Masih lagi dalam isu tuala wanita yang mengangkat grafik alat sulit pada pembungkusan produk mereka.
Kali ini menerusi perspektif badan bukan kerajaan wanita, Wafiq yang menyatakan tujuan iklan tersebut bukan sekadar pendidikan tetapi juga mencipta kontroversi.
Presidennya, Dr.Rafidah Hanim menegaskan iklan tersebut terang-terangan bukan memperjuangkan maruah wanita. Apa kena mengena simbol vulva as the heart of embroidery dengan keluarga miskin haid?
Foto :Twitter
Bagi Dr.Rafidah, mereka tidak menentang penggunaan bunga sebagai perlambangan kepada alat sulit wanita, namun apa yang ditentang ialah konsep meletakkan grafik tersebut yang terang-terangan seperti kemaluan wanita itu sendiri dan ianya dipersetejui netizen.
Manakala bagi mereka yang menyatakan badan bukan kerajaan muslimah tidak menentang kempen berbaur seksual terang-terangan seperti ubat kuat, papan iklan dan sebagainya, sebenarnya mereka telah lama bersuara tetapi tidak mendapat perhatian sebesar tuala wanita ini.
"Sebelum ini pun, memang perjuangkan tetapi tidak mendapat respon dari pihak atasan dan netizen."
Jadi, pandanglah sesuatu isu itu dari pelbagai perspektif agar minda lebih terbuka. Adakah wajar alat sulit merata-rata tempat?- CARI
|