Tular isu anak dara tidak pandai memasak tetapi berani berkahwin membuatkan seniwati, Datin Sofia Jane turut memberi komennya di laman Twitter.
Menurutnya, ketika perkenalannya dengan suami (Datuk Meor Azman), dia telah berterus-terang mengenai kekurangannya di dapur. Ianya diperkuatkan lagi dengan arwah ayah sendiri yang memberi amaran kepada bakal menantu.
Namun, dalam kekurangan tersebut, mereka melayari rumah tangga selama 26 tahun dan kekal utuh hingga kini.
Foto :Twitter
Dalam status sama, pemegang watak Zaleha dalam Perempuan, Isteri dan ... ini sempat bergurau yang dia reda suaminya menempah pesanan makanan luar selepas itu.
Ianya menarik perhatian peminat dan memberikan komen yang manis-manis belaka termasuklah seniwati, Susan Lancaster.
Foto : Twitter
Foto : IG
Netizen turut bersetuju dengan kenyataan tersebut bahawa memasak bukan tugas isteri seorang. Jika kedua-duanya tidak pandai memasak pun, banyak lagi alternatif yang boleh dicari, kan?
"Absolutely! I wish I was a better cook but Im not. Doesnt make me less a woman or a wife. I stopped beating myself up about it."- Sofia Jane
Foto : ig
Jadi, lontarkan pandangan anda mengenai isu ini. Apa pun memang Sofia Jane kekal jelita kan? - CARI
|