CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14237|Reply: 30

Rentap dan Rosli Dhobi menentang penjajah Sarawak

[Copy link]
Post time 14-11-2006 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Dalam sejarah tanah air memang terdapat ramai pejuang dan pahlawan yang berani dan berjasa. Mereka berjuang menentang musuh kerana tidak suka negeri mereka dijajah dan melihat kehidupan rakyat tempatan tertindas. Mereka sanggup menggadaikan nyawa  mereka sendiri demi cintanya mereka kepada tanah air serta mempertahankan maruah sebagai anak tempatan. Perkembangan sejarah awal Sarawak tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun dari catatan-catatan yang ada, negeri di utara Pulau Borneo ini sudah mula menjadi tempat mendarat pedagang luar sejak kira-kira 1,200 tahun lalu. Delta sungai Sarawak terus menjadi tumpuan pedagang India dan China hingga ke abad ke-13. Dengan kedudukan Sarawak yang penting itu tidaklah menghairankan jika ia juga menjadi tumpuan penggembara dari Eropah, khasnya Inggeris. Malah orang Inggerislah yang kemudiannya membuka lembaran sejarah Sarawak dengan lebih terperinci dan menarik. Sejarah Inggeris di Sarawak bermula dengan kedatangan James Brooke pada 11 Ogos 1839. Beliau dan rombongannya tiba di Kuala Sarawak di satu kawasan yang kini dikenali sebagai Santubong untuk bertemu Sultan Brunei kerana ketika itu Sarawak adalah di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei.

Ketika itu berlakunya perang saudara di Sarawak. Dalam waktu yang sama lanun semakin mengganas di laut. Raja Muda Hashim yang tidak tahan mengadapi perang saudara dan lanun telah mengadu dan meminta pertolongan Brooke. Brooke dan  orang-orangnya telah membantu Raja Muda Hashim dan sebagai balasan, Sultan Brunei telah menandatangani satu perjanjian dengan orang Inggeris itu. Dalam perjanjian itu, Sultan Brunei telah menjadikan Brooke sebagai Raja dan diberikan satu kawasan dari Tanjung Datu hingga ke Sungai Samarahan. Dengan perjanjian itu, James Brooke menjadi Raja Sarawak yang pertama. Pemerintahan Brooke bertukar ganti diserahkan kepada anak saudaranya Charles Anthoni Johnson Brooke dan seterusnya Charles Vyner Brooke yang merupakan orang terakhir dari dinasti Raja Brooke di Sarawak. Ketika itu, boleh dikatakan semua orang Iban tidak merestui perlantikan James Brooke sebagai Raja Sarawak. Begitu juga kaum Melayu dan Bidayuh yang sudah sekian lama tinggal di negeri tersebut. Salah seorang ketua kaum Iban pada masa itu adalah Apai Beragai. Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang gagah perkasa bernama Libau. Disebabkan keberaniannya serta ketangkasannya menentang musuh menyebabkan orang-orang Iban memanggilnya Rentap. Rentap dilahirkankan pada sekitar tahun 1825-1835. Dalam usia yang masih muda, Rentap sendiri telah membantu ayahnya untuk menentang penjajah serta sekutu mereka dan apabila ayahnya telah uzur, beliau sendiri menjadi ketua pejuang kaum Iban.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2006 04:25 PM | Show all posts


Pelbagai tentangan telah dilakukan oleh Rentap dalam usaha mengusir penjajah dari negeri Sarawak antaranya menyekat perahu pedagang dari menjual  barang-barang kepada pihak Inggeris dan melakukan serang hendap kepada orang-orang Inggeris sehingga ramai yang terbunuh. Keadaan ini menyebabkan pihak Inggeris merasa terancam dan marah kepada Rentap dan pengikutnya sehingga mengeluarkan arahan untuk menangkap Rentap dan pengikutnya sama ada hidup atau mati. Tetapi semangat Rentap sedikitpun tidak gentar malah menyemarakkan lagi semangat beliau kepada pengikutnya dengan melaungkan semangat teruskan perjuangan kerana perjuangan kita bukan kerana kuasa tetapi mempertahankan maruah bangsa. Tetapi usaha yang dilakukan oleh pihak Inggeris untuk menangkap Rentap dan pengikutnya sering kali gagal kerana Rentap dan pengikut sangat arif selok belok di dalam hutan dan ini amat menyukarkan pihak Inggeris yang tidak tahu selok belok di dalam hutan. Oleh sebab pihak Inggeris sering gagal dalam usaha untuk menangkap Rentap dan pengikutnya, akhirnya pihak Inggeris telah membakar rumah orang-orang Iban serta membunuh perempuan dan kanak-kanak yang tidak berdosa sebagai amaran kepada Rentap dan pengikutnya supaya tidak menganggu pihak Inggeris. Akhirnya ketua pejuang Iban itu mengatakan kepada pengikutnya supaya jangan merasa gentar serta jangan sesekali melemahkan semangat perjuangan ini walaupun setelah apa yang dilakukan oleh pihak Inggeris dan beliau telah membuat perancangan untuk menyerang balas pihak Inggeris.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2006 04:25 PM | Show all posts
Pada malam itu juga Rentap dan pengikutnya telah mengatur rancangan untuk menyerang dan membakar rumah dan pejabat tempat di mana pihak Inggeris duduki. Tetapi malangnya rancangan Rentap gagal kerana pihak Inggeris telah terlebih dahulu bersiap sedia dan menyerang hendap Rentap dan pengikutnya mengakibatkan beliau terpaksa berundur ke daerah Gedung. Di Gedung, Rentap masih tetap meneruskan perjuangannya dan menyerang hendap pihak Inggeris. Kegagalan demi kegagalan untuk menangkap ketua pejuang kaum Iban itu menghampakan James Brooke. Setelah siasatan dijalankan, Raja Sarawak itu mengetahui bahawa Rentap dan kumpulannya telah membuat kubu pertahanan mereka di Bukit Saduk. Kedudukan yang strategik di Bukit Saduk amat menyukarkan pihak Inggeris untuk membuat serangan. Walau bagaimanapun pihak Inggeris tidak berputus asa, malah telah mengepung kubu pertahanan Rentap selama beberapa hari kerana Rentap dan pengikutnya tidak mahu menyerah kalah. Ramai orang-orang Brooke terkorban apabila cuba untuk melakukan serangan ke atas kubu tersebut. Setelah pelbagai cubaan dilakukan, akhirnya Brooke telah berputus asa dan menyerahkan tugasnya kepada anak saudaranya Charles Brooke yang sangat mendendami Rentap kerana menganggap Rentap telah mempermain-mainkan maruah pihak Inggeris. Charles Brooke telah mengepung kubu pertahanan Rentap sehingga Rentap dan pengikutnya kelaparan kerana kehabisan makanan. Pihak Inggeris telah membawa beberapa laras alat senjata meriam untuk memusnahkan kubu tersebut. Namun begitu, pejuang-pejuang kaum Iban tidak berputus asa terus melepaskan anak-anak panah bertalu-talu kelihatan seperti hujan turun dari langit menuju ke arah tentera-tentera Inggeris yang berada di bawah bukit dan ternyata usaha Rentap berhasil kerana ramai tentera Inggeris yang terbunuh.

Bagaimanapun, pihak Inggeris berjaya juga memusnahkan kubu pertahanan Rentap hingga hangus terbakar. Apabila tentera Inggeris berada di atas bukit tersebut, mereka tetap merasa hampa kerana tidak menjumpai mayat Rentap melainkan mayat-mayat pengikutnya sahaja. Semasa serangan daripada pihak Inggeris, Rentap bersama pengikutnya yang masih hidup telah berundur ke kawasan Sungai Entabai. Beliau akhirnya tinggal di kawasan Sungai tersebut hingga akhir hayatnya. Perjuangannya menentang Inggeris kira-kira hampir 12 tahun iaitu dari tahun 1849 hingga 1861. Walaupun Rentap dan rakan perjuangannya gagal membebaskan bumi Sarawak daripada genggaman Inggeris tetapi perjuangan mereka tetap menjadi kebanggaan rakyat tempatan. Hingga saat ini mereka mengakui bahawa Rentap adalah pejuang Sarawak yang berjasa dan patut dihormati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2006 04:26 PM | Show all posts
Bagi menghargai perjuangan Rentap dan pejuang Iban tersebut telah diadakan perasmian Tugu Peringatan Panglima Rentap pada 26 Julai 2003 bertempat di Puncak Bukit Sadok, Ulu Layar, Betong. Tetamu Kehormat yang hadir ke majlis tersebut adalah Tan Sri Datuk Amar Dr Alfred Jabu ak Numpang, Datuk Douglas Uggah ak Embas, Aidan Wing dan Datu Nillie Tangal. Turut hadir ke majlis yang bersejarah ini adalah Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Masyarakat, Ketua-ketua kaum dari rumah panjang yang berdekatan serta penduduk sekitar Bahagian Betong dan Bahagian Sri Aman. Sebelum upacara perasmian, pelbagai usaha pembangunan dijalankan di Bukit Sadok. Antara yang dilakukan oleh kerajaan adalah menyediakan pondok-pondok rehat dan laluan mendaki untuk memudahkan para pendaki serta pelancong datang ke sini. Bedil Bujang Timpang Berang begitu sinonim dengan sejarah perjuangan Panglima Rentap menentang kerajaan Brooke. Atas dasar itu, ia dipilih menjadi simbol untuk tugu peringatan Panglima Rentap. Untuk mencapai hasrat itu, sebuah replika Bedil Bujang Timpang Berang dibentuk mengikut saiz serta ciri-ciri asal meriam yang kini berada di Pejabat Residen Bahagian Betong. Dengan secharet kertas ini dan se-putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si penulis Rosli Dhoby dalam lindungan Permai.

Semuanya bermula ketika pentadbiran Vyner Brooke. Keputuasan Vyner Brooke dibantah keras kerana ia bertentangan dengan dasar Perlembagaan pada 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada Sarawak. Kebanyakan bumiputera menentang namun begitu, bantahan tersebut tidak dihiraukan oleh Vyner Brooke apatah lagi kerajaan Inggeris. Kerajaan Inggeris menganggap cadangan penyerahan Sarawak diterima oleh seluruh rakyat Sarawak. Ekoran daripada keputusan itu, kerajaan Inggeris mengisytiharkan Sarawak sebagai jajahan Mahkota kerajaan Inggeris pada 1 Julai 1946. Rakyat Sarawak bangun menentang sehingga lahirnya gerakan anti-cession atau anti-penyerahan yang akhirnya membawa kepada tragedi 3 Dis 1949 dengan terbunuhnya Gabenor Sarawak iaitu Sir Duncan George Stewart yang dilakukakan oleh Rosli Dhobi dan dibantu rakan seperjuangannya, Morshidi Sidek. Catatan detik akhir Rosli Dhobi ini berasaskan beberapa sumber yang terlibat secara langsung. Detik-detik akhir beliau ialah kesimpulan daripada himpunan penceritaan rakan-rakan beliau dan ulasan akhbar Utusan Sarawak. Rosli Dhobi dilahirkan pada 1930 di kampung Pulo, Sibu. Pada masa remaja, allahyarham merupakan seorang yang pendiam dan tidak suka bercakap banyak apatah lagi mengenai perkara yang tidak berfaedah namun Allahyarham mudah bergaul. Allahyarham seorang yang bijak dan amat minat membaca dan disifatkan sebagai seorang yang matang pemikiran sehingga dikagumi rakan-rakannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2006 04:27 PM | Show all posts


Pada 1949, Rosli mengajar di Sekolah Rakyat Sibu setelah berhenti daripada perkhidmatan kerajaan yang ketika itu masih menuntut di Sekolah Mefhodist dalam Standard 6. Sebagai seorang guru dan juga nasionalis yang berpendidikan, Rosli memiliki cara sendiri mengutarakan semangatnya. Antaranya termasuklah merakamkan sajak yang disiarkan di Utusan Sarawak pada 28 Feb 1949 yang bertajuk Panggilan Mu Yang Suchi dengan menggunakan nama samaran lidros kerana ketika itu pihak kerajaan British sentiasa memerhati dan mengawasi mereka yang terlibat dalam sebarang gerakan nasionalisme kerana sajak tersebut berunsurkan propaganda untuk menyemarakkan semangat nasionalisme dan disebabkan itu Rosli menggunakan nama samaran Lidros. Penglibatan Rosli Dhobi bermula pada Ogos 1949 di mana ketika sedang berjalan-jalan di bandar Sibu,

Allahyarham terserempak seorang kenalan bernama Bujang Suntong dan bertanyakan mengenai Rukun 13 yang diketuai oleh Awang Rambli. Tujuan Rukun 13 yang utama ialah untuk membunuh Gabenor dan pegawai British lain. Untuk mendapat kepastian, Rosli telah pergi ke rumah Awang Rambli dan Awang telah menyatakan   bahawa orang yang paling sesuai untuk melaksanakan tugas untuk membunuh Gabenor adalah Rosli sendiri. Rosli akhirnya bersetuju dan memilih Morshidi Sidek sebagai pembantu. Pada 3 Dis 1949, Rosli dan Morshidi telah terlebih dahulu menunggu di sekolah methodist dengan membawa bersamanya sebilah badik dan sebuah kamera. Kamera tersebut diberikan kepada Morshidi bagi tujuan mengambil gambar Gabenor dan pada masa sama Rosli membawa badik untuk menikam Sir Duncan Stewart.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2006 04:27 PM | Show all posts
Apabila Gabenor melalui kawasan yang dikelilingi orang ramai, Rosli terus menikam perut  Duncan   dan darah merah keluar dilihat dari baju berwarna putih yang dipakai oleh Duncan. Akhirnya Duncan mati di situ juga. Rosli dan Morshidi telah ditangkap dan dipenjarakan di penjara. Begitu juga rakan-rakan seperjuangan daripada Rukun Tiga Belas yang berjuang menentang penjajah turut disumbat ke dalam Penjara Pusat di Kuching menanti saat dibawa ke tali gantung.Hari terakhir Allahyarham sebelum ke tali gantung, sempat menulis wasiat terakhir kepada keluarga yang dicintai. Sebuah sajak ditulis dengan goresan hujung kuku ibu jari tangan kanannya yang tajam sehari selepas Allahyarham Rosli dipenjarakan. Tanggal 2 Mac 1950 menyaksikan perginya dua pejuang kemerdekaan ke tali gantung, Rosli Dhobi dan Morshidi Sidek. Jasad mereka disemadikan dalam satu makam yang sama, tanpa nisan dan tanpa nama. Seminggau selepas itu, Awang Rambli dan Bujang Suntong turut mengikuti jejak Rosli dan Morshidi kerana menderhaka kepada Raja Britain.

Atas tuntutan rakyat, pada tanggal 2 Mac 1996, akhirnya pahlawan-pahlawan yang sudah lama bersemadi di pusara penjara Pusat Kuching kembali juga ke pangkuan bumi pertiwi tercinta. Keempat-empat keranda yang berisi tulang-tulang rangka sememangnya layak menerima penghormatan terakhir. Memandangkan negarawan ulung ini sanggup berkorban nyawa demi negeri tercinta, sewajarnya pusara mereka dipindahkan ke tempat persemadian yang lebih aman di tempat asal mereka, Sibu. Perjuangan seperti inilah yang diperlukan oleh generasi hari dalam menanamkan semangat mempertahankan negara dari dijajah oleh bangsa asing. Usia muda bukan penghalang bagi kita untuk terus memartabatkan diri, demi agama, bangsa dan negara. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pejuang-pejuang yang terkorban dalam mempertahankan negara tercinta ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2006 05:33 PM | Show all posts
cerita mengenai rosli dhobi ni kurang diceritakan dlam sejarah kita aku berani jamin kita tanya kat anak muda kita mesti ada yang tak kenal rosli dhobi ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 02:43 PM | Show all posts
kuiz: apa kaitan antara rosli dhobi ngan kedai dobi??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


yramlee This user has been deleted
Post time 16-11-2006 08:20 AM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 14-11-2006 04:27 PM
Apabila Gabenor melalui kawasan yang dikelilingi orang ramai, Rosli terus menikam perut  Duncan   dan darah merah keluar dilihat dari baju berwarna putih yang dipakai oleh Duncan. Akhirnya Duncan m ...


Kalau ikut info yg saya baca Duncan yg di tikam oleh Rosli doby itu tidak mati serta merta....
Beliau mati semasa mendapat rawatan di Hospital Singapore....
Boleh rujuk kalau salah info...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 11:50 PM | Show all posts

Rosly Dhobi, PEJUANG KEMERDEKAAN TULEN ATAU PENJENAYAH ?

Mari berkenalan dengan seorang wira dari Malaysia Timur.....

Saksikan dokumentari oleh saudara syiffan ( http://syirfan.wordpress.com/category/dokumentari/ ) di ASTRO dalam slot SUATU KETIKA pada 8 June nanti....

Berikut adalah apa yang bakal menyusul selepas dokumentari tentang ROSLY DHOBY.....

........SUATU KETIKA adalah slot yang akan menyiarkan beberapa dokumentari (aku kelaskan sebagai dokumentari kelas A). Penonton akan menikmati dokumentari tempatan untuk pasaran antarabangsa. Ada cerita Tanggang, Mahsuri, Botak Chin, Mokhtar Dahari, JRA, Pos Dipang, Melaka, Senoi Praq dan beberapa cerita panas lain. Penerbitnya semua anak-anak muda tempatan.

[ Last edited by  nizhangg at 26-5-2009 23:18 ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 01:20 AM | Show all posts
aku igt kan kedai dobi rosli td...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 02:45 AM | Show all posts
alahai thread...............
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 07:56 AM | Show all posts
'mari berkenalan...' mana isi dia?!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 11:21 AM | Show all posts
Dah tak reti nak pilih tajuk ker? Kenapa  asyik-asyik "Pejuang atau pengkhianat".Taip tajuk Rosli Dhobi sudah la. Tak pun tulis Rosli Dhobi wira Sarawak ke ape ker.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 11:25 AM | Show all posts
ROSLI RAMLI AKU KENAL LER...........

APA LER THREAD....ISI PON TAKDER............. :@
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 11:28 AM | Show all posts
at least tuan tanah kena lekat info dan sedikit gamba2 supaya thread ni berisi.   tak tau nk mula dr mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2009 12:29 PM | Show all posts
Memang aku tahu cerita Rosli Dhoby ni...tapi takmo la potong line tuan tanah ye tak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 12:37 PM | Show all posts
Eden pun tahu he he he
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 01:23 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 26-5-2009 12:29
Memang aku tahu cerita Rosli Dhoby ni...tapi takmo la potong line tuan tanah ye tak?



aku rasa dah ada thread pasal rosli dhoby nih

http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-247952.html
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 04:28 PM | Show all posts
ingatkan ada isi.. nak gak tau tang mana pengkhianat nyer...
bukak2 ada title n intro satu baris jer..
tensen den bukak thread ni.. menyosal den..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.058585 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list