View: 3795|Reply: 10
|
"Makin Galak Cakap Perkara Lucah Sampai Malam,"-Rafidah Ibrahim
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan pelakon, Rafidah Ibrahim, 35, menyeru agar semua kaum wanita bersikap lebih tegas dan tidak membenarkan mana-mana golongan lelaki dengan sewenangnya menggunakan kata-kata berunsur gatal atau lucah kononnya atas tiket satu gurauan.
Menurut Rafidah, perkara itu seharusnya dilihat serius kerana jika dibiarkan berterusan ia tidak mustahil mampu membawa kepada berlakunya perkara yang tidak diingini.
Foto: IG
“Ini cerita pengalaman sendiri. Saya pernah bekerja di sebuah tempat. Pada awalnya, kata-kata berunsur gatal atau lucah cuma mungkin terlepas dek bergurau. Tapi ternyata, salah tafsiranku.
“Tapi makin hari, makin galak pula lelaki tersebut bercakap perkara lucah sehinggakan di malam hari, melalui telefon pun masih bersikap sedemikian. Lebih mengecewakan lagi, apabila hal itu disokong isterinya.
“Allahuakbar. Apa nak jadi nasib pada isteri dan anak dara orang yang bekerja di luar sana?”katanya dalam satu hantaran di Instagram hari ini.
Tambah penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang ini lagi, menerusi satu sesi bual bicara dengan seorang pensyarah dari Indonesia, Yusria Ahmad di live Instagram sebelum ini, dia pernah bertanyakan apa tindakan yang perlu dilakukan dalam situasi janggal seperti itu.
“Pensyarah tersebut menyebut, kata-kata yang tidak selesa untuk didengari, itu bukan hak kita. Jika masih berterusan, maka letak jawatan! Allahuakbar, besar sungguh ujian wanita akhir zaman.
“Saya bertanya lagi, bagaimana pula orang lelaki yang sangat suka makan atau minum bekas wanita tanpa pengetahuannya? Tetapi jika bekas lelaki ‘dia’ bereaksi geli? Pensyarah katra, jika perkara sebegitu, orang itu sakit di dalamnya sama ada mental atau jiwanya.
“Tidak mustahil, dia boleh melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keinginannya. Panjang lebar lagi yang ingin dikongsikan. Tapi cukuplah sampai setakat ini dahulu,”katanya.
Dalam pada itu, Rafidah menasihati pengikut dan peminat wanitanya agar sentiasa menanamkan prinsip untuk menyelamatkan maruah diri.
“Hari-hati para wanita. Selamatkan maruah dirimu. Sesiapa yang ada atau pernah dengar pengalaman berkaitan gangguan seksual , boleh kongsikan dengan saya dan mudah-mudahan didengari pihak berwajib,”katanya.-CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Fitnah pun boleh mencetuskan gangguan sexual. Insist on conspicious sentiments we are not cheap and not even looking for cheap men.
Sebab takmau satu insiden yg viral jadi permulaan insiden lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan dia yang sakan cakap lucah merapu..
Tapi memang annoying kalau orang cakap lucah tak bertapis ni. Kat ofis ada sorang abang tu. Selamba je gurau lucah dengan staf perempuan. Dengan staf lelaki lagilah dia menjadi! |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku kerja Kt hotel sebelah ioi.. dia sanggup bernti kerja sbb boss dia cakap x senonoh dgn sengjaa |
|
|
|
|
|
|
|
Bukak jelah tiktok tu..brp ramai yg jd modal capmelan..dok tkinja2 buat muka comel..pakai tudung tp serupa tak pakai baju..takleh blah sekor2..nak2 yg joget naik turun naik turun tuh..tak sior teman {:nose |
|
|
|
|
|
|
|
Selekeh betul jenis kuat melucah ni. Jijik. |
|
|
|
|
|
|
|
Dlu OM kat hotel iol pun x snonoh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu jeleeeee dalam otak ummah
Ngesekkkkkkk jeleeee
Cuba buat anjakan paradigma
Uihhhhhh meroyan maki bagaiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang yg suka meluncah memang jijik |
|
|
|
|
|
|
|
kita as perempuan jangan pernah buka ruang utk jejantan tu berckp benda2 mcm tu kat kita.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|