|
Akum forumers semua,
Pd ibu2 dan bakal2 ibu, come nak tanya sikit pasal mandi selepas melahirkan anak ni...pernah terbaca yg sepatutnya sebaik saja kita melahirkan anak kita kena mandi hadas...
Maksudnya kita kena mandi dua kalilah ya..pertama sebaik sahaja melahirkan anak dan kedua selepas kering darah nifas...ke macamana? Niatnya pulak macamana ek ? Sesiapa yg tahu..boleh tolong explain tak....tq |
|
|
|
|
|
|
|
memang dua kali..satu lepas bersalin (wiladah) satu lg bila dah abis nifas |
|
|
|
|
|
|
|
ooo..mandinya sama macam mandi wajib tu ye..? kalau guna air sejuk boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf... salah tu penerangan... mandi hanya sekali saja, bukan dua kali iaitu lepas habis darah nifas
Sbb kisah mandi selepas bersalin ni, Fatimah r.a. bersalin tak keluar darah nifas. Jadi beliau terus mandi.. Rasulullah s.a.w. cakap kerana Fatimah suci.
Ini pun pegangan hadis yang masih lagi tak sahih.
Jadi harap jgn percaya je apa yang org hantar thru e-mail. Check kesahihan mengenai sanadnya
Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by limau_nipis at 12-30-2004 12:32 PM:
Maaf... salah tu penerangan... mandi hanya sekali saja, bukan dua kali iaitu lepas habis darah nifas
Sbb kisah mandi selepas bersalin ni, Fatimah r.a. bersalin tak keluar darah nifas. Jadi belia ...
pulak ? :stp::stp:
ada pdgn dr forumer lain tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by limau_nipis at 12-7-2005 12:32 PM:
Maaf... salah tu penerangan... mandi hanya sekali saja, bukan dua kali iaitu lepas habis darah nifas
Sbb kisah mandi selepas bersalin ni, Fatimah r.a. bersalin tak keluar darah nifas. Jadi belia ...
mmg pernah dengar psl mandi wiladah ni, iaitu mandi selepas melahirkan anak (masa dlm keadaan nifas lagi).... i'll look up for the right source.. :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
MANDI WILADAH
Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH , betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Uztazah ini , kita memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh kira overall saja. Sesiapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH. Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi.... Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak tahu akan hal ini..... (http://joeezaljb.blogspot.com/2004/09/mandi-wiladah.html)
MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS
Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.
Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (慳laqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).
Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.
Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.
Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (慳laqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.
Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.
Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing. (http://www.geocities.com/ibudanbayi/petua_hamil.htm)
tu dia... harap2 dpt membantu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by limau_nipis at 12-7-2005 12:32 PM:
Maaf... salah tu penerangan... mandi hanya sekali saja, bukan dua kali iaitu lepas habis darah nifas
Sbb kisah mandi selepas bersalin ni, Fatimah r.a. bersalin tak keluar darah nifas. Jadi belia ...
:setuju: Saya pun pernah bertanya pada sorang ustazah sebab saya ada dapat email cerita pasal wiladah ni since tu baru first time saya dengar. Ustazah tu kata hadis tu adalah hadis dhoif or hadis yang tak pasti asalnya (saya pun tak ingat), jadi mandi wiladah tu bukanlah suatu yang wajib. Setakat pengetahuan saya, saya ada belajar perkara2 yang mewajibkan mandi dan secara umumnya saya pasti yang mandi wiladah ni tak termasuk sebagai perkara yang mewajibkan mandi melainkan keluar haid, mani, bersetubuh, nifas atau ada perkara2 yang saya tertinggal...
Wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
:hmm: ade percanggahan pendapat pulak ye.... tapi itulah, mmg yg kita tau pon benda ni wajib, so... ni kita nyerr personal view, apa salahnyerr buat kan? :ah: |
|
|
|
|
|
|
di4mond This user has been deleted
|
saya ingat lg masa gi kursus perkahwinan .. ustazah tu mmg kata kita wajib mandi lepas melahirkan anak ..dan niatnye samade niat khas utk mandi wiladah atau pun boleh juga just niat amik hadas besar .. pastu masa lepas bersalin saya mmg tak ingat langsung nak mandi wiladah ni .. sampai rumah emak tanya barula teringat .. barula mandi wiladah ni lepas 2 hari bersalin .. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by di4mond at 12-30-2004 04:38 PM:
saya ingat lg masa gi kursus perkahwinan .. ustazah tu mmg kata kita wajib mandi lepas melahirkan anak ..dan niatnye samade niat khas utk mandi wiladah atau pun boleh juga just niat amik hadas besa ...
camner caranya? sama je mcm mandi wajib ya? pastu takpe ke kita dlm pantang tu mandi air sejuk..sebab kalau mandi air panas kan dah tak jadi air mutlak le plak sebab mana nak dpt air panas dlm 2 kolah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by akucome at 13-7-2005 07:07 AM:
camner caranya? sama je mcm mandi wajib ya? pastu takpe ke kita dlm pantang tu mandi air sejuk..sebab kalau mandi air panas kan dah tak jadi air mutlak le plak sebab mana nak dpt ...
part2 dlm pantang ni, mmg kita tak tau la... tapi kalau kita mandi terus bawah shower tu (with air suam2), itu mmg kira air mutlak kan... unless kat rumah tak ade shower... air kat dlm kolah tuh, kuarkan sikit & masukkan air panas... pno dpt air suam jugak kan.... :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Tahu juga pasal nak mandi wiladah ni..tapi moskil sket, nak mandi sebaik saja lepas melahirkan kat spital atau leh tunggu balik rumah?
rasanya tunggu balik rumah pon boleh kan? seriau mikirkan air kene kat tempat luka terutama kalo kene operate..
walaaa lagi 3 minggu EDD..cam serem jeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bLUe_jaMBu at 12-30-2004 09:55 AM:
Tahu juga pasal nak mandi wiladah ni..tapi moskil sket, nak mandi sebaik saja lepas melahirkan kat spital atau leh tunggu balik rumah?
rasanya tunggu balik rumah pon boleh kan? se ...
hehe..kita lebih kurang je kan blue....Come pun musykil gak bab mandi lepas bersalin ni...rasa nk tggu balik rumah baru mandi (kalau bolehlah)...tp kat rumah pun takde heater..kalau ada...senanglah...
Offmate come yg operate sampai 2 hari tak mandi..balik rumah..barulah lap2 badan skit2....dia pun tak berapa tahu bab mandi lepas bersalin ni..:stp:
S'rg ni come pun tgh berdebar tggu baby keluar...tp kalau dia keluar awal pun bagus gak kan? Malam tadi come tokleh tido mengiring ke kiri..rasa sakit sgt...pastu ari ni rasa sakit kat bah bawah...nak jalan pun payah..ada offmate cadang jumpa tukang urut, maybe baby turun bawah sgt or..kedudukan dia tak betul....camne ek..risau gak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by acik311 at 12-7-2005 03:10 PM:
:setuju: Saya pun pernah bertanya pada sorang ustazah sebab saya ada dapat email cerita pasal wiladah ni since tu baru first time saya dengar. Ustazah tu kata hadis tu adalah hadis dhoif or had ...
Thanks acik.. mohon sambung...
Saya bukan kata salah nak buat, tapi jangan anggap mandi sejurus lepas bersalin tu wajib.
Memang e-mail tu cakap macam tu.. boleh tolong tanya ustazah? Boleh tak tolong quotekan ustazah mana dan pegangan hadis mana yang dipakai? Sbb ini betul hadis dhaif.. saya mintak tolong, jangan anggap sebagai wajib.. Kalau dapat source mana, dan dapat periwayat hadis ni pun dah cukup. Saya mohon sgt sgt...
Hadis-hadis ni pun kena tgk siapa yang meriwayatkannya. Sebab di zaman sahabat Rasulullah s.a.w., periwayat hadis terkenal tak ramai, spt Bukhari dan Muslim.. periwayatnya pun perlu dilihat perlakuannya macammana, adakah mereka org amanah etc..
Mohon betulkan tanggapan, jangan sebarang percaya e-mail.
Kalau saya bukak cerita sanad, boleh faham tak?
Ini kepentingan sanad
Assalamualaikum..
Bagus kiethgreat kerana buka topic nii..prof pun dalam proses mengumpulkan hadis maudhu'tapi makan masa juga hehhe..perlu banyak rujukukan...
tapi sebelum kita menilai hadis itu palsu atau tidak yang dilakukan oleh ulama maka kita perlu melihat manhaj mereka terlebih dahulu takut apa yg dikatakan maudhu itu sebenarnya hadis yg sahih contoh:-
Al-Hafiz ibnu jauzi mempunyai manhaj yg terlalu ringan utk menghukum sesuatu hadis itu palsu atau lemah sedangkan kadang hadis itu mempunyai sanad dan matan yg kuat.
Al-Hakim pula terlalu ringan menghukum sesuatu hadis itu sahih kadang2 hadis itu lemah terpaksala kita melihat kembali kritikan yg dilakukan oleh Imam Azzahabi dalam hadis2 yg dinilai oleh Al-Hakim.
Begitu juga Ibnu jauzi dgn manhaj yg ringan menghukum hadis itu maudhu maka ia menghukum lebih kurang 15 hadis dalam musnad imam Ahmad adalah hadis palsu maka terpaksa la Imam ibnu Hajar menmbuat kritikan semula terhadap Ibnu jauzi dan mendapati hadis itu adalah sebaliknya...
maka sebelum kita menyatakan hadis itu palsu atau tidak dhaif atau hasan maka kita perlu melihat pada semua penilaian yg dilakukan oleh para ulama dikalangan Ahli Hadis.
dan yang paling penting ialah kita merujuk penilaian ini pada ulama mu'tabar terutama pada zaman kita yang semakin jauh dgn Baginda junjungan kita sallallahualaihiwasalam.
dan pernah kami bertanyakan seorang ulama hadis di mesir apakah kami boleh meyandar sesuatu hadis yg diambil dari internet dan cd ..maka jawab..internet dan cd utk memudahkan kita memperolehi maklumat itu, tetapi bukan utk mempercayai sehingga kita merujuk pada sumber yang asal...dan kemahiran utk merujuk pada sumber yg asal kita perlu pula pakar dalam bidang Takhrij Hadis.
contoh hadis palsu yg nyata :"memandang pada wajah yg cantik itu ibadah".
"Buah terung ubat segala penyakit"
nanti ada kesempatan kita akan bicarakan sebab2nya,kesan,dan cara utk mengenali hadis palsu.
wallahua'lam
posting by prof a'watif dalam diskusi bicaramuslim.com
P/S: Kalau tak faham lagi, saya mohon PM me or call me personally, saya boleh tolong terangkan untuk membantu akucome atau kawan-kawan yang dalam kemusykilan . Insya Allah, boleh kongis ilmu di dada yang masih sikit ini
P/P/S: Hukum sesuatu perkara tu jangan ambil mudah, takut kena tanya di akhirat kelak -sekadar utk peringatan diri saya juga
[ Last edited by limau_nipis on 13-7-2005 at 01:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
mm..tu la...mmg ada terbaca from someone yg memang arif dalam bidang2 ni..kena mandi wiladah dan mandi selepas darah nifas kering..so..memang macam tu yang mysuria amalkan masa 1st baby dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sila klik link ini untuk penerangan lebih lanjut daripada BicaraMuslim.com :dia: Mandi wiladah
SOALAN
-----------
assalamualaikum..
ade orng tanyer tapi saya tak boleh jawab..
boleh sape2 tolong x?
As'kum,
Ni aku terbace kat internet tentang "mandi wiladah" ni. Ade beberapa fatwa yg dorg kemukakan. Dan aku konpius. Boleh tolong sesape explain? Acai mesti tau punye sbb die kan dh nak dpt anak? Ok ni di antara fatwa yg dikemukakan ::-
1. Mandi wiladah dilakukan ketika selepas bersalin. Ia bukan merupakan "mandi nifas" iaitu mandi selepas kering darah nifas. Ia dilakukan supaya Ibu bersalin berada dalam keadaan suci, sebab mana tau kalu ajal tiba sebelum kering darah nifas. Dan ia adalah wajib dilakukan oleh semua para ibu bersalin.
2. Mandi wiladah hanya dilakukan jika sekiranya ibu tersebut mengalami keguguran atau pun bersalin tetapi tidak melibat kan darah. kalu bersalin normal,tak perlu buat mandi wiladah ni.
erm...ade due fatwa ni..mane satu betul? aku dh bace..ade penerangan die..tapi makin konpius...ermmm....
JAWAPAN
--------------
as'kum,
maaf krn lewat menjawab memandangkan saya sibuk minggu ini. Insya Allah saya lampirkan jawapan ust Zayed. WA.
Tiada dalil mengenai mandi wiladah.
Hadith riwayat al-jamaah kecuali an-nasa'ie meriwayatkan bahawa perempuan hendaklah melakukan ghusl dan solat selepas berhentinya darah selepas bersalin samada anak itu hidup atau mati
Imam At-tirmizi menyebut, 揹i kalangan para sahabat dan generai tabiin dan generasi tabi |
|
|
|
|
|
|
|
warda setuju ngan limaunipis.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg saya tahu boleh buat mandi wiladah selepas bersalin tetapi yg selalunya org akan buat bersekali dgn mandi wajib apb kering darah nifas |
|
|
|
|
|
|
|
kalau forumers yg rajin pegi kuliah2 kat surau/masjid berdekatan rumah, lps aje kuliah tu, kan ke selalu ade Q&A, tanya la sendiri kat ustaz2/ustazah2..... nanti lega/lapang hati sbb kemusyiklan tu dijawab sendiri oleh org yg berilmu... lain la mcm kita ni, saya budak baru belajar... :bgrin:
morale of the story... rajin2 la ikuti kuliah2 agama sbb ade benda yg kita selalu take for granted, tapi tak tau ape akibatnya nanti... :ah: |
|
|
|
|
|
|
| |
|