CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8055|Reply: 50

Usah gandingkan sains, al-Quran ( UTUSAN MALAYSIA 29/9/2006 )

[Copy link]
Post time 29-9-2006 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Boleh sesapa kasik pendpt psl artikel nih ???




Usah gandingkan sains, al-Quran

Oleh Abdul Rahman Abdul Rahim


ADA satu jenis pemikiran atau mentaliti berasaskan pada rasa rendah diri umat Islam yang memandang tinggi kepada ilmu sains kerana pencapaian hebatnya pada zaman ini.

Ia juga berpunca daripada kedudukan lemah umat Islam dalam bidang sains dan teknologi serta menyedari bahawa ilmu agama tidak menyumbang kepada keupayaan mereka dalam kehidupan dunia.

Akibat daripada perasaan rendah diri ini, maka mereka seolah-olah mencari-cari penemuan-penemuan sains untuk membuktikan bahawa al-Quran adalah benar.

Justeru dicarinya penemuan-penemuan sains dan digandingkan pula dengan ayat-ayat al-Quran, maka dikatakanlah bahawa dalam al-Quran terdapat banyak fakta sains.

Malah dikatakan pula bahawa sains baru mengetahui sesuatu fakta sedangkan al-Quran sudah lama menyatakannya. Nada daripada kata-kata sebegini adalah untuk menunjukkan bahawa al-Quran adalah lebih agung daripada sains. Tetapi pada waktu yang sama terdapat perasaan rendah diri dengan sains hingga memerlukan sikap-sikap sebegini.

Ditambah pula dinyatakan bahawa manusia melalui sains tidak akan mengetahui semua perkara. Seolah-olah dikatakan bahawa belajar sains kurang perlu diberi perhatian.

Hakikatnya ialah sains dan al-Quran tidak boleh digandingkan atau dibandingkan. Sains adalah ilmu yang berupa hasil manusia mencari menemui dan mencuba untuk mendapat rumusan. Ia berubah-ubah.

Tetapi al-Quran adalah kitab wahyu dan bukannya buku sains. Ia tidak mengandungi fakta sains. Ini kerana al-Quran tidak berubah sedangkan fakta sains berubah apabila mendapat penemuan baru. Justeru membandingkan antara keduanya adalah tidak wajar.

Maka usaha mencari ayat yang selaras dengan fakta sains, atau mencari penemuan sains untuk diselaraskan dengan ayat al-Quran adalah pekerjaan yang tidak bermanfaat.

Al-Quran adalah kitab panduan untuk manusia. Ia mengandungi perumpamaan dan kisah bagi meningkatkan keimanan dan kehidupan berakhlak di kalangan manusia. Tetapi ia sama sekali bukan buku sejarah atau buku sains.

Sudah tentu terdapat ayat-ayat di dalamnya yang tidak selaras dengan sejarah dan sains. Ini kerana sejarah dan sains adalah bidang ilmu manusia.

Walaupun terdapat ayat-ayat al-Quran yang boleh ditafsirkan mengikut fakta sains kontemporari, tetapi ia hanya rumusan pentafsir semasa dan bukannya fakta untuk membuktikan sesuatu perkara.

Cuba bayangkan apabila fakta sains itu berubah akibat penemuan baru, sesuatu yang lumrah, maka adakah hendak didakwa bahawa ayat al-Quran itu silap?

Ayat-ayat al-Quran juga tidak boleh membuktikan sesuatu fakta sains itu betul atau tidak. Ini kerana aktiviti sains bergantung kepada pemerhatian, percubaan dan rumusan hipotesis serta teori.

emel: [email protected]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nice2000 This user has been deleted
Post time 29-9-2006 08:48 AM | Show all posts
sebenarnya al-quran adalah sumber ilmu.......dimana ilmu yang berada di dalamnya telah mendahului penemuan sains........apa yang diperkatakan dalam al-quran adalah benar.....napa pula dia x boleh dijadikan rujukan????sedangkan nama2 besar dalam bidang itu kebanyakannya mengambil al-quran sebagai rujukan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 08:56 AM | Show all posts
Statement macam nih buang dalam tong sampah ajer!  Kebanyakan penemuan2 sains yg diterokai tidak bertujuan utk membandingkan dgn Al-Quran. Tetapi setelah penemuan2 tersebut dijumpai, baru mereka sedar akan penemuan eksperimentasi mereka itu sama yg dinyatakan dalam Al-Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 08:58 AM | Show all posts
Tetapi ia sama sekali bukan buku sejarah atau buku sains. -  SILAP BESAR :no:
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by nice2000 at 29-9-2006 07:48 AM
sebenarnya al-quran adalah sumber ilmu.......dimana ilmu yang berada di dalamnya telah mendahului penemuan sains........apa yang diperkatakan dalam al-quran adalah benar.....napa pula dia x boleh d ...

Kalo  al-Quran    ...sebagai   pusat  ilmu   ...mengapa   umat  islam  lemah  ...padahal..umat   islam   semuanya  membaca  ...
sekali   saya  repeat  ...umat  islam   hanya   baca   Al-Quran  ..tetapi   gagal  menghayati  Al-Quran  tu  sendiri  ....
baca  Al-Quran  semata-mata  mengharapkan   pahala  ....   itu  sebab   umat  islam  lemah   ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 09:13 AM | Show all posts
mcmna tulisan camni buleh lepas tertayang kat utusan... ada yg tak kena
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2006 09:17 AM | Show all posts
Statement mcm tu boleh dianggap menghina Al-Quran! Ni lah jadinyer kalau terlalu nak menjadi freethinker sangat. Korang hantarlah komen suruh mamat nih tarik balik kenyataan dia nih kat forum utusan malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 01:49 PM | Show all posts
Aku tak faham tujuan dia tulis article...mcm provoking je...first of all..aku tak tak faham kenapa dia timbul kan isu yang nak mengait dan tak mengaitkan Al-Quran dgn sains...secara tak langsung memang tak de....Al-Quran memang bukan buku untuk kelas sains atau sejarah..tetapi still sebagai kitab kepada Umat Islam ia merangkumi semua aspek dalam dunia ciptaan ALLAH yang perlu dikupas secara teliti yang membuktikan bahawa ALLAH Maha mengetahui daripada hambaNYa.

Tak perlu ada ideologi baru untuk timbulkan keraguan Al-Quran terhadap penyumbangan perkembangan sains. penyumbangan Al-Quran terhadap sains melalui cara tersendiri. Kita hanya hambaNya yang masih tak pandai nak selidik mana surah yang menyumbang pada sains. Kebanyakkannya bila dah ada penemuan baru kita nampak ada tertulis dah dalam Al-Quran.

Ni apa yang aku faham dan pandang.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2006 02:24 PM | Show all posts
dia tak reti baca al-Quran kot...
selama ni bukan kita tau al-Quran kan penuh dgn hikmat n khasiatnye...kenape sceptical lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by yassin_yahya at 29-9-2006 01:49 PM
Aku tak faham tujuan dia tulis article...mcm provoking je...first of all..aku tak tak faham kenapa dia timbul kan isu yang nak mengait dan tak mengaitkan Al-Quran dgn sains...secara tak langsung me ...


Al Quran itu absolute knowledge. Sains itu everchanging knowledge. Pastinya ada perbezaan dari masa ke semasa.

Bagi yang menggunakan sains untuk membuktikan kebenaran Al Quran mestilah ingat sains ini berubah-ubah.

Pada ketika ini, mungkin sains dan Al Quran selari dari beberapa segi,  tetapi pada masa akan datang apa kata jika dijumpai beberapa penemuan baru sains yang tidak selari dengan yang  dalam Al Quran? Orang yang menggunakan sains untuk membuktikan kebenaran Al Quran ini akan jadi keliru dan boleh tergugat akidahnya, jadi perlu beringat awal-awal.

Adakah mungkin ada penemuan baru sains yang tidak selari dari Al Quran? Sudah tentu ya.  Ini kerana ahli 2 sains dalam proses mencari kebenaran membuat kesimpulan dari bukti2 yang kelihatan pada pancaindera dan peralatan sedangkan Al Quran banyak membicarakan perkara2 ghaib. Kewujudan jin dan malaikat misalnya tidak ada dalam ilmu sains dan tidak akan dapat dikesan oleh peralatan sains secanggih mana pun, tetapi banyak benar disebut dalam Al Quran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 02:45 PM | Show all posts
aku amat setuju dengan artikel ni.. pendapat ini tidak seharusnya dibangkulsampahkan, tapi dipandang tinggi kerana tujuannya utk memuliakan al-Quran sesuai dgn tarafnya sebagai wahyu Allah yg tak boleh dicabar oleh sains sekalipun...
sains yang seharusnya mengikut al-quran, bukannya al-quran mengikut sains.. byk contoh org yg terlalu percaya sains sehinggakan mereka berusaha mengubah tafsiran al-quran utk disesuaikan dgn teori sains.. contohnya, teori sains pasal planet ada 9, umat islam pon sesuaikanlah teori ni dgn kisah mimpi nabi yusuf pasal 11 bintang sujud padanya, kononnya 9 planet sudah ditemui, ada 2 lagi belum jumpa dan org islam pn tak sabar2 menanti penemuan 2 lg planet supaya boleh la dibuat pengumuman bahawa sains selari dgn al-Quran.. sekrang Pluto kena buang, dah tinggal 8 planet, adakah org islam nak menunggu ahli sains menemui 3 lg planet?
begitu juga dgn teori big bang, bumi mengelilingi matahari, dll.. ini semua hanya teori berdasarkan pemerhatian manusia melalui teleskop yg walaupon power tapi masih terbatas.. mcm mana kalau 20-30 tahun lg ahli sains tukar teori bahawa matahari yg mengelilingi bumi?  
malah ramai umat Islam percaya teori bahawa kita boleh kembali ke masa silam sedangkan ayat2 al-quran kalau difahami betul2 menyatakan tidak mungkin (kecuali dgn izin Allah)..
umat islam zaman sekarang jauh berbeza dgn umat islam dulu.. umat islam dulu mcm ibnu sina, farabi, dll mereka menghayati al-quran dan melalui pemahaman mereka tu mereka terokai sains..
tapi umat islam zaman sekarang sekadar menunggu2 ahli sains barat umumkan satu teori baru, lalu mereka pon mencari2 atau mereka2 penafsiran terhadap al-quran yg sebelum tu mereka tak faham pon, utk disesuaikan dgn teori sains yg baru tu, dan dgn penuh bangga mengatakan "sains sudah membuktikan al-quran".

Tetapi ia sama sekali bukan buku sejarah atau buku sains. -  SILAP BESAR

mana silapnya? memang ada kisah2 umat dahulu dan fakta sains dalam al-Quran tetapi tujuan utamanya utk memberi pengajaran, jadi mmg tak boleh dianggap buku sejarah atau buku sains.. adakah al-Quran menceritakan secara detail dimana sebenarnya bukit judi tempat kapal nabi nuh terdampar? siapakah Zulkarnain? sekiranya Allah mahu, Dia boleh sambung cerita2 tu dgn satu ayat saja supaya manusia tak susah2 berkelahi tentukan kedudukan kapal nabi nuh atau siapa Zulkarnain.. tujuan utamanya ialah supaya manusia mengambil iktibar dr kisah itu, nak tahu sejarahnya dgn detail, cari sumber lain dan kaji sendiri..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 02:57 PM | Show all posts
Ye ker mcm tu? Mcm mana pula dgn kes awal kejadian manusia? Penemuan Darwin mengatakan bahawa manusia berasal daripada monyet.Itu dari segi penemuan Darwin yg kononyer dari segi sains. Tapi dalam Islam, awal kejadian manusia adalah daripada keturunan nabi adam. Jadi kalau kita pisahkan antara Quran dengan Sains,mana satu anda akan percaya?Anda percaya teori Darwin kah? :no:
Baru2 ini, penemuan sains yg menyatakan bahawa semua manusia didalam dunia ini berasal daripada dua individu sahaja.Mereka telah menjalankan kajian ini diseluruh dunia.Mereka mengumpul data2 gen populasi merata dunia. Hasilnyer,mengkagumkan!Kita semua ini berasal daripada satu bapa dan satu ayah. Lalu mereka merujuk kepada kitab bible yg menceritakan kisah Adam and Eve(Hawa) dimana Didalam Al-Quran juga ada menceritakannyer.Akhirnyer, sains itu sendiri akan mengakui akan kebenaran Al-Quran. Berapa ramai saintis non-muslim memeluk Islam kerana Sains & Al Quran.
Believe it or not!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by soul at 29-9-2006 08:44 AM
Maka usaha mencari ayat yang selaras dengan fakta sains, atau mencari penemuan sains untuk diselaraskan dengan ayat al-Quran adalah pekerjaan yang tidak bermanfaat.


Part ni saya tak setuju.
Bagi saya pekerjaan mencari penemuan sains untuk diselaraskan dengan ayat Al Quran adalah bermanafaat.  Sekurang2nya boleh meningkatkan keimanannya, apa salah? Kalau dibuat bersungguh2 kerana Allah semata-mata, pasti Allah akan memberi kejayaan dunia dan akhirat.

Tapi kena tahu batasan-batasan kemajuan sains itu sendiri dan perbezaan2 al quran dan sains. Jangan sampai sanggup berbohong, menipu dan memalsukan fakta semata-mata nak selarikan al quran dengan ilmu sains. Itu sudah salah dan menyeleweng.  Dan perlu juga menyatakan dengan jelas batasan2 itu kepada orang lain yang belajar tentangnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 03:01 PM | Show all posts
Usah gandingkan sains,Al Quran: satu tajuk yg cukup menjelekkan!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 03:06 PM | Show all posts
.. contohnya, teori sains pasal planet ada 9, umat islam pon sesuaikanlah teori ni dgn kisah mimpi nabi yusuf pasal 11 bintang sujud padanya, :no:

Bintang bukan planet.Matahari adalah bintang. Umat Islam mana yg kaitkan teori ni dengan mimpi nabi yusuf? Adakah mereka golongan saintis? Atau pengetahuan mereka luas.Mungkin sekadar tafsiran mereka sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 29-9-2006 02:57 PM
Ye ker mcm tu? Mcm mana pula dgn kes awal kejadian manusia? Penemuan Darwin mengatakan bahawa manusia berasal daripada monyet.Itu dari segi penemuan Darwin yg kononyer dari segi sains. Tapi dalam Islam, awal kejadian manusia adalah daripada keturunan nabi adam. Jadi kalau kita pisahkan antara Quran dengan Sains,mana satu anda akan percaya?Anda percaya teori Darwin kah?

mestilah al-Quran.. cuba la baca betul2 apa yg aku tulis dan artikel Abdul Rahman Abdul Rahim tu..

Originally posted by sedondon at 29-9-2006 02:57 PM
Baru2 ini, penemuan sains yg menyatakan bahawa semua manusia didalam dunia ini berasal daripada dua individu sahaja.Mereka telah menjalankan kajian ini diseluruh dunia.Mereka mengumpul data2 gen populasi merata dunia. Hasilnyer,mengkagumkan!Kita semua ini berasal daripada satu bapa dan satu ayah. Lalu mereka merujuk kepada kitab bible yg menceritakan kisah Adam and Eve(Hawa) dimana Didalam Al-Quran juga ada menceritakannyer.Akhirnyer, sains itu sendiri akan mengakui akan kebenaran Al-Quran. Berapa ramai saintis non-muslim memeluk Islam kerana Sains & Al Quran.
Believe it or not!

aku rasa kau tak tengok habis rancangan tu atau mungkin tak berapa faham(sorry).. penemuan itu membuktikan kita berasal dr satu bapa.. tapi ahli sains tersebut, Spencel Wells, juga mengatakan "Adam" tersebut bukanlah Adam yg disebut dalam Bible (atau al-Quran bg kita) kerana disamping "Adam" tersebut terdapat juga manusia lain, cuma kebetulan hanya keturunan "Adam" yg sorang ni masih kekal... jadi, sains masih belum menemui Adam dan Hawa yg sebenar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2006 03:23 PM | Show all posts
Pada abad ke 7, ketika Al-Qur'an diwahyukan. Masyarakat arab telah pun memiliki kepercayaan khurafat dan yang tidak berasas yang berkaitan dengan isu-isu saintifik. Kedaifan peralatan teknologi untuk menyelidiki alam semesta dan bumi menyebabkan masyarakat ini mempercayai kepada legenda-legenda yang diwariskan dari generasi ke generasi, mereka mendakwa sebagai contoh, bahawa gunung-ganang menongkat langit, mereka percaya bahawa bumi adalah datar dan bahawa di sana terdapat gunung-gunung yang tinggi terletak di setiap penghujungnya. Mereka menyangkakan bahawa gunung-gunung ini adalah tiang yang menyebabkan kubah langit di atas.

Tetapi, semua kepercayaan khurafat masyarakat arab ini ditolak oleh Al-Qur'an. Dalam surah Ar-Ra'd ayat ke 2 dinyatakan: Tuhanlah Dia yang meninggikan langit-langit tanpa tiang Ayat ini telah membatalkan kepercayaan bahawa langit yang berada di atas kerana sokongan gunung-ganang. Dalam banyak subjek lain, fakta-fakta penting telah dinyatakan ketika mana tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya.

Al-Qur'an diturunkan ketika umat manusia hanya mengetahui sedikit mengenai astronomi, fizik atau biologi yang mengandungi fakta mengenai pelbagai subjek seperti penciptaan alam semesta, manusia, struktur atmosfera dan keseimbangan yang membenarkan kehidupan di atas muka bumi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 11:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 11:37 PM | Show all posts
A'kum and Happy Ramadhan toa ll,

To answer the above question, we need to know the differences between Islamic Education System versus the Secular Education System that we have today. Islamic Education System centers its dicipline on Islam, via The Al-Quran,Sunnah, Ijma, Qiyas and Ijtihad. That means whether you take up Law, Science, History or any other subject, it will always be intertwined with these five elements.

Some may think such combination stiffles or limits the creativity and knowledge that Muslim will have. I beg to differ. Such combination to me will if applied correctly will broaden the mind, for the in Islam our human knowledge is but less than a drop in the ocean. Islam also tought us that God will not change a persons fate unless we work hard to change it. Islam also taught us to be patience. Therefor, any mysteries or contradiction in any Discipline can only means that;

1] We havent work hard enough to crack the mysteries.
2] The time is not right yet for God to reveal the knowledge, hence we have to be patient.
3] Some mysteries and contradiction is only known to God why it is so.

Science is not a fixed concept. It changes overtime, Hence most science's concept are call 'theories'. I remember there was a time when some Anti-Islam said [even today at Answering-Islam.com] they have proof Islam is false. They argued that in the Quran the surah that state that the Sun runs on its own orbit is false because the Sun does not have its orbit and stay fixed. The Surah they mention is here;

"It is He Who created The Night and the Day,
And the sun and the moon: All (the celestial bodies)
Swim along, each in its Rounded course."
[AI-Qur'an 21:33] Yusuf Ali's Translation


And here;

"It is not permitted To the Sun to catch up The Moon,
nor can The Night outstrip the Day:
Each (just) swims along in (its own) orbit
(According to Law)."
[AI-Qur'an 36:40]Yusuf Ali's Translation


The Muslim Scholars just bid Muslim to stay patience. Later, the modern Astronomy Science showed this;



That is the Milky Way. And with such findings, it was a matter of time whether we will find out wheter the SUn have its own orbit or not. We will not have to wait long;

The Sun (and therefore the Earth and Solar System) may be found close to the inner rim of the Orion Arm, in the Local Fluff, at a distance of 7.94
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 07:25 AM | Show all posts

Usah gandingkan sains, al-Quran ( UTUSAN MALAYSIA 29/9/2006 )

Kenapa tak boleh?  Sedangkan Al-Quran adalah sumber utama rujukan ilmu.  Di dalamnya Allah berfirman tentang Sains secara langsung dan tidak langsung.  Allah menyuruh melihat alam ini dan berfikir.  Hanya yang mendapat hidayah sahaja yang memahami.  Kepada yang rasa-rasa kurang ilmu Al-Quran harap jangan keluarkan kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri.  Kepada editor Utusan harap lebih peka.  Al-Quran tak pernah salah dan jika percanggahan berlaku di antara sains dan Al-Quran, ianya hanyalah salah faham si penafsir yang hanya mempunyai ilmu takat yang dibenarkan oleh Allah... Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan Dia menjadikan sesuatu selaras dengan kehendak Nya...  Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menjadikan kita bersama dengan kitab panduan iaitu Al-Quran... Kitab yang mengandungi firman (kata-kata) Allah Yang Maha Agung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.272991 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list