CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4223|Reply: 16

Dah Mabuk Menyusahkan Orang- Rempuh Pagar Rumah, Palang Automatik

[Copy link]
Post time 13-10-2021 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani: Angkara mabuk, seorang lelaki 'sesat' mencari jalan pulang dan masuk ke kawasan perumahan lain sebelum merempuh pagar serta pokok di sebuah rumah penghuni di Bandar Puteri Jaya, dekat sini.


Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, lelaki berkenaan yang memandu Mercedes hitam turut merempuh palang automatik di pintu masuk ketika dia diarahkan keluar pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu.


Lelaki terbabit ditahan jam 9 malam tadi selepas pengawal keselamatan berusia 53 tahun berkenaan membuat laporan polis.




Foto: Harian Metro




Difahamkan, sebelum itu, lelaki terbabit turut melanggar sebuah kereta di luar pintu masuk dan dia sebenarnya dikatakan tersilap rumah serta mula hilang arah kerana terlalu mabuk.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan mendapati suspek pada mulanya masuk ke kawasan perumahan berkenaan ketika pengawal keselamatan sedang mendaftar masuk kereta penduduk di perumahan terbabit.


Menurutnya, suspek yang berusia 27 tahun itu kemudian mengambil kesempatan dengan terus melulu masuk ke kawasan perumahan terbabit sebelum dia merempuh pagar serta pokok di sebuah rumah penduduk terbabit.


"Suspek dilihat memandu tanpa arah dan hala tuju ketika berada dalam kawasan perumahan terbabit dan pengawal keselamatan berjaya menjejakinya dan meminta dia mematikan enjin.


"Bagaimanapun, suspek berdegil dan terus memandu untuk keluar dari kawasan perumahan itu namun dia melanggar palang automatik di pintu masuk pos pengawal keselamatan ketika mahu melarikan diri," katanya.


Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit kemudian membuat laporan polis dan mendakwa pemandu Mercedes berkenaan berada dalam keadaan mabuk serta memandu tanpa arah.


"Suspek ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati dia turut mempunyai dua rekod lampau bersabit kes jenayah dengan satu daripadanya sudah dikenakan hukuman.


"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2021 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Uish
Ni bukan orang ni
Ni babi hutan..menyondol tak kira apa...
Kalau babi begini..elok ditembak pemburu
Jual saja daging atau buang ke kolam buaya
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 09:59 AM | Show all posts
cibais2 nak mabuk ni elok pegi balik naik grab je laaaaaaa

takde nak menyusah kan org, bunuh org kalo eksiden

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah start dah cerita mabuk2 ni lepas dah diberi segala kebenaran
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Owh! Mabuk punya kes, kes terpencil. Tak ada siapa pun nak ambil serius. Hilang nyawa sekali pun, tak ada orang peduli!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
hukuman tambahan sebat di khalayak ramai dlm keadaan separuh bogel patut dikenakan kpd mereka yg 'mabuk menyusahkan orang' ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2021 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 14-1-2022 09:42 PM

..........
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 11:12 AM | Show all posts
minum ketum...tak langgar rumah orng...tak lalu laluan bertentangan
ketum - haram
minum kencing setan...langgar rumah orng...lalu laluan bertentangan..siap ada yg mati lagi
kencing setan - pass



HArhahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2021 11:17 AM | Show all posts
Takpelah. Kes kecik je ni. Ni kan Malaysia, negara berbilang kaum. Biasalah tu mabuk mabuk sikit.

Langgar pagar, langgar orang sikit, kalau nasib tak baik sampai mati. Nasib baik sikit, hidup lagi, tapi adalah cacat sana cacat sini sikit.

Ni kan zaman Covid, mabuk mabuk ni sebab nak lupakan masalah je. Dah lama tak mabuk mabuk, bagilah sikit peluang.

Maafkan je lah dia. Baiki je lah sendiri apa apa yang rosak tu. Kereta dia pun ada rosak jugak. Bertimbang rasa lah sikit. Kita kan Keluarga Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini siyal namanya yach!
Menyusahkan org.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 02:19 PM | Show all posts
nampaknya gated community pun tak menjamin keselamatan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 02:41 PM | Show all posts
perangai sama dgn anti vaksin...menyusahkan org shj
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjang nyawa diaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngko kalo minum segelas muka dah merah padam terus jalan melelong ngko tak payah pegi minum ye. Memalukan dan memualkan. Dah tu siap pakej langgar umah orang memang siyei.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
pagi-pagi dah mabuk..
awai tak kalut naaa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 10:46 PM | Show all posts
very dangerous drunk-driving ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2021 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak suruh gi langgar pokok je, sian plak kat pokok
So lain kali mabuk, bw kete rerjun longkang la bagus
Kalau ada lombong even better, sapa pun xtau, tenggelam terus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU787bhatt ji
Views : 404 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 505 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 707 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 7334 Replies : 36
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125774 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.066055 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list