View: 2284|Reply: 11
|
Campur Racun Ikan Dalam Jamu Sebab Panik Kekasih 14 Tahun Hamil
[Copy link]
|
|
Kerana panik, seorang lelaki tergamak meracun teman wanitanya hingga maut setelah mangsa memberitahu dia hamil.
Menurut laporan, dia memasukkan racun ikan ke dalam jamu lalu memberi minum kepada mangsa.
Kejadian diketahui apabila mayat mangsa ditemui di Desa Tiru Lor, Kecamatan Gurah, Kabupaten Kediri, Jawa Timur, Jumaat lalu.
Mangsa berusia 14 tahun itu ditemui jirannya dikenali sebagai Samsuri, 50, ketika mahu memberi makan kepada ternakannya.
Samsuri bergegas meminta pertolongan seorang lagi jiran bernama Sampan sebaik melihat mayat mangsa sebelum melaporkan kejadian ke perangkat desa lalu disampaikan kepada pihak polis.
Hasil siasatan polis mendapati telefon bimbit mangsa mempunyai perbualan mencurigakan dengan teman lelakinya.
Dari maklumat tersebut polis menahan remaja lelaki berusia 15 tahun.
Daripada soal siasat polis, motif kejadian disebabkan pelaku kebingungan setelah mengetahui mangsa hamil.
Kehamilan itu diketahuinya dari aduan mangsa yang melakukan pemeriksaan sendiri menggunakan alat ujian kehamilan.
Keadaan itu lantas membuat suspek yang juga jiran mangsa panik lalu meracun gadis malang itu.
Dari pengakuan suspek kepada polis usia kehamilan mangsa diperkirakan memasuki minggu keempat.
Polis memberitahu, selepas mengetahui mangsa hamil, suspek mengambil inisiatif membuatkan jamu untuk menggugurkan kandungan tersebut.
Namun, suspek sebaliknya mencampur jamu tersebut dengan racun tanpa pengetahuan mangsa.
Korban yang tidak merasa curiga meminum jamu mengandungi beracun tersebut yang meragut nyawanya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah....
Makin banyak cerita dari indon sekarang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok la sapa yg bukak
|
|
|
|
|
|
|
|
Waktu korg mgesek tu xbingung pulak. Dh bunting baru nk bingung?? |
|
|
|
|
|
|
|
Jamu untuk mengugurkan janin..hebat indon blh buat sendiri jamu mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hukuman tuk jantan2 yg rosakkan anak dara org, pastu tak tanggungjawab ni.
Patut dibuang benih dia. Toksah membiak. Nanti bila dia semakin matang dia baru serius nk bercinta dan cari isteri.
Pastu dia kawen n buleh anak.Elok je post gambar kat fb dan kelihatan bahagia.
Post hadis2 bagai eiiiiiii pdahal ko tu masa bbnu jahat nak mampus.
Bercinta ngn pmpuan tak serius keje nk punahkan hati org je.
Jantan2 camni taklayak membiak dan tak layak bahagia walau ko dah insap ke dah tobat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Knplah x pakai protection waktu buat projek..dah krg bkn nak anak pun dan xde rasa tanggungjwb |
|
|
|
|
|
|
|
jas7512 replied at 28-9-2021 03:09 PM
Knplah x pakai protection waktu buat projek..dah krg bkn nak anak pun dan xde rasa tanggungjwb
Xde education
Bila nak diajar, mak pak bising galakkan sex |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak tajuk nih cepat2 mata meolls melilau nama tempat. Memang sah! Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya dak perempuan tu... Dah termengandung biarkan je je la baby tu dik, serah pd orang yg nak jaga nnt, ramai je yg tak ada rezeki nak dpt zuriat. |
|
|
|
|
|
|
|
Editor mal leluhur yendon kah?
Hamboiiii ko budakkk
Ko pikir baby datang dari mana?
Burung bawak dari basket? |
|
|
|
|
|
|
| |
|