Sebuah rumah didapati terlepas daripada terkena lava yang mengalir susulan letusan gunung berapi di Kepulauan Canary, Sepanyol.
Kredit foto: Reuters/BBC
Rakaman foto rumah di La Palma ini tular di media sosial dan telah diberi jolokan sebagai "rumah ajaib".
Gunung berapi berkenaan mula meletus pada Ahad menyebabkan lebih 200 rumah musnah manakala 6,000 penduduk terpaksa berpindah.
Lava daripada gunung berapi Cumbre Vieja masih mengalir dan para saintis tidak dapat meramalkan bila ia akan berhenti meletus.
Foto rumah berkenaan berjaya dirakam jurugambar Ramon de la Rocha menunjukkan ia dikelilingi lava dari Cumbre Vieja.
Kredit foto: BBC
Ia dimiliki pasangan Denmark, Inge dan Ranier Cocq yang tidak mengunjungi kediaman tersebut sejak pandemik COVID-19 bermula, lapor portal berita El Mundo.
Di M'sia ade juge bencana alam bila ada tanah runtuh yg meranapkan rumah di atasnya, merosakkan jalanraya, banjir besar, tiupan angin ribut/pusar dan belakangan ini terjadi terjahan kepala air di sungai2. Semua itu tetap musibah yg merugikan dn atau meragut nyawa mangsa2 yg ditimpa malang. Pendek kata bencana alam ada di mana2. Hanya bentuk bencananya saja berbeza2 mengikut letak geografi setempat.