View: 1446|Reply: 1
|
Usyk lebur rekod juara heavyweight dunia Joshua
[Copy link]
|
|
London: Oleksandr Usyk menamatkan penguasaan Anthony Joshua sebagai juara heavyweight dunia selepas bertarung 12 pusingan di Stadium Tottenham Hotspur.
Petinju Ukraine itu menang dengan kiraan 117-112, 116-112 dan 115-113 ke atas Joshua yang beraksi di laman sendiri serta mendapat sokongan lebih 66,000 penonton itu.
Kemenangan itu mengekalkan rekod sempurna Usyk sebagai petinju profesional kepada 19 kemenangan daripada 19 pertarungan, menjadikannya sebagai atlet ketiga dari sukan berkenaan selepas Evander Holyfield (Amerika Syarikat) dan David Haye (Britain) memenangi gelaran dunia cruiserweight dan heavyweight serentak.
Peminat tinju Britain sebelum itu mengharapkan pertembungan dua jaguh mereka, Joshua dan Tyson Fury, yang akan mempertahankan gelaran heavyweight Konfederasi Tinju Dunia (WBC) menentang Deontay Wilder di Las Vegas bulan depan.
Namun Joshua perlu melepasi cabaran Usyk, juara heavyweight Olimpik 2012 di London, manakala pula Joshua di temasya yang sama memenangi emas kategori super-heavyweight.
"Ia amat bermakna buat saya. Pertarungan berjalan seperti yang saya rancang. Ada masanya Anthony mengasak saya tetapi tiada apa yang istimewa.
"Saya tidak berniat menumbangkannya kerana pasukan saya tidak mahu saya melakukannya.
"Pada awalnya saya lebih agresif tetapi kemudian saya kembali kepada rancangan asal," kata Usyk yang kini mengikut jejak adik-beradik Wladimjir dan Vitali Klitschko sebagai juara dunia heavyweight dari Ukraine. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
USYK (kiri) mengasak Joshua. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|