Gara-gara iklan mencari pekerja yang didakwa mengelirukan, hos televisyen, Nana Mahazan menjelaskan ianya tidaklah seperti yang dikatakan.
Ciri-ciri perwatakan menarik yang dipersoalkan seorang wanita kononnya sentiasa diutamakan dalam mencari pekerja mendapat perhatian Nana, 38 sendiri.
Foto G
Tambah wanita tersebut, biasanya orang berpengalaman tetapi tidak mempunyai rupa menawan sentiasa diketepikan berbanding mereka yang cantik tetapi tidak pandai membuat kerja.
Namun, Nana kemudiannya menjelaskan bahawa ianya lebih kepada pembawaan diri calon itu sendiri.
"Kalau sejenis tak suka bersiap, selekeh, mcam mana nak represent the brand kan"
Foto : IG
Menurutnya lagi, berperwatakan menarik antara salah satu kriteria dan bukan satu-satunya kriteria yang dinilai. Jadi, cara terbaik adalah mencuba terlebih dahulu temu duga tersebut dan nilaikan selepas itu.
Anda rasa, penampilan menarik penting ke tak penting? Betul ke apa yang Nana cari? - CARI
|