CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1193|Reply: 0

[Pulau Pinang] Maqis rampas putik bunga dari India

[Copy link]
Post time 24-9-2021 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Maqis rampas putik bunga dari India
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 24 September 2021


Putik bunga yang dibawa masuk dari India dirampas selepas cuba dibawa masuk tanpa mengemukakan permit import dikeluarkan oleh Maqis

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 200 kilogram (kg) produk keluaran pertanian dari India di Gudang Zon Bebas Dermaga Air Dalam (DAD) pada Rabu lalu.


Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, rampasan bernilai RM 5,009 dibuat hasil pemeriksaan rutin pegawainya di gudang berkenaan kira-kira jam 5.55 petang.


Beliau berkata, bungkusan guni yang diperiksa mengandungi putik bunga asam belanda kering dan daun kering spesis moringa leaf cuba dibawa masuk tanpa mengemukakan permit import Maqis.


"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh di hukum di bawah Seksyen 11(3), Akta yang sama," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.




Bungkusan guni yang diperiksa mengandungi putik bunga asam belanda kering dan daun kering spesis moringa leaf cuba dibawa masuk tanpa mengemukakan permit import Maqis.


Muhammad Ikram berkata, jika sabit kesalahan, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.


Sementara itu beliau berkata, Maqis Pulau Pinang sentiasa mengambil langkah serius bersama agensi penguatkuasaan di sempadan membabitkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.


Tegasnya, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ik-bunga-dari-India
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.034726 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list