View: 2869|Reply: 9
|
MV Cecah 2.4 Juta Tontonan Hilang, YouTube Wafiy Ilhan Pula Digodam
[Copy link]
|
|
Penyanyi remaja Wafiy Ilhan menjadi mangsa ketiga selepas Nabila Razali dan Nana Sheme apabila saluran YouTube miliknya turut digodam pada Isnin.
Wafiy atau nama sebenarnya Mohd Wafiy Ilhan Johan, 19, berkata, dia sedih apabila muzik video single pertamanya berjudul Lat Tali Lat yang sudah mencecah 2.4 juta tontonan hilang begitu sahaja.
 Kredit foto: IG
"Saya hanya tahu akaun YouTube saya sudah tiada selepas dimaklumkan pihak pengurusan lama pada pagi semalam (Isnin).
"Memang agak terkejut dan terfikir dugaan apa lagi nak datang. Ikutkan jumlah pengikut di YouTube hampir 100,000... dalam 96,000 pengikut dah.
"Walaupun saya tak berapa aktif di YouTube tapi banyak juga kenangan. Terutama video muzik single pertama saya yang sudah cecah hampir 2.4 juta tontonan.
"Agak sedih sebab saya sendiri yang mengarahkan MV lagu tersebut dan kini hilang begitu saja," kata Wafiy ketika dihubungi mStar.
Terdahulu, mStar melaporkan Nabila Razali dan Nana Sheme kehilangan akaun YouTube mereka selepas digodam individu tidak bertanggungjawab pagi Isnin.
Dalam pada itu, Wafiy yang mula dikenali selepas menyertai program Ceria Popstar ini memberitahu dia menerima dugaan tersebut secara tenang dan positif.
"Saya tak nak panik sebab takut masalah lain yang datang. Jadi, kena reda dan tenang saja. Bila dapat tahu, saya tarik nafas dan bertenang.
"Insya-Allah mesti ada jalan penyelesaian. Pihak pengurusan lama pun sedang cuba untuk dapatkan balik akaun itu. Tapi saya tidak mahu berharap.
"Saya siap sedia dengan kemungkinan, kalau tak dapat, tak apa. Saya akan buat akaun baru dan saya akan sediakan content yang lebih baik," ujarnya.-CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
buat artis n semua org please activate mfa, multi factor authentication. password tak secure yes tuan puan… |
|
|
|
|
|
|
|
Hilang disorok hantu kopek kut |
|
|
|
|
|
|
|
dino replied at 21-9-2021 11:21 AM
buat artis n semua org please activate mfa, multi factor authentication. password tak secure yes tua ...
setuju sangat. Kalau dah tahu akaun kita tu official acc ke apa, buat la siap2.
Acc personal takpe lagi kalau tak buat. Official acc kalau tak buat, jadi rugi gitu je la |
|
|
|
|
|
|
|
uish da besor budak ni.. dlu duk tgk die blkon dlm supergamer ke ape tu kt astro ceria.. |
|
|
|
|
|
|
|
selepas aku tgk bapak instafemes budak tu juai acc insta, aku tak percaya depa kat kena hack dh.. ntah2 juai, hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
laa budak ni penyanyi jgk ke?igtkan pelakon je..iols ngan mak suka betul tengok cite penunggu soldorm yg dia berlakon ngan eric fuzi semua tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow yang hilang semua penyanyi sendu frozen kena masuk kelas vokal |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni sejenis gigih tau...
akan kekal releven budaknya..tapi kat astro je laaa..
x pernah tgk dia kat cenel lain lagi...
anggapla ni ujian untuk ko nak....dah tau view juta juta invest la security sikit...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|