View: 3909|Reply: 6
|
Berita Baik!!!....Penerbangan ditambah
[Copy link]
|
cekpoin This user has been deleted
|
MAS, AirAsia tambah khidmat di 3 wilayah
Oleh Amirullah Andi Nur
KOTA KINABALU: Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia Bhd (AirAsia) bersetuju menambah jumlah penerbangan di Sabah, Sarawak serta Labuan sebanyak 90 peratus, berkuat kuasa pertengahan minggu depan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, berkata ini sebagai langkah mengatasi kekurangan penerbangan yang dialami penduduk sejak rasionalisasi laluan penerbangan dilaksanakan pada 1 Ogos lalu.
"Syarikat itu juga bersetuju menambah jumlah kekerapan penerbangan di ketiga-tiga wilayah itu jika mendapat pesawat baru yang sesuai," katanya ketika ditemui selepas meninjau projek pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCTT) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di Tanjung Aru, dekat sini semalam.
Chan berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan perbincangan kerajaan Pusat dengan MAS dan AirAsia berhubung rungutan orang ramai terhadap masalah kekurangan penerbangan sejak 1 Ogos lalu.
Beliau berkata melalui perubahan itu, penerbangan Kota Kinabalu-Labuan akan ditambah daripada 21 kepada 28 kali seminggu, Kota Kinabalu-Sandakan 44 kepada 49 kali seminggu, Kota Kinabalu-Tawau 28 kepada 35 kali seminggu.
Kota Kinabalu-Miri dari 14 kepada 21 kali seminggu, Kuching-Kota Kinabalu 21 kepada 28 kali seminggu dan Kuala Lumpur-Labuan dari tujuh kepada 14 kali seminggu.
Bagi laluan Kota Kinabalu-Miri, MAS bersetuju mengadakan semula perkhidmatan sekali sehari berikutan permintaan ramai selepas dimansuhkan sebelum ini,
Penerbangan bagi laluan itu sebelumnya dikendalikan oleh AirAsia, iaitu 14 kali seminggu atau dua kali sehari.
Chan berkata berikutan keputusan itu, sebuah jawatankuasa khas bakal diwujudkan, dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Safaruddin Mohd Sidek.
Katanya, jawatankuasa khas itu akan turut dianggotai wakil agensi kerajaan berkaitan serta MAS, AirAsia dan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).
"Jawatankuasa akan memantau teliti setiap perkembangan membabitkan penerbangan setiap hari oleh MAS dan AirAsia.
"Mereka akan bermesyuarat sekali dua minggu bagi mencari jalan sesuai berhubung sebarang masalah berbangkit agar semua dapat kembali berjalan lancar," katanya.
Mengenai perkembangan projek LCCT di sini, Chan berkata ia lancar dan dijangka siap mengikut jadual hujung tahun ini.
sumber: BH 9/9/2006 |
|
|
|
|
|
|
cekpoin This user has been deleted
|
maknanya flight akan sama seperti sebelumnya... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah..
kalo tak nak pegi KL susah sgt lately..hopefully flight pagia kana da seperti biasa..tgkla..mmg tak lojik..jam 5.20ptg from Lbuan, sampai KL dah malam.dekat2 jam 8..nak pegi mana2 pon susah..
pastu from KL jam 8.55..so kena check in jam 7.30 pagi..at least..susahnya..kat KL tu dah ler jammed lagi..pastu KLIA tu bukannya2 dekat2 dgn KL..kalo cab sejam lebih gak..tak lojik kan? kalo labuan tak kisah la..around 30 minit pon dah bleh sampai airport. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
cekpoin This user has been deleted
|
yap betul tu.......sesapa yg rajin otstesen kat kl mesti lega...... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus laa...penat aku tunggu2 lama kat klia hari tu balik sdk.. |
|
|
|
|
|
|
cekpoin This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
ala..i just heard flight KL_Lbuan yg high frequent ni just to fullfill keperluan utk musim perayaan jer..lepas tu back to normal..bosan la cam ni! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|