CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2470|Reply: 19

THE RETURN OF PAKNGAH PILAH

[Copy link]
dealovaku This user has been deleted
Post time 13-12-2006 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum ,

Izin kan saya perkenalkan diri saya dahulu sebelum terjun ke dalam gelanggang sebelum membuka bunga-bunga dan buah-buah kuntau dan kung-fu yang sedikit masa dahulu diajarkan kepada saya oleh Jet Li , Bruce Lee , Jacky Chan dan yang terakhir sekali Stephen Chow sebelum mendapat black belt den 7 . Nama saya Pak Ngah. Nama glamor Pak Ngah Pilah sobab banyak kali lalu dan pergi Kuala Pilah. Ada pulak kerabat dekat Juaseh tu haa , elok sangat la tu kalau saya perkenalkan diri saya sebagai Pak Ngah Pilah. Cukup takat tu aje tentang "National Geographic" diri saya.

Walaupun Pak Ngah tulis-tulis ni macam saja-saja , tetapi kerana ada apa-apa lah maka tulis saja-saja Pak Ngah ini bukan suka-suka. Kerana cerita-cerita dah banyak-banyak keluar, maka rasanya Pak Ngah kena juga cerita-cerita nak gantikan cerita-cerita karut oleh puak-puak dan suku-sakat tertentu kerana nak jatuhkan dan mencemarkan imej serta kredibiliti seseorang yang Pak Ngah kenal dan tahu siapa dia dan peribadinya . Figure yang Pak Ngah nak ceritakan dan ketengahkan pada anda semua ialah tak lain dan tak bukan Executive Chairman Rufaqa' Corporation Sdn Bhd iaitu Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi. ( Menurut buku Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi Pemimpin Paling Ajaib Dizamannya ).

Tengok pada tajuk aje pun dah meremang bulu tengkok Pak Ngah. Itu tak dicampur adukkan lagi oleh satu akhbar tabloid yang cinonit yang ceritakan pasal Abuya nak gantikan New York dengan Putrajaya. Dicampur pulak lagi dengan press dan media elektronik yang kata berbagai-bagai perkara dan unsur-unsur yang sangat negatif terhadap ECR ( Executive Chairman Rufaqa'). Pak Ngah baca sekali harung dan sekali pandang , adakala kat muka depan dan adakalanya kat muka 4. Jadi Pak Ngah pun kenalah pulak meneliti dan mengkaji berita yang ditulis , dan kenalah jugak Pak Ngah asah balik ilmu yang Pak Ngah belajar daripada Alfred Hitchcock untuk tangkap Dr Jeckyl dan Mr Hyde dekat London dulu. Maknanya kena jadi private investigator balik lah. Jadi hasil siasatan dan juga kajian yang dah dibuat hasil kerjasama CSI-New York dan Miami Vice maka terbuktilah bahawa terdapat beberapa penemuan DNA dalam siasatan Pak Ngah and the team untuk dibentangkan kepada anda semua agar tatapan ini boleh jadi pandangan kedua terhadap ECR yang sangat-sangat impartial lapurannya oleh media dan pihak-pihak tertentu. Ialah dalam undang-undang sivil sekalipun , sebarang pertuduhan yang dikenakan terhadap seseorang , maka ianya hanya bersalah setelah dibuktikan bersalah di mahkamah , bukan main "boh" dan ledak aje pada masyarakat umum supaya ECR dipandang serong dan negatif oleh masyarakat sebagai pembawa ajaran sesat yang nak hidupkan kembali Al-Arqam.

Pak Ngah bukan nak bela kebathilan , tetapi sekiranya kebenaran , ianya adalah daripada yang satu , dan bukan 2 dan bukan tiga. Maka kalau kebathilan yang semakin berleluasa dijaja tanpa sebarang sekatan oleh puak-puak berauthoriti dalam agama ni , seperti hiburan-hiburan di media yang dipenuhi maksiat dan lucah yang majoritinya membabitkan orang Islam , maka Pak Ngah rasa tak salah lah kalau Pak Ngah nak cerita pasal yang haq pulak pada anda semua. Terpulanglah pada semua untuk membuat penilaian kerana siapalah Pak Ngah ni kalau nak dibandingkan dengan kisah Rasul yang membawa kebenaran pun ditentang oleh manusia di zamannya. Lebih-lebih lagilah ECR kalau ditentang oleh puak-puak dan golongan-golongan tertentu , lebih-lebih lagi orang suka buat kerja dengan tunggang orang lain untuk melampiaskan niat jahat dia pada ECR. Maka orang-orang yang terbabit , yang tak tahu dan yang sepatut tak perlu tahu , jadi tahu. Macam ada agenda lain pulak disebalik kisah Rufaqa' nih.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2006 05:10 PM | Show all posts
bleh citer skit tak, ape tujuan sebenarnya ko buka thread ni? konpius aku ......

:hmm::hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 09:21 PM | Show all posts
merapu betullah pak ngah ni...tulis pun macam separuh sedar...macamana orang nak confident dengan dia ni...beruk pliharaan jacky chan pun jatuh koma baca pengakuan merapu pak ngah ni...
Reply

Use magic Report

PersadaMaya This user has been deleted
Post time 14-12-2006 09:48 AM | Show all posts
Berita tentang penangkapan lebih 100 orang di Shah Alam baru-baru ini , boleh kira terperanjat jugaklah. Tapi bukan kerana 100 orang yang kena tangkap tu , tapi kerana yang menyerbu tu semuanya orang-orang JAIS belaka. Tanpa ada seorang pun pegawai di bahagian keselamatan seperti Polis , FBI , CIA dn sebagainya. Pulak tu dalam surat khabar ditonjolkan pulak seorang yang berserban dan pakai bush jacket sebagai specimen JAIS untuk dijadikan "prima facie" dalam hendak meng"establish"kan kes mereka terhadap ECR. Tapi sampai la ni , nama dan muka specimen JAIS tu tak didakwa dan dihadapkan ke mahkamah Syariah. Mungkin kerana muka tu glamor sangat kot sehingga boleh jadi model kosmetik dalam katalog "Avon 2007".

Pulak punya nak dijadikan cerita , JAIS serbu mereka yang berada di Shah Alam tu , main serbu aje tanpa sebarang waran dari mahkamah. Polis nak geledah rumah orang pun pakai waran. Ini apa punya nama orang agama nih. Lagi teruk dari orang yang bukan daripada jabatan agama. Mereka ada jugak sistem dan law dalam mengambil tindakan terhadap suspek. Dan antara salah seorang yang ditangkap dan akan dihadapkan ke mahkamah syariah pada bulan Mei tahun depan diberikan surat untuk hadir ke mahkamah tetapi di ruangan pertuduhan dibiarkan "blank" kosong oleh JAIS. Kata dalam akhbar dan TV akan didakwa di mahkamah atas tuduhan cubaan menghidupkan kembali Arqam dan engkar dengan fatwa mufti. Dalam media bukan main jaguh , tapi yang sebenar macam puak dekat "Kow Loon" aje. Kalau nak kata engkar dengan fatwa muftilah , tahun 1975 dulu majlis fatwa kebangsaan dah keluarkan satu fatwa bahawa insuran tu harap kerana terdapat 3 unsur di dalamnya iaitu Gharar , Maisir dan Riba'. Tapi la ni berapa ramai orang Islam yang masuk insuran dan yang jadi ejen bahkan jadi tokeh pun ada. Fatwa tu pun disimpan dalam kendi dan disorokkan di tingkat 16 bawah tanah di bangunan JAKIM kot. Maknanya kalau nak ikutkan , lawan fatwa dan lawan mufti ramai dah , bukan setakat Rufaqa' aje , malah tokeh-tokeh , ejen-ejen dan pemegang-pemegang polisi insuran konvensional nih. Maka kena tangkap jugaklah mereka-mereka yang menyebarkan unsur-unsur insuran yang dah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang sama statusnya dengan Fatwa Pengharaman Arqam dahulu.

Semenjak daripada peristiwa penangkapan lebih 100 orang oleh JAIS di Shah Alam hari tu , maka berleret-leretanlah cerita tentang Rufaqa' yang di dakwa oleh JAIS dan bossnya sebagai pertubuhan yang sama seperti Arqam. Hairan bin ajaib betullah dia orang ni. Rasa-rasanya kalau kita periksa di dalam registrar of society , kita tak akan dapati bahawa tak ada satu pun pertubuhan yang dinamakan Rufaqa'. Tapi kalau kita nak periksa di bawah SSM , kita boleh lihat ada sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh ECR yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan dibeberapa buah premis di Malaysia dan juga di luar negara dan sehingga kini memiliki hampir 700 rangkaian perniagaan di seluruh dunia termasuk Perancis , Jerman , Jordan , Australia , Thailand , Indonesia , Singapura , dan lain-lain lagi, Kalau JAIS nak dakwa Rufaqa' sebagai pertubuhan , maka ramailah di antara kita dah kena kelentong dek JAIS. Dahlah drama yang mereka buat ketika sidang akhbar di Bandar Country Homes baru-baru menonjolkan imej "buas" penguatkuasa agama di negara yang kononnya nak jaga kesucian aqidah umat Islam , macam tak cukup skrip dan silap direktor. Mungkin dia orang terlupa nak tiru cara arwah Ahmad Nisfu jadi direktor dalam filem "Seniman Bujang Lapuk Kut" . Membuat kenyataan secara terbuka di khalayak umum tentang satu fakta yang tidak benar tentang satu badan perniagaan yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang hanya akan mengundang padah dikenakan tindakan saman dan yang pastinya pengarah JAIS 10 keturunan pun belum tentu dapat nak bayar.

Kita semua tentu masih ingat kisah ayah pin yang dah dipecahkan teko besarnya di Terengganu oleh pihak berkuasa, tapi sampai laa ni , ayah pin masih lagi jual keropok longsong tanpa ditangkap dan masih bebas meskipun dah ramai sami Hindu meniarap kat tapak kaki dia sebagai pengiktirafan dia sebagai wakil kerajaan langit. Kes dia masuk juga mahkamah. Tapi dalam kes ECR , seboleh-bolehnya JAIS , JAKIM dan suku-sakatnya tidak akan mengheret ECR ke mahkamah kerana mereka khuatir tembelang mereka akan terbuka sehingga orang ramai akan membuat 2nd opinion terhadap ECR dan Rufaqa'. Ini yang mereka takut kerana di mahkamah akan berlaku hujjah. Apa yang diperjuangkan oleh ECR sepanjang hidup beliau akan diperdengarkan kepada semua orang. Semua fakta dan realiti akan diperbentangkan bagi mengukuhkan hujjah samada daripada JAIS mahupun daripada ECR sendiri . Barulah balance. Sekarang ni JAIS macam budak kecik yang ajak main kombat-kombat dengan orang lain. Orang tak nak main dengan dia sebab kalau dia main nak menang aje walaupun takkan menang punya. Di lastiknya orang , bila orang kejar dia balik , dia nyorok belakang mak dia dan ngadu kat mak dia orang nak kacau dia. Macam tulah JAIS. Bukan nak menghina tapi kalau anda semua tengok akhbar dan tengok TV , mana ada ulasan yang sepenuhnya daripada Rufaqa' melainkan hanya daripada JAIS dan pengarahnya saja. Mungkin dengan cara begini , mereka boleh heret sekali pihak keselamatan dalam kancah pertelingkahan hasad mereka dengan ECR macam dulu-dulu.


bersambung

[ Last edited by  PersadaMaya at 14-12-2006 09:49 AM ]
Reply

Use magic Report

dealovaku This user has been deleted
 Author| Post time 14-12-2006 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 13-12-2006 05:10 PM
bleh citer skit tak, ape tujuan sebenarnya ko buka thread ni? konpius aku ......

:hmm::hmm::hmm:


sebab pak ngah Pilah nak sampaikan cerita disebalik tabir yg tersembunyi dan tersirat daripada pengetahuan umum yg tertipu dgn sesetengah mediamassa yg putar alam....dan org2 spt snipesnake dan sekutunya....

lepas nih, aku tk pakai nick dealovaku lagi, sebb dah kena SABOTAJ....aku guna persadamaya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 10:25 AM | Show all posts
:lol

dealova dealova

aku yg bg laporan tuh...hehehe...still kau nak kelentong lagik? dah berapa kali aku kantul kelentong kau..udah la..dah takder sokong rupakok lagik dah, sume dah tau asaari penipu :lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2006 10:46 AM | Show all posts
PersadaMaya/Dealova...simpatis abuya!! Kembali la ke pangkal jalan!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 10:55 AM | Show all posts
astghfirullahalazim...kembalilah ke pangkal jalan....
yg ku herankan camner diorg ni leh terpesong ek...camnilah p bljr rukun iman n rukun islam btul2 yer n huraian nya skali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2006 11:03 AM | Show all posts
ni hal link dia. budak rupakak nih bukan tau apa depa cut n paste. mari kita tgk apa yg depa taip.

http://www.yangtersurat-tersirat.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 11:10 AM | Show all posts

BETULKAH RUFAQA' TAKSUB DENGAN ASHAARI?

BETULKAH RUFAQA' TAKSUB DENGAN ASHAARI?
Dalam laporan akhbar UTUSAN, disebut:
NADWAH Ilmuwan Muslim (Naim) menyokong tindakan tegas pihak berkuasa agama membanteras kebangkitan serpihan kumpulan al-Arqam.Gelagat mereka dapat dilihat dengan jelas pada Pesta Buku Antarabangsa di PWTC baru-baru ini. Mereka dengan penuh bangga mempromosi buku yang berkaitan dengan Asya慳ri dengan wajah Asya慳ri terpampang jelas pada kulit depan buku.
Taksub kepada pemimpin adalah mukadimah kesesatan kebanyakan kumpulan sesat. Ia ditolak dalam Islam. Pemimpin boleh melakukan kesalahan. Tetapi, rujukan umat Islam mestilah al-Quran dan Sunnah.
Ikuti penjelasan eksklusif daripada Pengerusi Eksekutif Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd, Hj. Ashaari Muhammad tentang isu ini:
Ada dakwaan mengatakan saya sebagai Pengerusi Eksekutif Rufaqa ditonjolkan oleh kakitangan Rufaqa melalui gambar dan pelbagai bahan penerbitan dan sekaligus ini didakwa sebagai bukti yang saya diagungkan seperti era Al-Arqam dulu.
Saya tegaskan sekali lagi ini adalah Rufaqa bukannya Arqam. Rufaqa menumpukan bidang perniagaan sepenuhnya. Para ahli Lembaga Pengarah Syarikat mewakili saya menyampaikan motivasi kepada staff dan menyusun operasi perniagaan syarikat. Untuk mengendalikan sebuah syarikat yang sebesar ini memang memerlukan pemantauan para pengarah. Takkan saya sorang mampu untuk melihat semua perkara.
Saya tidak pernah arahkan sesiapa membesar-besarkan dan mengagung-agungkan saya. Dalam hal ini kita perlu faham. Saya sebagai Pengerusi syarikat dan mereka sebagai staff saya , saya jalankan tanggungjawab saya sepenuhnya mengambil berat dan menjaga kebajikan mereka. Malah hubungan saya dengan mereka lebih kepada hubungan ayah dengan anak bukannya sekadar hubungan majikan dan pekerja. Mereka yang asalnya tidak ada pekerjaan dan sumber pendapatan saya berikan kerja.
Ada yang saya uruskan nikah kahwin. Kalau mereka ada masalah rumahtangga saya bagi panduan dan didikan. Kalau kesempitan wang saya bantu mana yang patut. Saya didik mereka kembali kepada Tuhan. Mungkin atas dasar inilah mereka terhutang budi dengan saya dan memandang tinggi kepada saya selaku pengerusi syarikat ini. Apabila berlakunya hubungan di atas dasar kasih sayang maka mereka mereka akan bekerja bersungguh-sungguh dan sentiasa jujur dan amanah. Tidak timbul tipu menipu dan salah guna wang dan sebagainya. Di sini saya tegaskan bukannya mudah untuk paksa orang sayang dan hormat kepada kita. Saya juga tidak pernah arahkan sesiapa menggantung gambar saya, saya juga malu. Kalau ada pihak yang tidak senang dan minta diturunkan gambar saya, silakan, saya tidak ada apa-apa kepentingan di sini. Sebenarnya lebih banyak orang yang mengeji saya daripada mengagungkan saya. Tapi sebagai hamba saya terima semuanya samada pujian atau kejian itu semuanya dari Tuhan.

hahaha, kuatnya asaari bohong.perniagaan kunun..yg kat atas bakeri harmoni kasih aurad muhammadiah tuh HAPA? yg kat nilai kasik POWER tuh hapa. BOHONG DAN BOHONG. MMG AL KAZABULLZAMAN!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 11:57 AM | Show all posts
Gamaknya dah dapat power dari abuya kot??:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 12:32 PM | Show all posts
laa.. kisah abuya ke? Aku ingat cite ape tadi... malas la nak baca...

Abuya korang tu pun dah x sihat...

p/s: apsal aku tgk muka abuya tu cam x berseri je... :hmm:
Reply

Use magic Report

PersadaMaya This user has been deleted
Post time 14-12-2006 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 14-12-2006 11:03 AM
ni hal link dia. budak rupakak nih bukan tau apa depa cut n paste. mari kita tgk apa yg depa taip.

http://www.yangtersurat-tersirat.blogspot.com/



tima kacihlah tlg promotekan kt sini...

sejak akhir2 nih, kau nampak cam desperate jer, apsal?..meh sini aku rasa dahi kau, demam yer????.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 01:40 PM | Show all posts
haha, desprete? sapa yg dok tampal2 benda2 bodo nih merata? kat bod CI pon ada :lol

aku ke kau?

sapa dok kene kata sesat mana2 dia pi?

aku ke kau :lol

pi mana2 kene benci :lol

sian mak bapak kau

[ Last edited by  snipersnake at 14-12-2006 01:42 PM ]
Reply

Use magic Report

PersadaMaya This user has been deleted
Post time 14-12-2006 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 14-12-2006 01:40 PM
haha, desprete? sapa yg dok tampal2 benda2 bodo nih merata? kat bod CI pon ada :lol

aku ke kau?

sapa dok kene kata sesat mana2 dia pi?

aku ke kau :lol

pi mana2 kene benci :lol

sian m ...



DESPERATEnyer snipersnake, sampai ke CI kau ikut, sebb kt M & M org dah jelak tgk provokasi kau..hikhikhik..

aku seronok baca sembang pak ngah pilah nih...utk org cam kau dan sekutunya, eloklah sebb kau tk faham bahasa ilmiah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 03:45 PM | Show all posts
Dealova & Persada Maya..lepas ni apa pulak nick kau nak pakai??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


PersadaMaya This user has been deleted
Post time 14-12-2006 04:52 PM | Show all posts
Originally posted by melayucyber at 14-12-2006 03:45 PM
Dealova & Persada Maya..lepas ni apa pulak nick kau nak pakai??



aku buat nama baru persadamaya sebb nama nick aku dealova di sabotaj oleh kulovadea hingga org tuduh aku guna byk nick, kaupun tau perangai kulovadea tuh, ada org bgtau aku, dia tuh macam2 nick ader, tp aku pun tk fahamlah naper dier dengki kat nick aku pula...

aku tk pandai guna byk nick, satu ni jer ler nick aku, persadamaya...

aku harap lepas nih kulovaadea dan belalang2 itu, tk kacau aku lagi...nanti aku panggil kerengge, gigit dier baru tau...hikhikhik...

[ Last edited by  PersadaMaya at 14-12-2006 04:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 10:47 PM | Show all posts
persadamaya=belalang=pakngah pilah=assaari=Arqam=rupakak=PENIPU

Thr return of penipu
:setuju:
Reply

Use magic Report

PersadaMaya This user has been deleted
Post time 15-12-2006 10:55 AM | Show all posts
Pak Ngah dapat rasakan bahawa puak-puak ni bukan buat sendirian berhad. Ada orang lain di belakangnya yang suka baling batu sembunyi tangan. Kalau nak dikatakan buku terbaru ECR yang dikarang oleh isterinya Ustazah Khadijah Aam ditafsirkan sebagai cubaan menghidupkan Arqam , sudah tentulah KDN dah lama bertindak. Ini KDN nafikan malah menyatakan bahawa ianya bukan isu keselamatan.


Disetiap program besar-besar yang dianjurkan Rufaqa' ramai wakil-wakil pihak berkuasa datang dan dijemput bagi menyaksikan sendiri apa agenda yang terdapat dalam Rufaqa' nih. Anda semua bebas untuk membeli dan membaca buku terbaru yang dihebohkan oleh Datuk Abdul Rahman Palil ( DARP ) semalam sebagai cubaan untuk hidupkan semula Arqam. Anda sendiri nilailah samada benar atau tidak apa yang DARP cakap . Baru anda semua akan dapat jawapannya. Bagaimana kotornya mainan JAIS ini atas nama agama. Pak Ngah bukan tak boleh nak jawap guna hujjah dan dalil, tapi cara JAIS buat tindakan yang tidak mengikut lunas undang-undang , macam gangster aje , sedikit sebanyak merosakkan pandangan Pak Ngah tentang imej dan kredibiliti jabatan agama di negara ini. Takkan jadi "tai ko" pada Rufaqa' dan ECR sahaja , tapi pada isu Melayu murtad yang dinyatakan oleh mufti Perak yang jumlahnya sangat membimbangkan tatkala jabatan-jabatan agama punya kuasa penuh dan peruntukan dalam pembangunan dan menjaga kesucian Islam di negara ini tak dapat dibendung malah makin hari makin bertambah , tak pulak tindakan mereka agresif sebagaimana yang dilakukan pada Rufaqa'. Monyok aje , macam orang kena sembelit , seminggu tak "buang". Maka sebab itu Pak Ngah rasa tak guna dalil pun , guna rasional akal pun dah cukup. Sebab masyarakat telah diperlihatkan kepada satu badan agama yang lebih mirip kepada samseng dan bila dia cakap tak sorang pun boleh bantah kerana kalau dibantah , siap kena lanyak.

Buat 2 helai akhbar yang satu kecil dan yang satu besar tu pulak , rasanya Pak Ngah nak bagi per ingat sikit akan sejarah yang berlaku pada akhbar Melayu yang besar satu lagi. Elok belajar dengan mereka daripada tulis perkara merapu yang darjatnya hanya menyapu bumi dengan kepalsuan dan pembohongan oleh sang editor yang digenggam oleh puak-puak tertentu dalam lapuran yang dicetak. Kalau benar sekalipun Putrajaya nak menggantikan New York kan itu berita baik. Berita besar. Orang Melayu nak jadi boss dalam dunia ni. Taklah duk pikir periuk nasi dia dan anak bini aje kat rumah tanpa ada cita-cita besar nak suruh George Bush melutut depan umat Islam.


Bila ECR cuba nak bawa orang Melayu fikir besar , satu puak ni pulak suruh jadi hati tungau. Bukan dia tak tahu , New York tu pusat penjanaan minda dan racun Yahudi. Kalau letak di Putrajaya , bawah orang Melayu Islam , kan "power" tuh. Macam cerita-cerita "power" yang anda semua dengar tu lah. Sekarang ni JAIS sampai kiamat pun takkan tahu bagaimana nak lawan Yahudi dan Nasara sedangkan setiap hari mereka merancang untuk hancurkan umat Islam. JAIS masih lagi tidur dan yang mereka hanya tahu nak hancurkan musuh mereka yang sangat-sangat mereka "alergi" terhadapnya iaitu ECR. Macam orang yang kena "Poison Ivy" atau orang kampung cakap "kaligata". Sensitif sangat mereka dengan ECR sedangkan ECR adalah merupakan warganegara Malaysia yang merdeka dan bebas menjalankan aktiviti-aktiviti selagi mana tak melanggar undang-undang malahah berhak juga untuk menyumbangkan sesuatu kepada agama Islam yang dicintanya.

Namun Pak Ngah berpandangan positif akan apa yang berlaku sekarang ini , kerana yang haq itu tetap Allah bela dan yang kurap dan pekung tu apabila dah terdedah maka orang akan membuat penilaian masing-masing. Sekarang boleh tutuplah dengan authoriti dan title, tapi bila masanya tiba kelak Allah Ta'ala akan sedarkan mereka. Dan pada bacaan Pak Ngahlah kan , cara Allah Ta'ala beri kesedaran pada manusia sangat luar biasa hingga Allah nak lenyapkan 1/2 juta orang dalam 15 minit sahaja tak ada hal. Jadi awaslah dan kembalikanlah yang haq itu pada tempatnya agar kita dipelihara oleh Allah. Mudah-mudahan kita semua diberikan hidayah oleh Tuhan untuk menilai yang haq dan yang bathil.

Cukup sebagai first round daripada

Pak Ngah Pilah
Reply

Use magic Report

PersadaMaya This user has been deleted
Post time 15-12-2006 10:57 AM | Show all posts
The Return Of Pak Ngah Pilah
Posted by : Pak Ngah


Assalamualaikum ,

Ketemu sekali lagi , kali ni dengan tajuk dan perkara lain lak. Tajuk return of Pak Ngah Pilah dibuat macam sequel cerita Pirates Of The Carribean , Lord Of The Ring , Star Wars dan lain-lain cerita. Yang bezanya antara cerita Holywood dan cerita Pak Ngah ni ialah mereka tu semua buat cerita fiksyen , tapi Pak Ngah cerita realiti dan hakiki. Soal orang nak caya tak caya tak dapek den nak nolong do sobab Rasul yang Agung tu pun habih kono tontang dengan Abu Jahal and the geng. Jadi kalau cerita Holywood sequel dia melariskan jualan tiket kat panggung cineplex , harapan Pak Ngah biarlah cerita Pak Ngah ni melariskan kebenaran yang datang daripada Tuhan yang satu. Kerana kalau Pak Ngah tipu , walaupun di alam cyber ni macam-macam orang boleh buat, Pak Ngah takut di hadapan Tuhan di "mahkamah Rabbul Jalil" Pak Ngah kena tenyeh sobab buek cerito fiksyen lak. So Pak Ngah kono cerita yang walaupun confidential tapi kono gak cerito. Maaflah and semua kerano Pak Ngah ni orang nogori , jadi pelat nogori tu payah nak cabut dari jari Pak Ngah ni. Tapi Pak cubo gak lah untuk control hensem Pak Ngah ni supayo orang boleh paham apa yang Pak Ngah nak cakap dan beritau pada orang.

Sebagaimana mana-mana orang yang dah kenal Pak Ngah dalam episod yang 1st dulu , cerita yang Pak Ngah nak bawak kali ni sama jugak. Isu yang sama , figure yang sama , jemaah yang sama. Cuma kali ni Pak Ngah return balik dalam nak ketengahkan kumpulan cerita fiksyen yang direka oleh puak-puak yang Pak Ngah sebut sebagai "allergi" sangat-sangat dengan ECR ( Executive Chairman Rufaqa').

Suratkhabar kecil hari ni memaparkan kisah ECR berseluar pendek dalam gambar yang diambil ketika Pak Ngah dan orang yang tengah pegang gambar tu belum lahir lagi. Kemudian lak semalam suratkhabar besar cerita pulak pasal seorang figure ulama' yang kata adik dia masih lagi tegar dengan amalam Aurad Muhammadiah ( AM ) dan masih taksub dengan ECR. Ada pulak cerita lagi dari salah seorang exco negeri kat Semenanjung ni yang dapat maklumat berkenaan penyebaran ajaran yang mengatakan " Abuya Tuhan kedua ku " daripada salah seorang pelajar di Bukit Beruntung. Dan macam-macam lagilah. Pak Ngah ingat bila wakil ECR dah beri press statement tentang penafian ECR dalam hendak menghidupkan kembali Arqam yang telah lama berkubur , habislah cerita . Tutup dan bungkus dan boleh hanyutkan dekat sungai Gombak. Tapi nampaknya bertambah menjadi-jadi lak. Seolah-olah macam ada "personnal vandeta" dengan ECR ini. Ini akan Pak Ngah cungkil dan ajak anda semua berfikir dan menilai secara rasional situasi yang berlaku agar jangan duk main percaya aje pada tulisan akhbar yang dalamnya ada tulis pasal orang sesat dalam masa yang sama judi 4 nombor dan 6 nombor ekor pun dia cetak jugak. Sebab kalau orang dah tak suka orang , orang yang tak suka orang tu akan gunakan apa yang dia ada pada orang yang dia tak suka. Sebagai contoh kalau dia duduk dalam syarikat akhbar , tulisan dia boleh memaparkan seseorang sebagai idola yang melangit tingginya macam MAWI menang AF. Atau dia boleh tulis akan berkenaan seseorang itu sampai menyapa ke bumi macam dia orang tengah buat pada ECR kala ini. Semuanya bergantung pada editor. Bak kata reporter Bernama yang pernah cakap kat Pak Ngah , kami hanya buat liputan, selebihnya kerja editor. Jadi sang editor ni pulak , kalau dia bukan "impartial" pada satu-satu pihak , nescaya liputan berita ECR dan Rufaqa' macam goreng pisang sejuk yang dah jegang. Tak sedap nak makan lagi. Tapi kalau dia bekerja dengan puak yang dah kena "allergi" dengan ECR ni , nescaya jadilah dia "balaci" yang akan tulis apa saja untuk sedapkan hati dan memuaskan serakah puak allergi tadi. Sebab kalau tak tulis "cow-cow" punya , takut-takut hilang lak post kat dalam tu sebagai sang editor.

Tapi Pak Ngah bukan nak sebut pasal sang editor kerana Pak Ngah tak berminat nak berkuntau dan bersilat dengan balaci. Sebab balaci ni pak turut aje. Mentang-mentang yang orang yang dia tulis bukan "somebody" dan dia tau jarang melawan, maka dia pun naik tocang macam gangster zaman bijih timah dekat Larut dulu kalau tak silap Pak Ngah puak Hai San. Maka Pak Ngah tak ambil pusing sangat lah sebab , kalau berubah pulak situasi yang ada sekarang ni , nescaya mereka akan tulis ikut situasi yang ada ketika itu. Al-maklumlah balaci , dia akan tulis bagi laris sikit bisnes surat khabar dia. Yang Pak Ngah nak beritau pada anda semua dalam sequel kedua Pak Ngah ni ialah tentang 2 isu yang dibentangkan oleh balaci JAIS dan JAKIM ni dalam akhbar :-


bersambung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.142362 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list