View: 3187|Reply: 0
|
BANJIR BESAR DI HABSYAH (ETHIOPIA)
[Copy link]
|
|
Korban banjir di Habsyah cecah 1,000
ADDIS ABABA: Korban banjir di Habsyah dijangka mencecah 1,000 orang biarpun bilangan rasmi setakat ini adalah seramai 626 orang.
Seramai 300 lain masih hilang setakat ini.
Negara Afrika itu berdepan bencana banjir akibat hujan lebat yang melanda sekitar Habsyah sejak 11 hari lalu.
Pihak berkuasa negara Afrika itu juga bimbang yang angka korban berkenaan akan terus meningkat mendadak selepas ini.
Air sungai di selatan, utara dan timur Habsyah melimpah berikutan hujan lebat sejak awal bulan ini. Malah keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan yang sekali gus menjejaskan usaha menyelamat di Habsyah.
Keadaan yang meruncing itu menyebabkan agensi bantuan antarabangsa termasuk di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa turun padang membantu kerajaan Habsyah.
Setakat semalam, korban banjir berkenaan adalah 364 dan pihak polis meramalkan ia akan mencecah 1,000 orang. Seramai 256 orang maut di timur dan enam di utara.
PBB pula menyatakan, seramai 300 orang masih hilang di timur.
Polis berkata mereka membatalkan usaha mencari mayat di timur Habsyah tetapi meneruskannya di kawasan selatan.
?eadaan sukar dikawal sekarang. Kami tiada pilihan lain kecuali bersedia menghadapi hakikat yang korban banjir itu mencecah 1,000 orang. Kami memerlukan bantuan helikopter dan bot bagi tujuan mencari dan menyelamat,? kata jurucakap polis wilayah selatan, Inspektor Daniel Gezahenge. ? AP |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|