View: 3987|Reply: 16
|
Syafie Naswip Minat Bercucuk Tanam, Keluar Modal RM10K Untuk Kebun
[Copy link]
|
|
Bermula secara suka-suka, pelakon Syafie Naswip akui dia mula serius dengan hobi baharunya bercucuk tanam dan berhasrat untuk memiliki kebun sendiri satu hari nanti.
Syafie, 29, atau nama sebenarnya Mohd Syafie Naswip berkata, dia memulakan hobi baharu itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan tahun lalu.
Foto: IG
"Masa PKP awal-awal dulu bosan bila duduk rumah, jadi saya nak buat sesuatu isi masa lapang. Dari sinilah bermulanya aktiviti bercucuk tanam di halaman rumah.
"Bila dah mula itu lama-lama jadi minat dan makin rancak pula berkebun. Sehinggakan kalau saya shooting dan ada jarak masa dua hari saya sanggup balik untuk untuk jaga pokok-pokok yang saya tanam.
"InsyaAllah, jika ada rezeki saya nak ada kebun atau nurseri sendiri... saya nak kembangkan lagi minat saya ni," katanya kepada mStar.
Syafie berkata dia mula terjebak dengan aktiviti tanaman sejak perlaksanaan PKP lalu.
Syafie atau nama sebenarnya Mohd Syafie Naswip, 29 berkata, setakat ini dia sudah mengeluarkan modal lebih kurang RM10,000 untuk mengusahakan tanamannya yang diberi nama Kebun Bujang Nilai.
"Kebun saya lebih kepada tanaman herba, sayuran dan buah-buahan... pokok hiasan pun ada tapi tak banyak.
"Saya lebih memilih untuk tanam pokok herba sebab ia beri manfaat, kalau ada nak pakai untuk ubat-ubatan, boleh ambil terus. Macam itu juga dengan sayur-sayuran, kita tak tahu bila beli di kedai sama ada organik atau tidak, jadi bila tanam sendiri ni senang, boleh juga kurangkan membeli di kedai.
"Saya pun tak berapa tahu kos sebenar sebab saya beli barang semua sikit-sikit... tapi saya boleh anggarkan kos dalam RM10,000 setakat ini. Bila saya nampak ada ruang kosong, saya akan tambah lagi mana pokok yang boleh tanam," katanya.
Katanya, tidak semua pokok yang ditanam menjadi dan ia bergantung kepada teknik tanaman yang betul.
"Ada juga tanaman yang saya buat tidak menjadi... macam pokok cili dan timun. Kedua-dua tanaman ini memang agak mencabar kerana memerlukan penjagaan yang rapi sebab senang terkena serangan.
"Tapi sebab minat, saya akan terus cuba sebab untuk ceburi bidang tanaman ni, kita perlu tahu teknik dan paling penting ada minat. Alhamdulillah, bila saya berkongsi aktiviti bercucuk tanam ni, ramai pula yang berkongsi tip dan ia sangat membantu.
"Tanam pokok umpama kita bela kucing, perlu dibelai dan luangkan masa, barulah pokok akan sihat dan segar sentiasa," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan karier seni, Syafie memberitahu dia kini dalam usaha menurunkan berat badan sebagai persiapan untuk lakonannya menerusi sebuah filem.
"Bila mula penggambaran filem itu saya belum dimaklumkan lagi, cuma saya diminta untuk bersedia menurunkan berat badan dalam untuk memenuhi watak.
"Buat masa ini saya belum boleh dedahkan lagi lebih teperinci, cuma sekarang saya nak turunkan berat dalam lapan kilogram.
"Sebelum ini memang sudah ada pengalaman untuk kurangkan berat badan atas tuntutan watak tapi kali ini agak drastik sedikit," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya pokok.. santekkk... |
|
|
|
|
|
|
|
Gardening ni memang berhantu.
Kalau nampak pokok berkenan beli terus takde fikir dah. Padahal kat rumah tu sampai dah takde tempat nak letak. Paling best bila tengok pokok yg kita tanam naik elok...syok gila.
Anyway baguslah dik syafie u menanam nanam ni....jangan jadi retis lain masa muda spend sana sini sibuk beli kereta mahal beg chanel gucci bila tua keluar statement kata "peminat dah lupakan saya" time kau spending takde ingat peminat pulok |
|
|
|
|
|
|
|
bagus ni.. hobi yang bermanfaat |
|
|
|
|
|
|
|
Iol x minat brkebun tpi dri apa yg iol prnh bca & parents pun minat brkebun, brkebun ni mmg hobi yg mmerlukn bnyk duit. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus! Well done! Patutnya ramai lagi retis2 buat mcm ni dari dok meroyan kat socmed tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya hobi masa lapang |
|
|
|
|
|
|
|
Betul pokok cili tu...pokok iols memula elok cantik..sekali kena serangga putih melekit tu..n ni mcm belalang plak...bila la nak bg hasil... |
|
|
|
|
|
|
|
Kebun dia ni organize betul. Seronok tengok |
|
|
|
|
|
|
|
cantik2 tanaman dia siap berlabel
acikrut pun suka berkebun kan..tiba teringat |
|
|
|
|
|
|
|
nampak kemas halaman rumah heols...
hobi yg berpekdah daripada iols berkuntum dlm porem ni jah |
|
|
|
|
|
|
|
ok la dia jrg kontroversi, artis yg sentiasa positif, humble, xperlu nak hensem mletop pun just manis dipandang pun dah ok |
|
|
|
|
|
|
|
dia lurus ke kaka?... tengok macam sesuatu jah... nak2 jenis minat pokok... gegayah selalu minat pokok2 ni siap bubuh dalam bilik dan jamban...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|