katanya.
Post time 15-9-2021 07:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Haritu bkn thailand pon ada tnm musang king jgk ke..indon vietnam pon sama..x lama lg musang king mesia yg membongak selama ni kemain rega yahudi akan berlambak dipasaran..dh ramai persaing!
Post time 15-9-2021 08:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
edayildiz replied at 15-9-2021 06:42 PM
sedap ke doyan munthong tu?mana lg sdp ngn musang king?
Sama je macam musang king kaka, yang pasti dedua isi tebal, bijik kecik. Lezuartttt ya amat musang king atau durian thailand... Tapi takde la beza banyak mana pun dengan durian kampung. Mak iolsss suka durian kampung lagi.
Post time 16-9-2021 10:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Iolss paling suka D24. Kalau bg meolss setiap durian mmg tak sama rasa. Nti nak try black thorn pulak. Skrg musim dah habis. Kalau ada yg jual pon tak rasa segar