View: 35853|Reply: 48
|
Peristiwa Perang Dunia Kedua di Malaysia (tanah melayu)
[Copy link]
|
Nathan This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada rancangan Jepun untuk mewujudkan “Daerah Kemakmuran Bersama” yang berpusat di Jepun. Negeri-negeri yang akan digabungkan dalam rancangan ini termasuklah Korea, Manchuria, China, Indo-China, Siam, Burma, Tanah Melayu, Filipina, India, Indonesia, Australia dan New Zealand.
Berikut adalah kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu:-
8 Disember 1941 - Kota Bahru
10 Disember 1941 - Jitra
13 Disember 1941 - Alor Setar, Kuala Terengganu
17 Disember 1941 - Pulau Pinang
21 Disember 1941 - Taiping
24 Disember 1941 - Kuala Kangsar
28 Disember 1941 - Ipoh
31 Disember 1941 - Kuantan
7 Januari 1942 - Slim River
11 Januari 1942 - Kuala Lumpur
15 Januari 1942 - Gemas
21 Januari 1942 - Segamat
24 Januari 1942 - Keluang
26 Januari 1942 - Mersing
31 Januari 1942 - Johor Bahru
7-15 Februari 1942 - Singapura |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu
Pada hari Sabtu 6 Disember 1941 semasa persidangan di Manila, Filipina antara Laksamana Thomas C. Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet) dan Laksamana Sir Thomas Phillips, komander Tentera Laut British, Timur Jauh, pegawai tentera laut Amerika masuk membawa perutusan penting.
Sebuah pesawat terbang peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpengkalan di lapangan terbang Malaya terjumpa dengan konvoy Jepun yang berlepas daripada Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai penerbangan Ramshaw, melapurkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 kapal pengangkut lain. Mereka diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima kruiser dan tujuh kapal pemusnah [Ramshaw tersilap melapurkan kapal kruiser berat sebagai kapal tempur]. Pada pendapat peribadinya, kapal-kapal tersebut menuju kearah Thailand yang berkecuali, atau ke Semenanjung Malaya.
Ini merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua laksamana bertindak dengan segera. Empat kapal pemusnah Amerika di Balikpapan menerima arahan agar belayar ke laut lepas, sementara Timbalan Laksamana (Rear-Admiral) Arthur E.F. Palliser, Commander-in-Chief Phillip, menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke Darwin, Australia, dan kembali ke Singapore secepat mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoy Jepun tiba. Kapal terbang British diperintahkan agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjau lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang kapal terbang British daripada berlepas. Pada pukul 7 petang angkatan penjajah Jepun bertukar arah dan belayar keutara ke Teluk Siam.
Pasukan penyerang utama Jepun bagi penjajahan Malaya, Tentera ke 25 di bawah pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yama****a, telah belayar daripada Pelabuhan Samah Harbour di Pulau Hainan pada 4 Disember 1941. Kapal tambahan yang membawa lebih ramai tentera bergabung dengan konvoy dari Saigon, Indochina Perancis. Pada kedua-dua 6 dan 7 Disember kapal terbang Lockheed Hudson yang diterbangkan oleh Skuarden No.1 RAAF, Kota Bharu, dan Skuardan No.8 RAAF, Kuantan, menjumpai dan cuba mengekori kapal-kapal ini.
Pada 7 Disember, bot terbang PBY Catalina dari Skuarden No. 205 RAF, diketuai oleh Pegawai Penerbangan Bedell, ditembak jatuh oleh kapal terbang Jepun semasa cuba memantau kemajuan angkatan Jepun. Pegawai Penerbangan Bedell dan anak kapalnya menjadi korban Berikat pertama dalam perperangan menentang Empire Jepun. Pada pukul 10:00 malam., konvoy penjajah Jepun berpecah kearah kedudukan pendaratan yang telah diatur sebelumnya. Perperangan di Pasifik hampir bermula.
Pada pukul 10.30 petang., persidangan ketua Pemerintah Tanah Melayu (Malaya Command) diadakan di Bilik Perang Pengkalan Tentera Laut di Singapura. Marshal Udara Sir Robert Brooke-Popham, pegawai pemerintah kesemua pasukan British di Timur Jauh teragak-agak untuk melancarkan Operasi Matador" - penawanan Thailand Utara. Dia memutuskan untuk melewatkan operasi tersebut, sekurang-kurangnya bagi malam tersebut. Sejurus selepas tengah malam pada 7/8 Disember, sekumpulam pengawal India di Kota Bharu melihat tiga bayangan besar, kapal pengangkut IJN: Awagisan Maru, Ayatosan Maru dan Sakura Maru, berlabuh sekitar 3 km dari pantai Kota Bharu. Kapal-kapal tersebut membawa sekitar 5,200 tentera daripada Takumi Detachment, diketuai oleh Major-Jeneral Hiroshi Takumi, yang berada diatas kapal pengangkut IJN Awajisan Maru.
Sebahagian besar daripada mereka merupakan veteran perang, yang pernah melalui beberapa bulan latihan lasak dan pertempuran di hutan di China. Tentera tersebut terdiri daripada Regiment Infantari ke 56 (Kolonel Yoshio Nasu, di atas kapal pengangkut IJN Sakura Maru), satu batteri artileri gunung dari Regimen Artileri Gunung ke 18 (Leftenan Kolonel Katsutoshi Takasu), Regimen Kejuruteraan ke 12 (Leftenan Kolonel Ichie Fujii), Unit Isyarat Division ke 18, satu kompeni Regimen Pengangkutan ke 12, satu kompeni Unit Perubatan Division ke 18 dan Hospital Lapangan No. 2 dari Unit Perubatan Division ke 18. Mereka diiringi oleh angkatan pengiring yang kuat (Pasukan Penjajah Kota Bharu) di bawah pemerintahan Laksamana Muda (Rear-Admiral) Shintaro Hashimoto. Pasukan Penjajah Kota Bharu terdiri daripada kruiser ringan Sendai, kapal pemusnah Ayanami, Isonami, Shikinami dan Uranami, kapal penyapu periuk api No. 2 dan No. 3, dan pemburu kapal selam No. 9.
Beberapa saat kemudian pengawal mendengar peluru meriam berterbangan di atas kepala mereka. Perang Dunia II di Pasifik telah bermula, semasa kapal terbang Jepun dari kapal induk Nagumo masih lagi dalam perjalanan ke Pearl Harbor. Pesawat pendarat mulai dilepaskan sebaik sahaja kapal pengangkut berlabuh. Angin yang kuat dan laut bergelora menyukarkan operasi dan beberapa kapal kecil terbalik menyebabkan beberapa tentera Jepun lemas. Sungguhpun berhadapan dengan kesukaran sedemikian pada jam 12.45 pagi, gelombang pertama kapal pendarat yang mengangkut tentera di bawah pimpinan Kolonel Masu menghala ke pantai dalam empat baris. Brigadier B.W. Key's 8th Indian Infantry Brigade of the 9th British-Indian Infantry Division merupakan pasutan pertahanan utama di Kota Bharu, disokong oleh Bateri Gunung ke 21 (21st Mountain Battery) - yang terdiri daripada empat howitzer 3.7 inci (Major J.B. Soper). Sebatalion Dogras ke 3/17 bertanggung jawab mengawal sepuluh batu perbatasan Pantai Dasar Sabak yang termasuk matlamat pendaratan Jepun. Tentera tersebut telah memasang periuk api dan kawat duri dan membina beberapa kubu kotak (pillboxes). Mereka disokong oleh Bateri Lapangan ke 73 daripada Regimen Lapangan ke 5, bersebelahan dengan lapangan terbang. Inilah detik-detik permulaan bagi Penjajahan Jepun di Tanah Melayu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pendaratan Jepun di Kota Bharu, Disember 1941
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan artileri British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut apabila ianya jelas kelihatan bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak kearah pesawat pendarat sebaik sahaja ia diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh dan unit Dogras tetapi memberikan tentangan yang sengit.
Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai membunuh ramai tentera Jepun termasuk komander batalion , Major Nakamura, yang mengetua orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Malaya: "Kubu kotak pillboxes musuh, yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air separuh dipantai tidak dapat mengangkat kepala mereka". Ianya tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua kubu kotak dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan barulah mereka menguasai tempat mendarat.
Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan pada kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang kedua penyerang tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan artileri British mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kotak telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak kehadapan dan mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan sepoi India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan bertahan mula berundur. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Serangan udara RAF
Setelah diberitahu mengenai kehadiran pasukan penjajah beberapa batu di utara landasan kapal terbang mereka, pegawai kanan tentera udara di Kota Bharu meminta kebenaran bagi melancarkan serangan. Apabila ianya jelas kelihatan bahawa tentera Jepun mula mendarat, Skuardon Hudsons No.1 mula berlepas untuk mengebom pesawat pengangkut. Gelombang pertama tujuh buah kapal terbang, diketuai oleh Lieftenan Penerbangan Lockwood melakukan serangan pertama sekitar 02.10 pagi.
Leftenan Penerbangan O.N. Diamond Skuardon No. 1 memilih kapal pengangkut terbesar dan mengebom junam. Menurutnya dua bom 250 paun dilepaskan dalam serangan pertamanya tepat kena dan dalam serangan keduanya baki dua bomnya turut mengenai pesawat tersebut sebelum kapal terbangnya terkena tembakan dan terbakar. Ianya adalah kapal pengangkut IJN Awajisan Maru (9,794 tan) yang merupakan kapal Jepun yang pertama bagi semua saiz yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia II. Skuardon No.1 RAAF terus melakukan pengeboman, sejumlah 17 serangan dilancarkan, mendarat, mengisi bom dan berlepas kembali sehingga 05.00 pagi. Kapal pengiring tentera Jepun melepaskan tembakan anti-pesawat yang sengit, menembak jatuh sekurang-kurangnya dua kapal terbang Lockheed Hudson itu dan merosakkan tiga yang lain.
Salah sebuah kapal terbang yang rosak yang dipandu oleh Leftenan Penerbangan Leighton-Jones dilapurkan menjunam tepat kesebuah pesawat pendarat yang berisi sarat. Walaupun menerima tembakan anti pesawat yang hebat, anggota Hudson melancarkan serangan mereka dengan penuh bersemangat. Kesemua kapal pengangkut dilapurkan dihujani peluru dengan beberapa buah terbakar. Kolenel Masanobu Tsuji, pegawai di bawah Ibu Pejabat Yama****a, menggambarkanm lapuran yang dia terima daripada Kota Bharu: "Tidak lama kemudian kapal terbang musuh dalam formasi dua dan tiga mula menyerang kapal pengangkut kita, yang mulai berasap dan terbakar". Menjelang 04.30 pagi komander pengiring, bimbang dengan jumlah kerosakan yang dilakukan oleh RAAF, mengemukakan permohonan untuk berundur.
Major-Jeneral Takumi membantah dan berjaya menegaskan bahawa dia perlu memperkukuhkan tenteranya di pantai dan hanya pada pukul 06.00 (pagi) kedua kapal pengangkut dan pengiring berundur ke utara. Awagisan Maru, ditinggalkan marak terbakar burning dan ditakdirkan menjadi kapal Jepun pertama ditenggelamkan dalam perperangan, terlalu rosak untuk belayar. Kira-kira jam 02:00 pagi (pada 8 Disember) lapangan terbang Kuantan menerima isyarat bahawa tentera Jepun cuba untuk mendarat di Kota Bharu. Skuardon No. 8 membentuk empat penerbangan tiga Hudsons dengan penerbangan pertama pada jam 06.30 pagi.
Kapal terbang Hudsons menyerang kapal pengangkut IJN, diselitupi asap pada 08.00, dan sebahagian daripadanya rosak, termasuk A16-43, dikendalikan oleh Leftenen Penerbangan G. Hitchcock yang ditembusi empat puluh tiga peluru tetapi kembali ke Kuantan dengan selamat. Leftenen Penerbangan "Spud" Spurgeon dalam A16-41 mengebom kapal tetapi terpaksa mendarat hempas di Kota Bahru akibat kerosakan pada kapal terbang Hudsonnya. Leftenen Penerbangan Russell Bell mengalami kerosakan hidrolik akibat terkena peluru pada pesawat Hudson A16-81nya dan terbang ke Seletar daripada Kota Bharu. Daripada 12 kapal terbang dalam serangan ini, lima rosak dengan satu mendarat hempas di Kota Bharu.
[ Last edited by mok_nik at 24-3-2006 10:18 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jepun berjaya mendarat
Pada masa ini pesawat pejuang tentera Jepun, yang sebelum ini sibuk melindungi pendaratan utama di Thailand, mulai sampai dan serangan lanjut oleh RAF Blenheims, terbukti sukar. Juga menjelang waktu pagi disebalik usaha Skuardan No.1, tentera Jepun berjaya mendaratkan pasukan penjajah mereka. Pada pukul 10:30 pagi, pasukan Jepun akhirnya tiba ke Kota Bahru.
Setibanya waktu pagi, Major-Jeneral H. Takumi berjaya mendaratkan sejumlah tiga batalion penuh. Brigadier Key cuba menyerang balas dengan segala kekuatan tetapi apabila gagal dia mulai berundur. Apabila ianya menjadi jelas bahawa pada waktu siang lapangan terbang tempatan tidak dapat dipertahankan, Key, yang telah diperintahkan untuk berjuang pertempuran penafian (battle of denial ) bukannya sehingga titisan darah terakhir memohon dan menerima kebenaran untuk berundur.
Setibanya waktu pagi, Major-Jeneral H. Takumi berjaya mendaratkan sejumlah tiga batalion penuh. Brigadier Key cuba menyerang balas dengan segala kekuatan tetapi apabila gagal dia mulai berundur. Apabila ianya menjadi jelas bahawa pada waktu siang lapangan terbang tempatan tidak dapat dipertahankan, Key, yang telah diperintahkan untuk berjuang pertempuran penafian (battle of denial ) bukannya sehingga titisan darah terakhir memohon dan menerima kebenaran untuk berundur.
Tentera Jepun yang disokong oleh tentera yang baru mendarat, memaksa tentera Indian British berundur sehingga ke kawasan Kuala Lipis dan maju ke utara untuk menawan bandar Kota Bharu pada jam 2 petang pada 9 Disember.
Kedua pihak mengalami korban yang besar semasa pertempuran. Tidak terdapat rekod korban British, tetapi pastinya besar. Rekod korban Jepun berbeza dengan banyaknya. Louis Allen, menyebut sumber Jepun meletakkannya sebagai 500 orang. Dari ini, 150 dialami oleh tentera masih dalam kapal pengangkut sementara baki 350 semasa perjalanan singkat ke pantai atau semasa di pantai. Sementara itu pula, Kolonel Tsuji menulis dalam bukunya bahawa korban Jepun adalah seramai 320 orang terbunuh dalam pertempuran dan 538 tercedera dan mengelar Kota Bharu "salah satu kawasan pertempuran paling ganas dalam Kempen Tanah Melayu".
sumber:dia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sej ... pun_di_Tanah_Melayu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum sebelum ini. Pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih.
7/8 Disember 1941 Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 1/8 Disember, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan ke atas Pearl Harbour. Pertempuran itu merupakan detik rasmi bermulanya Perang Pasifik merupakan permulaan bagi sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu kepantai sehingga memaksa pihak British berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bahru. Pada masa yang sama pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pearl Harbour melalui udara.
9 Disember 1941 pihak Jepun berjaya menawan lapangan terbang Sungai Patani, Butterworth dan Alor Setar.
10 Disember 1941 kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju kearah lokasi pendaratan Jepun yang dilapurkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, kapal terbang Jepun menyerang dalam gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.
Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak kepantai timur menuju ke Kuantan, satu lagi keselatan kearah Sungai Perak.
Pada 11 Disember 1941 pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.
12 Disember 1941 Jitra jatuh ketangan Jepun, dan kemudiannya Alor Setar pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan.
16 Disember 1941 pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.
19 Disember 1941 - 31 Januari 1942
Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan Ipoh pada 26 Disember. Penentangan sengit terhadap kemaraan Jepun dalam pertempuran di Kampar berlangsung selama 3 hari dan 3 malam antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942 sebelum Tentera British terpaksa berundur. Pada 7 Januari 1942 dua Brigade India Tentera British dipintas dalam Pertempuran di Slim River yang memberikan tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur, ibu negara Tanah Melayu. Pada 9 Januari kedudukan pasukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke utara Johor meninggalkan Kuala Lumpur yang ditawan tentera Jepun pada 13 Januari.
Barisan pertahanan British ditubuhkan di Utara Johor antara Muar di barat sehingga ke Segamat dan kemudiannya ke Mersing di sebelah timur. Brigade ke 45 ditempatkan dibahagian barat antara Muar dan Segamat. Pasukan Australia ditumpukan di tengah-tengah dan maju keutara dari Segamat ke Gemas di mana mereka bertembung dengan pasukan tentera Jepun yang sedang mara pada 14 Januari 1942.
Pada 15 Januari pasukan tentera utama Jepun, Divisyen ke 15 tiba, memaksa pasukan Australia berundur kembali ke Segamat. Tentera Jepun kemudiannya mara ke arah barat menuju kearah Brigade India ke 45. Tentera Jepun dengan mudah mengalahkan Brigade India ke 45 yang tidak berpengalaman dan masih mentah. Pihak British mengarah Batalion ke 19 dan ke 29 ke barat, dan batalion ke 19 bertempur dengan pihak Jepun pada 17 Januari 1942 di selatan Muar.
Pertempuran berlanjutan sehingga ke 18, dan disebalik cubaan Batalion ke 19 dan ke 29, Garis Pertahanan Johor roboh. Pasukan Berikat terpaksa berundur menyeberangi Tambak ke Singapura. Menjelang 31 Januari 1942 keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.
1 - 15 Februari 1942 pihak Jepun menguasai angkasa dan mengebom Singapura secara bertalu-talu. Pemindahan orang awam berjalan, antaranya melalui kapal 'Felix Russell'. Ia berlayar pada 6 Februari dan berlabuh di Bombay, India, pada 22 Februari. Kapal lain seperti 'Empress of Asia' tidak begitu bernasib baik dan ditenggelamkan dalam perjalanan.
Division ke 18 British dan Division ke 11 India telah berundur ke Singapore secara berperingkat, bertempur kemudian berundur. Dalam proses tersebut, jumlah mereka berkurangan dengan banyaknya. Mereka digabung dengan unit lain dan diletakkan di Kawasan Utara sepanjang persisiran timur laut. Penempatan meriam Jepun tersorok di dalam hutan berhadapan dengan Selat Johor. Ianya dapat dipindahkan dengan pantas melalui jalan yang baru dibina dalam hutan dan dengan peta kedudukan musuh yang mereka miliki, mampu bergerak dengan pantas pada kedudukan yang berkesan. Pada masa yang sama pengeboman udara berterusan membakar kemudahan minyak yang dibimbangi akan digunakan bagi menukar Selat Johor menjadi lautan api.
Pada 7 Februari 1942 pihak Jepun memulakan serangan mereka keatas Singapura dengan mendarat di pulau kecil Pulau Ubin bagi menumpukan tembakan kencang pada Changi. Disebelah barat laut tentera Australia dibom. Pada 8 Februari, tentera Jepun menjajah melalui barat laut dan pertempuran jarak dekat secara berhadapan berlaku. Pada sebelah pagi 10 Februari tentera Jepun berjaya menjejakkan kaki di pulau Singapura. Di barat laut Singapura, Regimen Melayu yang diketuai oleh Leftenan Adnan dengan kelengkapan yang serba kekurangan tetapi penuh bersemangat berjuang menentang bilangan musuh yang jauh lebih ramai daripada Division ke 18.
Mereka menentang dengan sehingga ketitisan darah terakhir sehingga hampir keseluruhan anggotanya terkorban. Tentera Jepun kemudiannya mara kesasaran berikutnya, lapangan terbang Tengah. Ketika pertempuran merebut lapangan terbang tersebut berlaku, serangan baru Jepun bermula dari arah muara Kranji sehingga Tambak Johor. Dari lapangan terbang Tenrah pasukan tentera Jepun bergerak ke selatan dan pada 10 Februari 1942 Bukit Timah diserang dan akhirnya ditawan pada 11 Februari.
Pasukan Berikat terpaksa berundur ke Bandar Singapura di mana mereka dibom tanpa kasihan oleh tentera Jepun. Pada 15 Februari tentera Jepun menumpu ke bandar. Tentera Berikat terus bertempur dengan gigih tetapi mendapati diri mereka berada dalam keadaan semakin terdesak. Akhirnya arahan diberikan bagi Pasukan Berikat bagi menyerah tanpa syarat. Pada 6:10 petang 15 Februari 1942, Jeneral Percival menandatangani dokumen menyerah diri.
sumber:dia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan_Jepun_di_Tanah_Melayu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa Jepun mudah menguasai Tanah Melayu
1. Kesilapan strategi
British menjangka Jepun akan menyerang Tanah Melayu melalui Singapura. Akibat daripada jangkaan ini, maka kekuatan pertahanan British di Tanah Melayu tertumpu di Singapura, sedangkan pertahanan belakangnya lemah. Tindakan Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Utara di mana pertahanan British amat lemah menjadi faktor Jepun mudah menguasai Tanah Melayu.
2. British tidak bersedia
British di Tanah Melayu memang tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun. Dalam masa yang sama ia terlibat dalam Perang Dunia Kedua di Eropah menentang Jerman. Akibatnya kekuatan tentera British terbahagi dua iaitu untuk peperangan di Eropah dan untuk mempertahankan Tanah Melayu serta tanah jajahan lain seperti Burma dan sebagainya. Pertahanan Tanah Melayu berdasarkan andaian bantuan dari British akan diperolehi jika Tanah Melayu diserang. Walau bagaimanapun semasa serangan Jepun, bantuan dari British tidak diperolehi kerana British sedang menghadapi kesulitan di Eropah. Ia baru sahaja pulih daripada kekalahan di Perancis dan sedang membantu Rusia menghadapi Jerman.
3. Sokongan tempatan
Sokongan penduduk tempatan juga menjadi faktor memudahkan Jepun menguasai Tanah Melayu. Kedatangan Jepun mendapat sokongan penduduk tempatan kerana ia dianggap pembebas yang akan membebaskan Tanah Melayu dari British. Golongan kiri khususnya Kesatuan Melayu Muda di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob telah bekerjasama dengan Jepun.
4. Kelebihan tentera Jepun
Tentera Jepun lebih terlatih terutamanya dalam peperangan di hutan kerana mendapat latihan di Indo-China dan Taiwan. Mereka dilatih untuk menghadapi masalah-masalah tropika seperti cuaca, penyakit dan lain-lain lagi. Malah terdapat di antara mereka yang sudah berpengalaman dalam perang di negeri Chian. Selain itu, tentera Jepun dipimpin oleh pegawai-pegawai yang berkebolehan seperti Jeneral Yama****a dan Leftenan Jeneral Tsuji. Tentera Jepun lebih bersemangat berbanding dengan tentera British. Mereka sanggup berkorban untuk kepentingan bangsa, negara dan maharaja disamping amat patuh kepada arahan ketua. Kejayaan-kejayaan awal yang mudah telah menaikkan lagi semangat tentera Jepun. Akibat daripada semangat yang tinggi inilah, tentera Jepun berjaya mengalahkan British walaupun bilangan tentera mereka hanya 60000 orang sedangkan tentera British seramai 130000 orang. Taktik peperangan Jepun dianggap lebih baik dan paktis. Contohnya penggunaan basikal memudahkan gerakan mereka dari Utara ke Selatan Tanah Melayu. Kelengkapan perang Jepun dianggap setanding dengan kelengkapan perang British malah kapal terbang Jepun yang dikenali sebagai “zero fighter” dianggap dua kali ganda lebih baik dan lebih banyak daripada kapal terbang British.
SAMBUNGAN ............ |
|
|
|
|
|
|
|
5. Persediaan Jepun
Walaupun rancangan untuk menyerang Tanah Melayu dibuat pada 1940 tetapi dalam masa 6 bulan sahaja Jepun berjaya memperolehi segala maklumat mengenai pertahanan British di Tanah Melayu seperti kedudukan pengkalan, bilangan tentera, kelengkapan peralatan dan sebagainya. Jepun mempunyai rangkaian pengintipan terbaik di Asia ketika itu. Ia mengetahui kekuatan pertahanan British di Tanah Melayu bertumpu di Singapura manakala pertahanan belakangnya lemah. Oleh itu, Jepun mengambil keputusan untuk menyerang Tanah Melayu dari Utara dimana British amat lemah. Jepun juga telah mengetahui lapangan terbang British yang strategik seperti Alor Setar, Taiping dan Kota Bahru. Langkah awal yang dijalankan oleh Jepun adalah menguasai lapangan terbang tersebut bagi melumpuhkan pertahanan udara British. Selain itu, Jepun juga mengetahui 2 barisan tentera yang terkuat di Tanah Melayu iaitu Jitra dan Slim River.
6. Strategi peperangan
Strategi peperangan Jepun juga menjadi faktor yang memudahkan ia menguasai Tanah Melayu. Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Utara di mana pertahanan British amat lemah. Ia juga telah menyerang Tanah Melayu pada musim tengkujuh dan British tidak menyangka Jepun akan menyerang pada masa itu. Dalam usaha melumpuhkan angkatan laut British, Jepun telah menenggelamkan 2 buha kapal British iaitu Repulse dan Prince of Wales berhampiran Pulau Tioman pada 10 Disember 1941. Akibatnya British tidak mempunyai pertahanan laut bagi mempertahankan pantai-pantai Tanah Melayu. Keadaan ini memudahkan Jepun menyerang dan menguasai pantai-pantai Tanah Melayu. Dalam usaha untuk melumpuhkan pertahanan udara British, Jepun telah menyerang kapal terbang dan menguasai lapangan terbang tentera British. Lapangan terbang Alor Setar dikuasai pada 12 Disember 1941, Kota Bahru 8 Disember 1941 dan Taiping pada 21 Disember 1941. Keadaan ini membolehkan Jepun menguasai ruang udara Tanah Melayu.
7. Perjanjian dengan Siam
Perjanjian dengan Siam pada 11 Disember 1940 juga menjadi faktor yang memudahkan Jepun menguasai Tanah Melayu. Akibat daripada perjanjian ini, Siam membenarkan Jepun menggunakan negerinya sebagai pengkalan untuk menyerang Tanah Melayu. Oleh itu kita dapati Jepun mula menyerang Tanah Melayu melalui Siam.
8. Semangat tentera British
Semangat tentera British amat lemah jika dibandingkan dengan tentera Jepun. Kekalahan-kekalahan awal yang begitu mudah melemahkan lagi semangat tentera British. Tentera British yang kebanyakan terdiri daripada tentera India bukan sahaja muda tetapi berpengalaman dalam peperangan. Semangat tentera India kian luntur akibat daripada peperangan Jepun “Asia untuk Asia” yang menyeru orang India untuk bekerjasama dengan Jepun bagi membebaskan negeri India dari penjajahan British. Untuk menjayakan propaganda ini, Jepun telah menggunakan pemimpin buangan India iaitu Subhas Chandra Boes.
9. Kuasa-kuasa lain
Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, British tidak mendapat bantuan kuasa-kuasa Barat yang lain kerana mereka terlibat dalam peperangan menentang Jerman dan Itali di Eropah dan Afrika. Selain itu, KKB lain juga terpaksa mempertahankan tanah jajahan mereka daripada serangan Jepun. Sebagai contoh, Perancis di Indo-China, Amerika di Filipina dan Belanda di Indonesia.
10. Penyelarasan
Kejayaan Jepun menguasai Tanah Melayu dengan mudah kerana adanya penyelarasan di antara angkatan darat, laut dan udara
Rujukan : NOTA STPM |
|
|
|
|
|
|
|
Nota tambahan....(cam bagus....)
1. Perisikan jepun
- beberapa overflying ke atas Malaya dan Singapura telah dilakukan sebelum perang oleh pesawat pengintip Jepun. Jepun juga telah menghantar perisik2 yang menyamar sebagai peniaga dan ahli profesional yang menyelidiki laluan utama dari utara ke Singapura.
2. Pertahanan utara
= Pertahanan utara Malaya bukanlah terlalu lemah...pertahanan utara berpaksi kepada Operasi Matador yang merupakan konsep 'forward defence' tetapi tidak dijalankan atas sebab tertentu. Tambahan pula kesilapan dalam taktik menyebabkan Jepun mudah menembusi 'Jitra Line'
3. Semangat tentera British
- selain semangat tentera India rosak akibat propaganda Subhas Chandra Bose, tentera British secara umumnya terlalu taksub dengan bayangan 'supermen' tentera Jepun yang mudah mengatasi masalah peperangan hutan. Dan British membuat silap dengan tidak menambah kekuatan Malay Regiment, yang berjuang mempertahankan watan manakala orang2 Cina yang akan menderita akibat pendudukan Jepun diberi tugas non-combatant sahaja. Juga, pihak tentera British tidak mengambil kira masalah yang turut dihadapi jepun kerana kemaraan terlalu pantas mereka (barisan logistik menjadi terlalu panjang dan bekalan lewat tiba ke barisan hadapan). Sebenarnya, sebelum British menyerah kalah, tentera Jepun sendiri dalam keadaan genting keranan bekalan peluru semakin mengurang - sekiranya British tidak menyerah dalam masa yang didesak Yamasheeta (heheh..elak kena cut), berkemungkinan Jepun terpaksa bertahan dulu atau terpaksa berundur semula ke Johor untuk resupply.
4. Kecanggihan peralatan
- Tentera Udara British yang mempertahankan malaya hanya mempunyai 141 pesawat yang kebanyakannya ketinggalan zaman seperti pesawat pengebom Vickers Wildebeest yang direka pada 1920an! Tentera udara jepun pula mempunyai pesawat yang lebih banyak dan canggih. bagaimanapun berlawanan dengan apa yang dicatat. pesawat pejuang Jepun yang beroperasi di malaya bukanlah pesawat Mitsubishi A6M (Zero) tetapi pesawat Nakajima Ki-43 dan Nakajima Ki-27. Bagaimanapun Ki-43 hampir sebaik Zero....
British (pihak bersekutu pada amnya) telah menggunakan taktik yang salah dalam menghadapi pesawat Jepun yang lincah ini. Pesawat seperti Buffalo sepatutnya membuat serangan pantas dan tidak sepatutnya terlibat dalam 'dogfight' yang memberi kelebihan kepada pesawat Jepun.
4. Berjuang sendirian?
- Pelan asal mempertahankan Asia Tenggara amat bergantung kepada dua perkara : Armada Timur Jauh British dan Armada Pasifik Amerika. Armada Timur Jauh yang sepatutnya mengandungi 1 carrier, 7 battleship/battlecruiser, 11 cruiser dan 24 destroyer tidak dapat dihantar kerana keadaan strategik di Eropah dan Mediterranean yang berubah akibat kekalahan Perancis. British hanya dapat menghantar 2 kapal tempur Prince of Wales dan Repulse. Sepatutnya kapal pengangkut pesawat HMS Indomitable turut serta tetapi mengaklami kerosakan ketika berlatih di caribbean. Armada Pasifik Amerika pula telah dulumpuhkan di Pearl harbor.Dari segi bantuan rakan, sebenarnya british masih mempunyai rakan dan bertempur secara sekawan dari segi amnya (contohnya dengan penubuhan ABDA - American, britsh, Dutch Alliance). Bagaimanapun kerajaan Vichy Perancis di IndoChina telah menandatangani non-aggression pact dengan Jepun 9sebab Vichy menjadi boneka Nazi yang menjadi skutu jepun) - peswat pengebom yang menyerang Prince Of Wales dan Repulse berpengkalan di Saigon (sekarang Ho Chi Minh City). |
|
|
|
|
|
|
Nathan This user has been deleted
|
Can u pls tell me the web site to get some "Gambar, peta and something else"?
or u can just post it here. Thx |
|
|
|
|
|
|
|
Serangan ke atas bandar Muar oleh tentera Jepun yang berhasrat menjadikannya sebagai kubu pertahanan mereka di selatan Tanah Melayu pada 11 Januari 1942. Oleh itu Jepun memaksa Inggeris berundur pada 31 Januari 1942. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaraan Jepun di Tanah Melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mok_nik at 27-3-2006 08:10
Serangan ke atas bandar Muar oleh tentera Jepun yang berhasrat menjadikannya sebagai kubu pertahanan mereka di selatan Tanah Melayu pada 11 ...
eeekk...mok nik, tu gambar B-17 Amerika serang Jerman...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Force Z ketika diserang (HMS Prince Of Wales atas, HMS Repulse bawah)
HMS Electra atau Express di hadapan kanan manakala HMS Prince Of Wales di kiri sekali dan HMS Repiulse dibelakang Prince Of Wales
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|