CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4148|Reply: 17

"Satu Sen Pun Tak Bayar Hutang,"- Didi Astillah Kecewa Dikhianati Kawa

[Copy link]
Post time 7-10-2021 08:40 AM | Show all posts |Read mode
Bagai melepaskan anjing tersepit. Itu perumpamaan yang paling sesuai dengan situasi yang dihadapi penyanyi dan pelakon Didi Astillah ketika.


Menurut Didi, dia benar-benar terkilan dengan sikap seorang individu yang sudah dikenali lebih daripada 10 tahun yang tiba-tiba berubah angkara wang.


Lebih memburukkan keadaan, individu yang pernah menjadi seorang sahabat baiknya itu bukan sahaja tidak mahu membayar hutang bahkan mereka-reka cerita dan menyebarkan cerita buruk tentang dirinya.




Foto: IG




“Sudahlah meminjam duit kita bertahun-tahun dan mengelak untuk bayar walau satu sen pun.


“Saya tidak kisah sangat yang itu. Paling saya sedih dan terkilan dia cakap dan jaja cerita buruk pula tentang saya pada orang lain,” katanya kepada Kosmo! Online.


Tambah Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 25, dia sebenarnya sudah lama memendam rasa dan bersabar dengan apa yang dilakukan rakan baiknya itu.




  



“Kalau ikutkan sudah lama saya pendam perkara ini sendirian. Tapi kali ini memang betul-betul buat saya hilang sabar dan tidak tahan,” katanya lagi.


Terdahulu, menerusi hantaran dalam Instagram, adik kepada pelakon Bella Astillah itu meluahkan apa yang terbuku di hatinya agar menjadi tauladan buat pengikutnya.




  



“Sebenarnya tak suka nak bercerita pasal topik ini. Tapi cuma nak kongsi rasa terkilan dilayan bekas ‘kawan rapat’ sendiri.


“Masa minta tolong dia janji ini dan itu, dan tanpa berfikir panjang saya tolong atas dasar kawan rapat. Dalam perhubungan memang saya jenis tidak berkira.


  



  





“Setelah bertahun, saya ambil keputusan untuk tanya balik, tapi bermacam alasan pula diberi. Paling terkilan, dia cerita dan jaja perkara buruk mengenai saya kepada rakan-rakan lain yang memperlihatkan seolah-olah saya yang meminjam duit dengannya,” tulisnya.


Pada hantaran sama, pelakon drama Perisik Cinta Tidak Diundang itu turut menasihatkan pengikutnya agar tidak mudah mempercayai orang lain walaupun kawan baik sendiri. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2021 08:52 AM | Show all posts
Hahaha, boleh x malas nk baca sbb nmpk nama astillah di situ
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 08:55 AM | Show all posts
Edited by slyfynx at 7-10-2021 09:01 AM

-double post sbb internet cam hanjiing-
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah bagi pinjam.. peratus nak dpt balik 50/50.. yg tukang pinjam buat2 lupa kita yg bagi pinjam cam penggemis kena mintak. Baik jgn bagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik beradik ni pada mata I tak lawa pun, cumalah putih. Tapi si didi ni gigih menyeksi. Suka hati uolls la
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul x lawa langsung bila xde mekap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2021 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 7-10-2021 09:21 AM
Kalau dah bagi pinjam.. peratus nak dpt balik 50/50.. yg tukang pinjam buat2 lupa kita yg bagi pinja ...

Betul sangat. Kita pulak macam pengemis.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x kenal didi ni cuma selalu dgr nama..ada sekali tu aku tertgk malaysian ghost stories episod ulik mayang..dia ada berlakon dgn ara johari..aku xtau tu dia sbb aku x pernah nak cam muka dia..bila bc nama didi astilah aku cam terkejut..aku google tgk ig tiktok semua..mak ai jauh beza weh muka dia..muka dia mmg biasa2 x mcm dalam ig pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam maid pinoy ler pulak depa dua. Kalau berlakon sorang tu, sangat cringe. Nak buat citer sebab nak dapat part berlakon kah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 07:55 PM | Show all posts
ikan patin apipah ker?
itu je bekas bff sheols...
ke ada yang lain?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
bankerpencen replied at 7-10-2021 09:21 AM
Adik beradik ni pada mata I tak lawa pun, cumalah putih. Tapi si didi ni gigih menyeksi. Suka hati u ...

selain bekas peserta bintang kecil@idola [email protected] produk dia lg ta.. haaa pelakon tp 1 jer drama dia yg iols ingt selain ex haris laki si intan..yg lain iols xtahu celah mna la relevan dia selain menyandang adik ipar alif n adik si bella astilah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau iol jangan harap
Hehehe
Melainkan tau kredibiliti heshe memang jenis janji ditepati
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
enot_sibudak replied at 7-10-2021 08:04 PM
selain bekas peserta bintang kecil@idola [email protected] produk dia lg ta.. haaa pelako ...

I sebenarnya cuma tau dia ni adik ipar si alip ajis. Tak pernah tengok apa2 cerita dia berlakon atau dengar lagu dia... haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 11:14 PM | Show all posts
kesian pulak
tengok dia ni dlm malaysian ghost stories episod ulek mayang
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian didi ni gigih cipta kontroversi statement sana sini tp tetaplah acik2 porem xkenal.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
bankerpencen replied at 7-10-2021 09:21 AM
Adik beradik ni pada mata I tak lawa pun, cumalah putih. Tapi si didi ni gigih menyeksi. Suka hati u ...

Mmg x lawa pun, lgi2 c Bella klau x pkai makeup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 7-10-2021 07:04 PM
Betul x lawa langsung bila xde mekap.

Bella klau x pkai makeup, pling nampak prbezaan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 10-10-2021 03:01 AM
Bella klau x pkai makeup, pling nampak prbezaan.

Serupa muka maid Indon..yach
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.077316 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list