CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2682|Reply: 0

Vaksin pangkal rahim bagi budak 9-13 tahun

[Copy link]
Post time 10-5-2007 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Kaji kesan vaksin pangkal rahim bagi budak 9-13 tahun
10-05-2007 02:27:22 PM
KUALA LUMPUR:  Kementerian Kesihatan perlu mengkaji dahulu tahap kesesuaian dan keberkesanan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) dalam mencegah kanser pangkal rahim, sebelum digunakan di negara ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata kajian itu perlu memandangkan penggunaan vaksin HPV bagi tujuan vaksinasi kanser itu belum lagi meluas dan dikaji keberkesanannya.

"Vaksin ini masih baru di pasaran dan belum banyak lagi negara yang menggunakannya," katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Samsiah Samsudin yang menyarankan supaya vaksin HPV diberi kepada pelajar perempuan di sekolah dalam usaha mengurangkan kes kanser pangkal rahim.

Beliau berkata atas alasan itu, kerajaan belum bercadang melaksanakan program pemberian vaksin HPV pangkal rahim kepada pelajar perempuan di sekolah.

Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), vaksin HPV telah diluluskan untuk penggunaan di 49 negara setakat akhir 2006, setelah ia mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (US FDA) pada Jun tahun lepas.

Vaksin itu dikatakan sesuai untuk diberikan kepada perempuan berumur antara sembilan dan 26 tahun, namun keberkesanannya dikatakan lebih tinggi jika diberikan kepada pelajar perempuan yang berumur antara sembilan dan 13 tahun, katanya.

Menjawab soalan Senator Heng Seai Kie yang ingin tahu kumpulan berisiko menghadapi kanser itu, Dr Abdul Latiff berkata kaum ibu merupakan antara kumpulan berisiko tinggi mendapat kanser pangkal rahim, dengan 19 insiden bagi setiap 100,000 orang. BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.046184 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list