CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2286|Reply: 18

Hentak Kepala, Lompat Keluar Dari Tangki- Paus Didakwa Tertekan Dan Cuba Bunuh D

[Copy link]
Post time 22-9-2021 09:08 AM | Show all posts |Read mode
Sepanyol– Sebuah video memaparkan aksi seekor paus pembunuh melompat keluar dari tangki gergasi  menjadi perdebatan hangat dalam kalangan aktivis haiwan yang mendakwa bahawa kejadian itu adalah  cubaan membunuh diri, lapor akhbar The Sun.


Berdasarkan rakaman yang tular sejak tahun 2016 itu, paus bernama Morgan itu dilihat tidak bergerak selama 10 minit ketika terdampar di tepi tangki.


Aktivis-aktivis haiwan menyuarakan kebimbangan terhadap mamalia itu yang menurut mereka,  ia tidak berasa gembira berada di Zoo Loro Parque, Kepulauan Canary.


Foto: The Sun




Terdapat  video lain yang memaparkan Morgan berulang kali menghentak kepalanya pada pagar besi.


“Ini adalah satu daripada banyak contoh yang memberitahu kita tentang apa yang tidak betul dengan aktiviti penangkapan haiwan seperti ini.


“Kita tidak akan melihat sikap aneh seperti ini dalam habitat semula jadi,” kata pertubuhan kebajikan dan perlindungan ikan lumba-lumba, Projek Dolfin.


Sehingga kini, masih tidak dapat dijelaskan apa yang cuba dilakukan oleh Morgan, namun pakar-pakar tidak menolak kemungkinan  ia cuba mencederakan dirinya.


Sementara itu, pengurusan Zoo Loro Parque menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan,  tindakan Morgan itu adalah normal.


“Membiarkan badan terdampar seperti itu adalah tindakan normal yang sering dilakukan paus pembunuh apabila ia berburu di habitat semula jadi.


“Ia bukannya tidak gembira. Banyak benda yang boleh ia lihat apabila berada di luar tangki,” ujar Pengarah Loro Parque, Wolfgang Rades.


Morgan ditangkap di Laut Wadden, luar pesisir pantai Belanda dan ‘ditawan’ pada tahun 2010 selepas ditemui dalam keadaan kekurangan zat. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 09:16 AM | Show all posts
Bodohnyer jawapan Pengarah Loro Parque.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:19 AM | Show all posts
Sian paus tu. ikan pun ada masalah mental kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP: Sian paus tu. ikan pun ada masalah mental kan?


Binatang tak dikurniakan akal, tapi dia tetap boleh ada feel, ada penyakit. The fish needs freedom. Kita yg terkurung sbb PKP kejap pun meroyan royan. Inikan ikan yg seumur hidup terkurung dalam kolam tu saja, pastu kena paksa perform pulak. Padahal bukan nature dia utk buat performance.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:31 AM | Show all posts
ikan pos = raykat
staf zoo = kerajaan kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya, maybe dia nak tempat baru dan ada krluarga kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2021 10:48 AM | Show all posts
Kesiannyaa.. Memang macam something wrong je tu. Walaupun ai suka je p zoo tapi entahlah setuju jugak zoo ni sekat kebebasan natam2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 10:52 AM | Show all posts
lepaskanlah..kesiann
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 10:57 AM | Show all posts
Knowlee replied at 22-9-2021 09:27 AM
Binatang tak dikurniakan akal, tapi dia tetap boleh ada feel, ada penyakit. The fish needs freed ...

kan.
dulu masa kami balik kampung seminggu, tinggal anak kucing umo setahun kat pet hotel.
habis je cuti, anak kucen merajuk. tak aktif. risau je kena dera ke ape kat kedai tu. atau sakit ke. penyakit berjangkit ke.

bawa la gi vet. pastu doc sahkan, "Depression."
dia cedey ingatkan kena buang
halaa halaa halaa halaa bulus sekor ni  

berminggu jugak ler baru dia normal, aktif balik  
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Paus pun nak bunuh diri..sedihnya...durjana lg manusia yg menyebabkan paus ni mental
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
siannya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 22-9-2021 10:57 AM
kan.
dulu masa kami balik kampung seminggu, tinggal anak kucing umo setahun kat pet hotel.
habis ...

Alololo... Manja sgt la tu sampai depression... Syukur dia dah ok balik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
haiwan pun ada perasaan kan
kesian kalau betul dia diperlakukan tak elok kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
yela stress agaknya..takde patner ke? xbaikk taw..dorg pun ada perasaan..kucing i dulu depress sbb i xbg carik betina..tu before i sunat kan beliau la
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 22-9-2021 10:57 AM
kan.
dulu masa kami balik kampung seminggu, tinggal anak kucing umo setahun kat pet hotel.
habis ...


sama kucing i mengamuk i xbg jmpa patner kucing dia..masatu xkembiri lg..mengeletis bethol tamo mkn..bwk p jmpa klinik ckp stress
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 05:27 PM | Show all posts
Ikan paus pun tahu rasa tertekan dan marah bila terlalu lama dikurung inikan pulak manusia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 07:41 PM | Show all posts
i think  the Morgan is stress lah , kesian  dia, lepaslah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepaskan laaa....
Manusia lockdown pun dah naik mental anxiety ptsd bagai
Biar la dia bebas
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau la binatang2 ni boleh bercakap, dah lama manusia2 ni dibawa ke muka pengadilan. Dgn binatang hampa boleh la buat lebih kurang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 1111 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1616 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 2224 Replies : 0
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25667 Replies : 22
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 10033 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 7420 Replies : 2
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57742 Replies : 1094

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 04:19 AM GMT+8 , Processed in 1.736309 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list