CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6399|Reply: 46

Perjuangan Menegak Kebenaran Ugama Islam di zaman ini ?

[Copy link]
Post time 1-11-2006 07:00 PM | Show all posts |Read mode
"salam

saya akuinya
memang RAMAI org yg mengaku ISLAM takut
dan memang PENGECUT
(maaf nak kata, tak ada TELUR!!!!!!)
tetapi bagi mereka yang ISLAM
dan HANYA KEPADANYA TUNDUK PATUH
TIADA APA YANG PERLU DITAKUTI
MELAINKAN KEPADA TUHAN SEKALIAN ALAM"

Aku suka dengan semangat OB melalui sajaknya didalam C&C....walaupun pedas, ada benarnya dan ada jugak yang terlampau sukar untuk dikupaskan maksudnya. ok apapa pun aku nak bawak korang berbincang tentang perjuang org islam.yelah dah kata ada yang tak de telur dalam islam ni kan.....so aku dan mungkin ada jugak umat Islam yang masih naive dan bodoh ingin bertanya dan membincang apa bentuk perjuangan Islam yang sebenar benarnya yang diperlukan dizaman sekarang...kekerasan, lembut, diplomasi, tunjuk ajar,....perlu diingat Ugama Islam melalui zaman menerima fitnah yang terbesar...Islam ugama terrorist.....org barat dan kafir lain telah mengecop Islam sebagai begitu dan itulah hakikatnya sebenar...'Ugama Islam telah difitnah", kalau nak bangkang aku tentang ini boleh bukak topik lain. Tapi sekarang aku nak bawa berbincang tentang perjuangan menegak kebenaran Islam - Islam adalah ugama yang sebenar-benarnya,ugama yang suci dan ugama yang membawa kebaikan dan keselamatan kepada semua manusia.  

memang perjuangan akan berbeza mengikut situasi dan faktor faktor yang berbeza. tetapi apakah bentuk sebenarnya yang perlu dilaksanakan?

Kekerasan - berperang, mengebom tempat musuh (walaupun tempat awam), bertekak atau memaksa org lain untuk menerima Islam ini benar?   adakah ini tindakan yang pertama sekali kalau nak menegakkan kebenaran Islam.

Lembut, diplomasi,tunjuk ajar, contoh mencontohi - ini adalah antara yang terbaik tetapi perjuangan ini mengambil masa yang panjang dan commitment yang tinggi (tetapi sebenarnya org yang benar benar menyerahkan diri kepada ALLAH akan mudah melaksnakan perjuangan ini kerana org jenis ini adalah yang mempunyai keimanan yang tinggi, kesabaran yang payah diduga oleh manusia - hanya Allah saja yang mampu menduganya, sentisa bertakwa).

aku ni langsung tak pandai kalau nak bagi dalil Al-Quran atau Hadis..sebab aku sepatah pun tak ingat kalau nak bagi dalil. Dan aku suka dgr dalil yang selalu antique bagi, ibnur dan forumers lain bila berbincang.  So aku mengalu-alukan semua nya memberi input dan pandangan,apakah cara cara sebenarnya kita perlu buat sebagai individu untuk memperjuangkan Islam adalah agama yang sebenar benarnya? kalau nak bantai padangan aku yang serong (kalau korang nampak serong) aku alu alukan jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2006 07:45 PM | Show all posts
zaman Rasul kita dahulu, Ibrahim, Musa, Daud,Isa dan Muhammad sudah tentu melalui zaman zaman yang sukar untuk mengajar dan memperkembangkan ugama Islam. tetapi macamana Mereka buat? Apa cara? aku pasti Rasul kita bukan yang terkenal dgn keganasan, mesti bersifat lembut dan tegas. macamana ek?

Aku pasti jugak kafir-kafir dahulu lebih brutal dan ganas dalam menentang agama Islam....tapi macamana depa buat? adakah kita mengikut cara depa memperjuangkan Islam...betul ke kita ni? betul ke? cakap banyak tak guna apa sebenar yang perlu kita ubah? apa yang tak betul dan apa yang perlu kita ubah...?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 10:21 PM | Show all posts
TUJUAN PERJUANGAN ISLAM


Pejuang-pejuang Islam mesti memastikan sungguh-sungguh bahawa tujuan membawa umat kepada Islam ialah dengan niat agar mereka itu selamat di dunia dan Akhirat, yakni hidup mendapat keredaan ALLAH dan terlepas dari azab Neraka.

Untuk itu, kita harus memastikan bahawa kebaikan yang bakal mereka amalkan dalam hidup mereka itu adalah di semua tempat dan masa. Bukannya di satu tempat mereka tidak berbuat maksiat tapi melakukannya di tempat dan waktu yang lain.


Kalau ini terjadi, ertinya generasi itu adalah orang-orang yang tidak akan terlepas dari azab ALLAH di dunia dan Akhirat. Apa kita puas hati sekiranya perjuangan kita tetap tidak dapat memberi keselamatan dunia dan Akhirat pada umat? Di sinilah keikhlasan kita teruji. Kalau benar kita sangat bimbang keselamatan umat di dunia dan Akhirat, tentu kita tidak rela membiarkan mereka menipu diri dengan berkelakuan baik di dalam negara Islam tetapi jahat di luarnya.


Iman adalah asas untuk mencorakkan manusia dengan cara hidup. Hari ini kalau kita dapat kuasa negara dengan undang-undang atau syariat Islam, tanpa lebih dahulu mendidik masyarakat dengan iman, maka ramailah rakyat yang kena bunuh. Sebab orang tidak solat menurut hukum Islam setelah dinasihati tiga kali tidak juga mahu solat, hukumnya bunuh. Yang malang lagi kalau polisi yang diharapkan menjalankan undang-undang itupun tidak solat. Lalu siapa yang akan menangkap mereka pula? Maknanya akan banyaklah yang terlepas dari undang-undang.


Perjuangan Islam yang tidak berasaskan iman pasti tidak dapat membasmi kejahatan dalam masyarakat sepenuhnya. Sebab kalau manusia hanya ditakutkan dengan hukuman-hukuman atas kesalahan-kesalahan lahir sedangkan ada kesalahan-kesalahan yang manusia lakukan tidak ada hukumannya iaitu kejahatan-kejahatan batin yang bahayanya sangat besar kepada masyarakat. Seperti riyak, ujub, pemarah, tamak, bakhil, hasad, cinta dunia, gila kuasa, gila pangkat dan lain-lain mazmumah lagi. Kejahatan-kejahatan ini mendorong manusia untuk melakukan kejahatan-kejahatan lahir dan hanya dapat dihentikan kalau manusia ada rasa takut pada ALLAH. Jika tidak, manusia tidak akan mampu untuk melawan nafsu ini, maka mereka akan senantiasa berkrisis dan tegang antara satu sama lain. Masyarakat harmoni tidak akan wujud juga.


Itulah tujuan perjuangan Islam yang asasnya ialah iman.

Didik masyarakat dengan kesedaran untuk cintakan ALLAH, cintakan Akhirat. Latih mereka memperbanyakkan solat, zikir, baca Al Quran supaya mereka jadi insan yang sabar, pemurah, kasih sayang, bertolong bantu, maaf-memaafkan. Pendek kata mereka itu generasi yang beriman dan bertaqwa yang sifatnya sangat mendengar dan patuh pada sebarang hukum ALLAH.

Satu hal lagi, dalam perjuangan Islam ini yang penting ialah mengIslamkan orang-orang yang bukan Islam. Bukankah Rasulullah itu, perjuangan pokoknya ialah mengubah manusia dari kafir kepada Islam? Rasulullah selamatkan mereka dari azab Neraka yang kekal abadi. Dalam perancangan membangunkan negara dan peradaban Islam, jangan sampai pejuang Islam mengajak orang kafir membangunkan negara Islam dalam keadaan mereka tetap kafir. Itu satu kekejaman. Untuk apa mengajak mereka selamat di dunia tapi di Akhirat masuk Neraka. Sebaik-baiknya lancarkan dakwah yang berkesan untuk mereka agar mereka itu tertarik dan masuk Islam. Itulah satu lagi tugas pejuang-pejuang Islam.

[ Last edited by  serihartatie at 1-11-2006 10:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 11:00 PM | Show all posts
salam.

nampaknya iman itu amat penting.

apa itu iman?

perlukah seseorang pejuang Islam itu percaya dan beriman bahawa Imam Mahdi akan muncul dan Assuhaimi itu adalah Imam Mahdi?

perlukah juga seorang pejuang Islam itu percaya dan mengakui bahawa Ashaari Muhammad itu adalah pemuda bani tamim laskar Imam Mahdi?

lengkapkah iman seseorang itu tanpa mempercayai kedua2 yg di atas itu?

bolehkah seseorang yg tidak mempercayai perkara2 di atas lalu tidak bersama2 berjuang di dalam jemaah itu dianggap sebagai pejuang Islam?


:bgrin:

[ Last edited by  petola at 1-11-2006 11:03 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2006 06:40 AM | Show all posts
"Satu hal lagi, dalam perjuangan Islam ini yang penting ialah mengIslamkan orang-orang yang bukan Islam. Bukankah Rasulullah itu, perjuangan pokoknya ialah mengubah manusia dari kafir kepada Islam?" -  :setuju:

Serihartatie....inilah persoalan yang aku betul betul hendak bincangkan, dalam kearah mengislamkan org kafir ini kita perlu memberitahu Islam ini adalah benar. pertamanya sekarang secara  global org kafir sudah pandang serong tentang Islam yang mana silapnya bukan pada agama tetapi pada org yang menganutnya...so macamana nak ubah persepsi ini..macamana? kita perlu ajar dahulu org yang menganutnya bukan? kita perlu perbetulkan diri kita bukan...

macam petola cakap iman itu penting ...tetapi perlukah kita risaukan kehadiran imam mahadi atau assuhaimi sekarang ini? percaya atau tidak terpulang pada individu tetapi yang penting 6 rukun iman tu..dah cukup teguh ke? percaya kepada Allah, percaya kepada Rasul, percaya kepada kitab, percaya kepada malaikat, percaya kepada kiamat, percaya kepada qada dan qadar. katakan kita dah mengaku kita Islam, hari hari sembahyang cukup lengkap tip top, bulan puasa tak pernah tinggal, zakat bayar, haji pun mungkin ada yang mampu dah pergi....tetapi dah cukup bersih ke hati kita dari sifat hasad dengki, amarah, nafsu, buruk prasangka, dendam atau semua sifat sifat buruk. sudah cukup bersih ke...?diri kita ni dah betul ke? itu yg berbalik kepada rukun iman...

Bukan apa, aku cuma tak setuju dgn trademark keganasan pada ugama islam oleh org kafir. dan aku tak salah kan pembentukkan persepsi depa sebegitu..sebab aku percaya setiap akibat adalah tindakan dari kita sendiri...dan nak mengubahkan persepsi itu memerlukan perjuangan....pada aku Perjuangan menegakkan kebenaran agama Islam adalah dengan Mengajar, menyebar,mencontohi,mempraktikkan Ugama Islam sebagai cara hidup dan pelbagai cara yang lebih kepada cara cara memanggil kepada yang baik baik.

kita ambil satu contoh senario ...kalau org mengata tentang Islam, apakah tindakan sebenarnya? sebenar-benarnya? mengata balik tentang ugama mereka, sudah tentu tidak, tetapi kita memperbetulkan mereka bahawa itu adalah tidak benar. Islam ini adalah sekian sekian. Bezanya islam dan ugama kafir adalah sekian sekian...kebaikkan islam adalah sekian sekian...sehingga dia berubah..kalau tak berubah tak leh nak buat apa..tetapi kita ni jgn lah sampai lupa apa yang perlu dibuat..iaitu sabar..sabar..sabar dan bertakwa pada Allah dan berserah kepadaNya. tak payah nak sampaii tahap kekerasan atau ketegangan. sebab Islam tak mengajar keganasan.

dalam analogi mudah lah "kalau kita nak semua org pakai barang kita, sudah tentu kita perlu tunjukkan barang kita ni adalah yang terbaik"  sama lah seperti penyebaran Islam dan menegakkan kebenaran  Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 09:27 AM | Show all posts
first of all, perlu diingat, bahawa hadis2 RSAW mengenai imam Mahadi dan peristiwa akhir zaman adalah hadis mutawatir. Bahkan ada ijtihad yg menyatakan dari keturunan ahlulbait yg mewajibkan umat islam utk berpegang kepada kepercayaan Imam Mahdi akan muncul sebagai khalifah terakhir sebagai pemimpin islam dalam KEBANGKITAN ISLAM KALI KEDUA.

Apapun, sy mengambil sikap berlapang dada dlm hal ini kerana kepercayaan dan keyakinan seseorg bergantung kepada ilmu, pengalamn, kajian, dah hidayah Allah SWT kepadanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2006 09:29 AM | Show all posts
KEBANGKITAN Islam sebagaimana yang digambarkan oleh Hadits Rasulullah SAW hanya terjadi dua kali saja. Dengan kata lain, umat Islam menjadi empire dan menguasai dunia hanya dua kali saja. Tidak akan terjadi tiga kali, empat kali dan seterusnya.

Empire Islam pertama telah terjadi dan telah tercatat dalam sejarah. Tiada seorang pun yang dapat memungkirinya. Itulah zaman salafussoleh. Zaman itu dimulai dari zaman Rasulullah, disambung ke zaman Khulafaur Rasyidin, seterusnya disambung pula oleh para sahabat dibelakangnya, tabi'in, tabi'ut tabi'in, sampai kepada 300 tahun setelah Rasulullah SAW.


Walau bagaimanapun menurut apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, kebangkitan Islam akan terjadi sekali lagi. Karena Rasulullah itu shodiqul Mosduq-yang benar lagi dibenarkan. Rasulullah SAW menjanjikan empire Islam akan terjadi sekali lagi. Ketika itu umat Islam akan menguasai dunia. Tapi bilakah itu? Yaitu di zaman zahirya Imam Mahadi dan turunnya Nabi Isa as. yang didahului perjuangannya oleh Pemuda Bani Tamim.

"Senantiasa akan ada satu thoifah (jemaah) dari umatku yang sanggup menzohirkan (melahirkan atau merealisasikan) kebenaran dan mereka itu tidak akan dapat dirusakkan atau dihancurkan oleh orang-orang yang menentangnya, hingga datangnya perintah Allah (hari kiamat) . "

Ertinya, Rasulullah menjanjikan bahawa akan senantiasa ada thoifah (jemaah) yang mempertahankan Islam atau menjaga bara api Islam agar tidak padam.

thoifah yang dimaksudkan itu ada 2 bentuk:

1 - Thoifah yang dipimpin oleh seorang Mujaddid; Imam Syafe'i, Imam Ghazali, Imam Sayuti, dan sebagainya.
2. Thoifah yang dipimpin oleh jemaah tariqat, seperti Naqsyabandiah, Syazaliah, Syazariah, dan sebagainya.

bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 09:32 AM | Show all posts
Jadi bagi setiap thoifah atau jemaah Islam berdasarkan Hadits tersebut di atas mempunyai dua sifat utama yang layak thoifah;

Menzahirkan (Melahirkan atau Merealisasikan) Kebenaran

Thoifah (jemaah) tersebut melahirkan kebenaran, melaksanakan kebenaran dan menegakkan kebenaran, bukan hanya memperkatakan kebenaran. Sebab bila hanya diucapkan, orang bukan Islam pun bisa lebih pandai daripada orang Islam sendiri.
Menzahirkan kebenaran ertinya di dalam jemaahnya ataupun thoifahnya dapat diwujudkan berbagai sistem hidup yang berlandaskan Al Qur'an dan Sunnah, seperti wujudnya asas-asas pendidikan Islam, sistem ekonomi Islam, kesehatan Islam, kebudayaan Islam, perhubungan Islam, dan lain-lain lagi, kecuali dua bidang yang baru akan terbentuk dalam sistem pemerintahan bertaraf daulah iaitu kehakiman dan ketenteraan.
Bukan sembarang orang atau ulama yang dapat melahirkan jemaah yang memenuhi syarat thoifah yang disebut oleh Rasulullah SAW ini. Hanya ulama akhirat yang berwatak Rasul khususnya para Mujaddid saja yang dapat melakukan dengan jayanya.
Kejayaan para Mujaddid dalam perjuangan mereka yang kelihatan berbeda dengan perjuangan ulama yang bukan Mujaddid ialah dalam segi:

a. Ilmu dan tarbiyah yang diajarkan baik melalui lisan atau tulisan sangat menyentuh hati, hingga manusia sadar kembali dari kelalaiannya pada Tuhan. Lalu menukar haluan hidup dari cara jahiliah kepada cara Islam. Manusia akan hidup sepenuhnya secara Islam.

b. Di atas kesedaran dan semangat perjuangan, orang yang telah dididik oleh para mujaddid mampu pula menegakkan ekonomi Islam, sekolah Islam, sistem sosial Islam, ukhuwah Islam, kesehatan Islam, politik Islam, dan lain-lain aspek kehidupan Islam yang syumul itu. Sehingga masyarakat mempunyai peluang untuk menjalankan cara hidup Islam sepenuhnya. Banyak orang yang meninggalkan cara hidup jahiliah untuk ikut serta dalam masyarakat yang dipimpin oleh para Mujaddid. Sekalipun apa yang dibawa ini sebenarnya sangat asing dan unik dibandingkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat itu.

c. Ilmu Al Qur'an dan Sunnah yang disampaikan dengan satu teknik/uslub/metode yang menarik hati sesama masyarakat, sesuai dengan taraf fikiran dan cara berfikir masyarakat, corak hidup dan kemajuan yang dicapai waktu itu. Misalnya kalau waktu itu manusia mabuk dengan cara berfikir ilmiah (logic scientific) dan kemajuan teknologi, maka Al Qur'an dan Sunnah disampaikan dengan sangat masuk akal (logic) dan ilmiah (scientific) sekali. Bahkan berhasil mengatasi akal dan nafsu manusia. Sementara teknik penyampaian digunakan cara yang paling canggih menurut ukuran teknologi masa itu baik melalui media lisan, cetak atau elektronik. Hal ini membuat masyarakat seperti terpukau dengan keindahan Islam, lalu mereka rela berkorban mengucapkan selamat tinggal kepada sekularisme. Mereka menyerahkan jiwa dan raga mereka demi Islam.

Kalau kita lihat khusus zaman sekarang, amalan Islam tidak dihidupkan. Karena mereka tidak membawa cara baru yang sesuai dengan manusia zaman ini. Ilmu yang dibawa, tidak dapat mengubah fikiran manusia sains ini. Kalau yang moden, terlalu moden hingga hilang roh tauhid dan jiwa sufi. Banyak bid'ah moden dan khurafat moden yang bercampur aduk serta tidak menyentuh hati. Juga menghasilkan orang Islam yang cinta dunia dan tidak berjiwa tauhid.

Cara penyampaian ilmu, sudah kuno dan ketinggalan zaman. Yakni asyik di masjid-masjid, surau, atau di pentas-pentas ceramah saja. Seolah-olah di zaman yang sudah memakai nuklear, scud, tank baja, kita masih tampil dengan keris saja. Mana bisa menang? Yahudi, Nasrani menggunakan 1001 cara untuk menyampaikan dakyah mereka seperti melalui filem, video, television, panggung-panggung hiburan, sticker, melalui ekonomi, melalui sekolah, melalui pengubatan dan berbagai saluran lagi. Kita sibuk di masjid dan mimbar ceramah saja? Mustahil dengan cara itu kita dapat menarik manusia kepada Islam.


2. Tidak Dapat Dirosakkan Oleh Para Penentangnya

Apa pun halangan, tantangan, ancaman dan hukuman yang dilakukan oleh golongan penentang tidak akan dapat menghalangi anggota thoifah ini dari tujuan dasar mereka. Iaitu mengamalkan Al Qur'an dan Sunnah di dalam jemaahnya.

Memang musuh pasti ada. Karena thoifah ini lahir di tengah arus jahiliah, maka usahanya untuk menentang arus akan dapat perlawanan hebat dari orang-orang yang memperjuangkan isme jahiliah itu. Tetapi walau bagaimanapun dahsyatnya ujian dan serangan, thoifah yang haq tidak dapat dimatikan. Mereka dapat bergerak terus untuk tetap mengamalkan Islam dalam soal-soal aqidah, ibadah, akhlak, ukhuwah, dakwah, tarbiah, ekonomi, budaya dan lain-lain cara hidup Islam yang syumul itu.

Musuh tidak akan dapat merosak sistem hidup Islam yang mereka bangunkan. Mungkin musuh dapat merosakan fizik mereka melalui penjara, penyiksaan, brain wash atau dibunuh sekalipun. Tetapi amalan Islam tetap berjalan di tengah kehidupan mereka.

Walaupun umumnya pemimpin thoifah khususnya Mujaddid tidak menjadi pemerintah negara atau dunia, tetapi pengaruhnya tersebar ke seluruh negara dan dunia. Mereka seolah-olah pemerintahan di hati rakyat. Bukan pemerintahan di mata rakyat. Kawan dan lawan mengakui kehandalan dan kebenaran perjuangannya. Pemerintah takut dan bimbang terutama di negara di mana Mujaddid itu berada. Mereka bimbang pengaruhnya akan turun dengan munculnya Mujaddid tersebut. Mereka khuatir kekuasaannya berpindah tangan kepada pemimpin yang baru itu. Ulama resmi dihasut untuk menentang Mujaddid, dengan segala cara seperti pengasingan, penjara atau dibunuh.

Sepanjang sejarah, Mujaddid memang diburu tapi kesempatan itu dapat digunakan untuk menyebarkan lagi 'minda' dan perjuangannya. la memperoleh kejayaan dan kemenangan dalam mencapai cita-citanya di atas segala niat jahat musuh kepadanya. Kejahatan musuh jadi pupuk, menyuburkan perjuangannya hingga memanjanglah ranting-ranting mengeluarkan buah yang dapat dinikmati oleh manusia di negara-negara lain.

Ujian yang dihadapi thoifah Pemuda Bani Tamim lebih berat dibandingkan thoifah sebelumnya. Sebab perjuangannya berada di puncak zaman fitnah atau zaman rosak.

Jadi kita dapat melihat-lihat di sebelah timur ini atau di negara-negara gugusan kepulauan Melayu ini, thoifah / jemaah mana yang dapat menzahirkan kebenaran dan tidak dapat dimudaratkan (dimusnahkan) oleh musuh-musuhnya.

Apabila kita menemukan ada sebuah jemaah yang tetap dapat menzahirkan kebenaran walaupun musuh-musuhnya mencuba memusnahkannya namun ia tetap maju ke depan. Perjuangannya tetap hidup sedangkan, usaha-usaha orang yang mencuba menghalangi nampaknya akan tetap gagal. Para penentangnya pun seakan buta bila berhadapan dengan perjuangan kebenaran yang dibawa oleh Pemuda Bani Tamim tersebut. Dengan demikian tidak mustahil thoifah Pemuda Bani Tamim itu sekarang sudah zahir dan pemimpinnya itulah Pemuda Bani Tamim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2006 10:19 AM | Show all posts
"Senantiasa akan ada satu thoifah (jemaah) dari umatku yang sanggup menzohirkan (melahirkan atau merealisasikan) kebenaran dan mereka itu tidak akan dapat dirusakkan atau dihancurkan oleh orang-orang yang menentangnya, hingga datangnya perintah Allah (hari kiamat) . "

Ertinya, Rasulullah menjanjikan bahawa akan senantiasa ada thoifah (jemaah) yang mempertahankan Islam atau menjaga bara api Islam agar tidak padam.

thoifah yang dimaksudkan itu ada 2 bentuk:

1 - Thoifah yang dipimpin oleh seorang Mujaddid; Imam Syafe'i, Imam Ghazali, Imam Sayuti, dan sebagainya.
2. Thoifah yang dipimpin oleh jemaah tariqat, seperti Naqsyabandiah, Syazaliah, Syazariah, dan sebagainya."

--------------------

SOALAN 1:

thoifah itu (kalau mengikut hadis itu hanya ada satu) berterusan atau ia akan putus/mati lalu  timbul yg lain sambung menyambung?

thoifah ini dalam konteks umat (bagi seluruh umat Islam, ie satu saja dalam dunis pada satu2 masa) atau dalam konteks wilayah (banyak dan dalam satu wilayah ada satu)

jika berterusan Arqam/Rufaqa ini kesinambungan drp thoifah mana?

jika putus, Arqam/Rufaqa ambil baton drp thoifah mana?

boleh nyatakan thoifah2 yg ada atau pernah wujud, katalah 200 tahun ke belakangan ini. Dan adakah thoifah2 ini mempunyai pegangan atau manhaj yg sama?


SOALAN 2:

tu dua bentuk thoifah itu siapa yg beri beri makna... anda sendiri atau itulah sebenarnya maksud Nabi?

SOALAN 3:

thoifah itu wujud secara khusus (berjemaah, dengan nama dan organisasi khusus) atau secara umum... iaitu tanpa organisasi khusus tetapi lebih kepada penerimaan masyarakat terhadap pemikiran tokoh tertentu?

[ Last edited by  petola at 2-11-2006 10:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 2-11-2006 09:27 AM
first of all, perlu diingat, bahawa hadis2 RSAW mengenai imam Mahadi dan peristiwa akhir zaman adalah hadis mutawatir. Bahkan ada ijtihad yg menyatakan dari keturunan ahlulbait yg mewajibkan umat i ...



SOALAN:

apa persamaan atau perbezaan pegangan ini (saya percaya inilah pegangan anda dan Rufaqa) dengan pegangan Syiah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by yassin_yahya at 1-11-2006 07:00 PM
"salam

saya akuinya
memang RAMAI org yg mengaku ISLAM takut
dan memang PENGECUT
(maaf nak kata, tak ada TELUR!!!!!!)
tetapi bagi mereka yang ISLAM
dan HANYA KEPADANYA TUNDUK PATUH
TIA ...


:lebai:

Kalau dilihat pada tajuk perbincangan iaitu " Perjuangan Menegak Kebenaran Ugama Islam di zaman ini" sudah tentu sekali manusia non-muslim ini akan melihat kepada peribadi saorang yang menganut ugama Islam. Apabila terlihat saja keperibadian yang baik,non-muslim akan mendekatinya,itu saja.Yang lain daripada itu, dia sendiri akan mencarinya dan lama kelamaan akan menganut agama Islam itu.

Umat Islam terkeliru dan tak tahu bagaimana nak bertindak contohnya puak-puak rufaqa,diketuai oleh al abuyaya berfikiran kolot,nampak macam bagus keperibadiannya tetapi didalam mengajak manusia,dia telah tonjolkan Islam itu seperti puak dia.

Lihat buktinya: Apa yang Serihartatie tonjolkan.

Walau bagaimanapun menurut apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, kebangkitan Islam akan terjadi sekali lagi. Karena Rasulullah itu shodiqul Mosduq-yang benar lagi dibenarkan. Rasulullah SAW menjanjikan empire Islam akan terjadi sekali lagi. Ketika itu umat Islam akan menguasai dunia. Tapi bilakah itu? Yaitu di zaman zahirya Imam Mahadi dan turunnya Nabi Isa as. yang didahului perjuangannya oleh Pemuda Bani Tamim.

"Senantiasa akan ada satu thoifah (jemaah) dari umatku yang sanggup menzohirkan (melahirkan atau merealisasikan) kebenaran dan mereka itu tidak akan dapat dirusakkan atau dihancurkan oleh orang-orang yang menentangnya, hingga datangnya perintah Allah (hari kiamat) . "

Ertinya, Rasulullah menjanjikan bahawa akan senantiasa ada thoifah (jemaah) yang mempertahankan Islam atau menjaga bara api Islam agar tidak padam.

thoifah yang dimaksudkan itu ada 2 bentuk:

1 - Thoifah yang dipimpin oleh seorang Mujaddid; Imam Syafe'i, Imam Ghazali, Imam Sayuti, dan sebagainya.
2. Thoifah yang dipimpin oleh jemaah tariqat, seperti Naqsyabandiah, Syazaliah, Syazariah, dan sebagainya.


Ulasan Amir:

Mula-mula sekali buat satu jemaah dulu sebab nak selarikan dengan hadith nabi tadi dan seterusnya bubuh brandnya kemudian baru mula menjaja nama Islam. Kemudian dari itu,dilihatnya semua orang yang tak bersamanya sebagai gulongan yang bukan dari kelompok yang satu itu yang ke Syurga.

Terus saja portray dengan izin,apa yang mereka sangka, orang lain boleh terpengaruh dengan puak mereka sekali gus menyertai puak mereka. Mereka-mereka yang ingin kawin lebih dari satu tuu...bolehlah pi join mereka.....

Amir pun nak kawin lebih dari satu TAPI nama nak masuk puak mereka...taubat! taubat! taubat!...... Biar Amir tak makan satu keluarga TAPI join puak mereka jauh panggang dari api.

:geram: C_pap  Memang Sedap OOii!!!! :geram:

[ Last edited by  Amir at 2-11-2006 11:04 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2006 03:30 PM | Show all posts
serihartie, petola dan amir..terima kasih tanpa kalian minda aku tak bukak hingga perkataan thoifah pun aku tak pernah dgr...

bagaimanapun, seperti amir nyatakan kita umat islam ni keliru. betul atau tidak tetapi ini yang aku nampak banyak kumpulan atau thoifah yang wujud lebih mencerminkan kumpulan itu sendiri bukannya Islam. Memang dari segi apperance org kafir nampak sebagai Islam lah..macam contoh Hizbullah dgn uniform yang tersendiri dan abusayaf dgn imej bersenjata.

itu imej imej yang terang terang dalam kepala otak semua manusia tentang Islam. memang itu antara agenda konspirasi org kafir yang menggunakan media TV untuk mengwujudkan persepsi yang salah pasal Islam. Dan kita juga secara tidak langsung menyumbangkan ke persepsi sebegitu.

Macam post  Amir # 11

"manusia non-muslim ini akan melihat kepada peribadi saorang yang menganut ugama Islam. Apabila terlihat saja keperibadian yang baik,non-muslim akan mendekatinya,itu sajaYang lain daripada itu, dia sendiri akan mencarinya dan lama kelamaan akan menganut agama Islam itu"

nak tunggu thoifah yang kita nak ikut sampai bila kita tak tahu thoifah mana satu yang betul..so apa naak buat ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 04:41 PM | Show all posts
perlukah kebenaran Islam ditegakkan?

[ Last edited by  petola at 2-11-2006 04:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 04:43 PM | Show all posts
perlukah kebenaran Islam ditegakkan atau menjadi matlamat perjuangan?

[ Last edited by  petola at 2-11-2006 04:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 04:47 PM | Show all posts
perlukah kebenaran Islam ditegakkan atau menjadi matlamat perjuangan?

bukankah Islam itu suatu cara atau jalan menuju keselamatan? Lalu yg patut ditegakkan ialah manusia dan kemanusiaannya?

dengan itu perjuangan seseorang manusia itu terutama seorang Islam ialah menegakkan kemanusiaan, yg dijinjung tinggi oleh agama?

perjuangan menegakkan agama selalu menimbulkan masalah dan konflik hingga nyawa sendiri dan nyawa orang lain sanggup dikorbankan. Masalah dan konflik bukan saja antara agama yg berbeza tetapi juga antara pahaman yg berbeza di dalam satu agama.

apabila manusia dan kemanusiaan yg mahu ditegakkan maka korban nyawa adalah jalan dan pilihan paling akhir.

sebab itu agama yg asalnya mengajar keselamatan akhirnya membawa korban kemanusiaan. Kajilah berapa banyak nyawa terkorban demi perjuangan menegakkan `kebenaran agama'.

tragis.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 2-11-2006 04:47 PM
perlukah kebenaran Islam ditegakkan atau menjadi matlamat perjuangan?

bukankah Islam itu suatu cara atau jalan menuju keselamatan? Lalu yg patut ditegakkan ialah manusia dan kemanusiaannya?

d ...



Saudara nak cakap org islam menegakkan kebenaran agama itu dengan keganasan ke ? dan bagai mana saudara menegakan kebenaran agama saudara ? dimana yg tragis ?   :hmm::hmm::hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2006 05:10 PM | Show all posts

Reply #15 petola's post

sorry bang kalau terkonpius sedikit....kita sebagai muslim akui Islam itu benar. tetapi pada pandangan org kafir Islam itu tidak benar. so maksud perjuangan disini untuk memperjuangkan (mengubahkan persepsi) Islam ini adalah benar.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 05:14 PM | Show all posts
Originally posted by yassin_yahya at 2-11-2006 05:10 PM
sorry bang kalau terkonpius sedikit....kita sebagai muslim akui Islam itu benar. tetapi pada pandangan org kafir Islam itu tidak benar. so maksud perjuangan disini untuk memperjuangkan (mengubahkan ...



:setuju::setuju::setuju: kecuali jika kita ragu dengan islam itu sendiri .................
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 1-11-2006 11:00 PM
salam.

nampaknya iman itu amat penting.

apa itu iman?

perlukah seseorang pejuang Islam itu percaya dan beriman bahawa Imam Mahdi akan muncul dan Assuhaimi itu adalah Imam Mahdi?

perluka ...




Semakin banyak kekeliruan yang timbul apabila banyak thoifah ( jemaah) yang berlainan pendapat.
Di forum luar ada yang mengatakan bahawa Imam Mahdi telah pun ada dan bersembunyi sekarang ini.
Nabi Isa juga telah ada di muka bumi ini.
Ini berdasarkan hadith tentang kewujudan Imam Mahdi dan persoalannya siapakah Imam Mahdi yang sebenar mengikut jemaah yang mana?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 05:40 PM | Show all posts
anda perlu mendalami ilmu sufi yang diamalkan oleh wali2 allah untuk merasa tidak takut kepada sesiapa kecuali Allah s.w.t
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.070972 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list