View: 6399|Reply: 7
|
CUACA DUNIA MAKIN PELIK...
[Copy link]
|
|
Cuaca dunia makin pelik
Oleh Nurul Adlina Kamaludin
REKOD bumi kini mencatatkan perkembangan pelik. Bahang panas melampau di Amerika Syarikat dan Eropah tetapi keadaan sebaliknya di negara panas, Afrika Selatan yang dilitupi salji. Tidak ketinggalan beberapa siri taufan yang semakin kerap dan ganas, termasuk berstatus taufan raksasa menggegarkan China ketika banjir terus menelan korbannya dari Pakistan, Habsyah, Korea sehinggalah ke India.
Keadaan cuaca tidak menentu itu menyaksikan beratus-ratus kematian dalam sekelip mata manakala lebih sejuta lain hilang tempat tinggal. Nilai kerugian akibat kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda mencecah berbilion dolar.
Inilah senario terkini keadaan cuaca dunia yang lebih banyak pelik daripada kebiasaannya. Catatan rekod daripada panas dan sejuk melampau selain rentetan satu demi satu taufan ganas yang seakan tidak memberi ruang bagi negara mangsa untuk bernafas.
Keadaan diburukkan lagi dengan ancaman gempa bumi kian kerap dengan catatan skala Richter lebih daripada sederhana sehingga menyebabkan amaran ombak besar atau tsunami yang amat asing bagi rantau Asia Pasifik, kini berlaku hampir setiap bulan.
Pendek kata, bukan saja perkembangan politik dunia diselubungi pelbagai kekacauan, tetapi rekod alam sekitar pun tidak terkecuali kelam kabutnya sebagaimana yang ketara di beberapa negara dalam tempoh dua bulan lalu.
Namun, antara contoh ?klasik? atau ketara adalah membabitkan kejutan perbezaan cuaca ketara benua Eropah dan Amerika dengan Afrika. Apa tidaknya, Eropah dan Amerika yang lebih diketahui menikmati cuaca sejuk sebaliknya diselubungi panas melampau dengan paparan rakyatnya kepanasan terpampang di kebanyakan media utama dunia baru-baru ini.
Keadaan sebaliknya berlaku di bahagian selatan dua benua itu apabila Afrika Selatan yang sudah sinonim dengan cuaca panas, sebaliknya menyaksikan kehadiran salji buat kali pertama sejak 1981.
Cuaca sejuk melampau di kawasan termasuk bandar Soweto, selatan Johannesburg serta kawasan penempatan eksklusif di Sandton mencatatkan suhu sehingga 1 darjah Celsius.
?Salji yang turun itu menjadi satu fenomena unik bagi kami kerana ia jarang berlaku di negara ini. Cuaca sejuk memang berlaku tetapi tidaklah sehingga menurunkan salji,? kata Kevin Rae, Timbalan Pengurus Jabatan Kaji Cuaca Afrika Selatan di Pretoria yang dipetik media tempatan.
Ketika penduduk Afrika Selatan memakai baju sejuk dengan anak kecilnya riang bermain salji, warga Amerika dan Eropah lebih selesa berpakaian tipis dan merendamkan kaki di air pancut akibat cuaca panas melampau.
Laman web pusat pemantau cuaca Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (Nasa) merujuk bulan lalu sebagai tempoh paling panas sejak enam tahun lalu dengan catatan suhu kira-kira 40 darjah Celsius. Suhu permukaan tanah turut meningkat dengan sebahagian Kanada dan Mexico juga lebih panas berbanding tempoh 2000-2005.
Di Amerika, korban cuaca panas itu mencecah lebih 200 orang termasuk 164 orang di California dengan selebihnya dilaporkan di New York dan Chicago. Keadaan itu menyebabkan berlakunya kejadian bekalan elektrik terputus.
Di Eropah sekurang-kurangnya 29 orang maut di Paris akibat panas melampau. Namun fenomena sepanjang Julai yang reda awal bulan ini masih terkawal dan tidak seburuk kejadian pada 2003 apabila sekurang-kurangnya 15,000 maut di Perancis dan 20,000 lain di Itali akibat cuaca panas yang keterlaluan.
Ramai kalangan saintis mengaitkan keadaan pelik itu sebagai kesan pemanasan global - satu keadaan yang dijangka berlarutan akibat pencemaran gas rumah hijau hasil pembakaran bahan fosil yang terperangkap dalam atmosfera.
Biarpun sukar membuktikannya, seperti diakui Asher Timms, pegawai Pusat Penyelidikan Perubahan Cuaca Tyndall di Britain, corak cuaca bumi kini berubah.
?Akibatnya paras air laut semakin meningkat yang berkait rapat dengan salji yang semakin berkurangan atau cair di kebanyakan kawasan pergunungan serta bungkah ais Greenland yang mencair. Ini menyebabkan air laut semakin panas dan menyebabkan taufan makin ganas berlaku dengan kerap.?
Malah antara bukti taufan yang mengganas adalah di China yang menyaksikan kemudaratan akibat serangan tiga taufan dalam tempoh sebulan. Dimulai taufan Bilis, Prapiroon dan terbaru taufan raksasa Saomai dengan angin selaju 216 kilometer sejam. Serangan taufan itu menyaksikan banjir dan tanah runtuh yang setakat ini menyebabkan hampir 1,000 orang terbunuh termasuk 600 akibat taufan Bilis saja.
Keadaan banjir itu turut meragut nyawa di ceruk lain dunia di Korea Utara, India dan di Habsyah. Malah di Habsyah selain 254 kematian, seramai 250 orang masih hilang sehingga hari ini.
Apa yang pasti, keadaan cuaca yang tidak menentu itu diperakui sejak beberapa tahun lalu yang membawa kepada penubuhan satu agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - Intergovernmental Panel non Climate Change (Panel Perubahan Cuaca) pada 1988. Laporan keempatnya mengenai fenomena pelik cuaca dunia akan dikeluarkan tahun depan.
Laporan itu bakal mengemas kini butiran kajian 2001 yang sudah memberikan amaran peningkatan suhu sebanyak 1.4 - 5.8 darjah Celsius pada 1990 sehingga 2100 bakal mendatangkan kesan buruk.
Apa yang pasti, tempias amaran laporan PBB itu sudah pun ketara sejak akhir-akhir ini. Fenomena pelik cuaca bukan setakat satu andaian tetapi hakikat yang bakal berlaku pada bila-bila masa.
Malangnya, biar sehebat mana pun kecanggihan teknologi bagi mengesannya, ia tidak dapat mengekang kemusnahan akibat bencana alam yang berlaku. Manusia hanya mampu menunggu dan melihat kemusnahan disebabkan cuaca makin pelik dan buruk ini.
INFO
Bukti cuaca tak menentu
2006
Amerika Syarikat, Eropah dilanda panas melampau manakala Afrika Selatan menyaksikan salji buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun.
Kajian terbaru buktikan pembentukan awan jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya menyebabkan beberapa habitat hidupan liar kekeringan dan menjejaskan perubahan flora dan fauna.
2005
Musim taufan Atlantik paling aktif pada tahun ini dengan rekod 26 ribut dan 14 puting beliung yang tujuh daripadanya cecah Kategori 3 ke atas. Buat kali pertama, taufan ganas Katrina, Rita dan Wilma terbentuk dalam satu musim.
Bumi semakin panas keadaan tahun lalu menyamai 1998 sebagai tempoh paling panas.
Kemarau dan panas kering menyebabkan musim kebakaran hutan yang memusnahkan lebih 8.5 juta ekar kawasan dunia yang jauh atasi fenomena sama pada 2000. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 13-8-2006 05:09 PM
Cuaca dunia makin pelik
Oleh Nurul Adlina Kamaludin
REKOD bumi kini mencatatkan perkembangan pelik. Bahang panas melampau di Amerika Syarikat dan Eropah tetapi keadaan sebaliknya di negara panas, Afrika Selatan yang dilitupi salji. Tidak ketinggalan beberapa siri taufan yang semakin kerap dan ganas, termasuk berstatus taufan raksasa menggegarkan China ketika banjir terus menelan korbannya dari Pakistan, Habsyah, Korea sehinggalah ke India
emmm... letih la dexa... mana punya journalist ekau taruk nie...
komen 1;
mmgla US dan Europe panas... tengah summer...South Africa mmgla sejuk.. tengah winter..
baru satu super typhoon kat China tu (tapi mmg ganas tu 216 km/h tak termasuk surge dia tu)... yg lain tu setakat typhoon, TS and TD je... tapikan belum satu pun typhoon kat US setakat nie (sepatutnya dah at least satu atau dua)..
ekuinoks dlm bulan september... hujung Okt hingga januari barula best... nengok kaw. kita boleh kena tailnya ke idak (sbonarnya yg pelik adalah TS Vamei - satu2nya sejak terbentuknya bumi yg berlaku dibawah 3 degree, mungkin ada yg berkata 1000 tahun dulu penah berlaku..but it was no clear evidence) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 13-8-2006 05:09 PM
Keadaan diburukkan lagi dengan ancaman gempa bumi kian kerap dengan catatan skala Richter lebih daripada sederhana sehingga menyebabkan amaran ombak besar atau tsunami yang amat asing bagi rantau Asia Pasifik, kini berlaku hampir setiap bulan.
Komen 2;
oooo... dia ceiter pasai amaran rupanya...
mmgla... kalau ikut teorinya... tsunami cuma boleh digenerate bila berlakunya earthquake berkekuatan lebih dari 7.5 skala richter (itupun kalau stakat 7.5 dan ke atas sedikit kalau earthquake jenis compressed)... tapi la nie... BMG (ikut artikel yg ekau pastekan) earthquake 6.3 richter pun dia bagi amaran... MANA tak banyak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 13-8-2006 05:09 PM
Laman web pusat pemantau cuaca Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (Nasa) merujuk bulan lalu sebagai tempoh paling panas sejak enam tahun lalu dengan catatan suhu kira-kira 40 darjah Celsius. Suhu permukaan tanah turut meningkat dengan sebahagian Kanada dan Mexico juga lebih panas berbanding tempoh 2000-2005.
Di Amerika, korban cuaca panas itu mencecah lebih 200 orang termasuk 164 orang di California dengan selebihnya dilaporkan di New York dan Chicago. Keadaan itu menyebabkan berlakunya kejadian bekalan elektrik terputus.
Di Eropah sekurang-kurangnya 29 orang maut di Paris akibat panas melampau. Namun fenomena sepanjang Julai yang reda awal bulan ini masih terkawal dan tidak seburuk kejadian pada 2003 apabila sekurang-kurangnya 15,000 maut di Perancis dan 20,000 lain di Itali akibat cuaca panas yang keterlaluan
Komen 3;
Tidak la seburuk 2003 dan tahun 70an dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 13-8-2006 05:09 PM
Malah antara bukti taufan yang mengganas adalah di China yang menyaksikan kemudaratan akibat serangan tiga taufan dalam tempoh sebulan. Dimulai taufan Bilis, Prapiroon dan terbaru taufan raksasa Saomai dengan angin selaju 216 kilometer sejam. Serangan taufan itu menyaksikan banjir dan tanah runtuh yang setakat ini menyebabkan hampir 1,000 orang terbunuh termasuk 600 akibat taufan Bilis saja.
Keadaan banjir itu turut meragut nyawa di ceruk lain dunia di Korea Utara, India dan di Habsyah. Malah di Habsyah selain 254 kematian, seramai 250 orang masih hilang sehingga hari ini.
Komen 4;
Saomai mmg kuat (terkuat sejak 1956 dulu... di China aje la... compare ngan tempat lain...hehehehe).. Prapiroon mmg mengejutkan...Bilis...no komen...
tapikan yg peliknya ... tak da banjir besar di Pulau Jawa bulan Januari/feb yg lepas... sulawesi adalah...emmm ...jawa timur ada banjir lumpur... but jawa Barat tak da lak ...pelik...pelik |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 13-8-2006 05:09 PM
Laporan itu bakal mengemas kini butiran kajian 2001 yang sudah memberikan amaran peningkatan suhu sebanyak 1.4 - 5.8 darjah Celsius pada 1990 sehingga 2100 bakal mendatangkan kesan buruk.
Komen 6;
huhh... 5 Celcius... dah jadik macam ceiter the days after tomorrow.. tapikan benda tu kat mid-latitude je... emmm agak2 miker la... Malaysia nie mampu ke nak nampung org dari China, Jepun, Rusia dll lagi tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 13-8-2006 05:09 PM
Musim taufan Atlantik paling aktif pada tahun ini dengan rekod 26 ribut dan 14 puting beliung yang tujuh daripadanya cecah Kategori 3 ke atas. Buat kali pertama, taufan ganas Katrina, Rita dan Wilma terbentuk dalam satu musim.
Bumi semakin panas keadaan tahun lalu menyamai 1998 sebagai tempoh paling panas.
Komen 6; letih dah nak komen.. ambik yg last ajela
Penulis sepatutnya mengasingkan ribut ngan puting beliung...sebabnya... puting beliung adalah faktor cuaca setempat...tak da kena mengena dengan sistem cuaca dunia...
tahun 1998, Chuping lebih dari 41C, 2005 seluruh Malaysia rasanya tiada yg melebihi 39C
Kesimpulan..
Bagi teman penulis byk. mengarut |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 13-8-2006 05:09 PM
Keadaan sebaliknya berlaku di bahagian selatan dua benua itu apabila Afrika Selatan yang sudah sinonim dengan cuaca panas, sebaliknya menyaksikan kehadiran salji buat kali pertama sejak 1981.
takderla sinonim... afrika selatan kan 4 musim, bukannya sepanjang tahun dia panas jer....
tapi memang betulla tu musim sejuk tahuni ni kat afrika selatan memang yang paling sejuk sejak sekian lama....
sehingga tempat2 yg tak pernah turun salji pun tetiba jer bole turun.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|