|
APA ITU QARIN??
Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing masing? setiap kali lepas ibu kita bersalin.. si ayah akan membasuh uri..atau orang tua tua kata itu kembar kita.. sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu.. dipanggil sebagai Qarin...
Di sebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara perkara yang jahat.
Seorang ustaz pernah bercerita... beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan.. dia bertembung dengan seorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itu balik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin.. merasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi dtg ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang. Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun bercerita la pada rakan serumahnya.. dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi.
Hendak dijadikan cerita.. esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi ke rumah perempuan tadi.
Sampai dirumah perempuan tu.. ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan cerita la tentang payungnya yang tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut.. dan menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di situ. student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2 tahun yang lalu.
Jika peristiwa itu pernah anda lalui.. atau akan lalui.. jgn terkejut.. kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam. Qarin akan memakai pakaian yang serupa..
contoh: jika seseorang mati dilanggar kereta ketika sedang menahan teksi..
Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati. Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini.. tak kira jin atau syaitan atau Qarin.. semuanya adalah makhluk Allah belaka.
Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jangan lupa membaca..
A'uzubillahiminashaitonirrajim... insyaAllah.. selamat... .. kepada kita yang masih hidup buat la kebaikan supaya kita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan... .
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
qarin= sejenis bangsa jin juga. setiap manusia dilahirkan bersama qarinnya. jika jasad mempunyai bayang yang sentiasa mengikut (selagi ada cahaya), 'bayang' bagi ruh adalah qarin.
qarin Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah dididik sehingga menjadi qarin yang taat dan mendorong ke arah kebaikan.
bagi orang orang yang soleh, apabila mereka meninggal dunia, maka qarin mereka akan menunggu di kubur mereka.
yang tak berapa soleh tu, berkeliaranlah agaknya atau melepak kat mana mana.
kalau tak salah aku, mereka akan hidup sehingga hari kiamat, yakni sehingga semua makhluk dibinasakan dengan tiupan sangkakala.
dikatakan orang bahawa qarin gemar mengulang saat saat akhir peristiwa kematian tuannya.
misalnya jika seseorang kemalangan di suatu simpang, orang orang akan sering melihat qarinnya di situ.
contoh peristiwa yang sering berlaku:
seorang telah kemalangan ketika memandu laju dan berlumba lumba menggunakan volswagen kuning di lebuh raya karak (bukan nama lebuhraya sebenar). pemandu pemandu yang melewati lebuh raya tersebut akan sering terserempak dengan volkswagen yang suka memotong dan nak ajak race. pemandu pemandu yang teruja akan berlumba dan berakhir dengan nahas jalanraya.
seseorang mungkin membunuh diri dengan menggantungkan diri atau terjun dari bangunan tinggi. akibatnya, orang orang yang menyewa bilik atau rumah tersebut akan sering melihat qarin ini mengulangi perbuatan menggantungkan diri tersebut. atau jika membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi, penghuni penghuni flat atau kondominium itu mungkin akan bertemu dengan qarin yang berlegar legar di ground floor berlumuran darah atau bersepai kepalanya akibat terhempas.
dikatakan bahawa semasa pembinaan jembatan pulau pinang, banyak manusia telah dikorbankan (di potong kepala) untuk menjamu jin yang menempati laut di situ supaya tidak menganggu kerja kerja pembinaan. (tidak pasti sama ada badan dipersembahlkan juga). akibatnya, pemandu pemandu jembatan pulau pinang sering ditumpangi oleh qarin manusia tanpa kepala tersebut...biasanya pemandu akan bertanya'" awak pernah dengar tak hantu takder kepala, tak takut ke?"..qarin pulak jawab," macam ni ker?' sambil mencabut kepala beliau.
terkadang kadang pemandu yang baik hati telah menumpangkan seseorang yang keseorangan di suatu jalan. penumpang akan meminta supaya di hantar ke rumahnya. biasanya qarin akan tertinggal dompet atau barang barang lain. apabila pemandu yang baik hati tadi sampai di rumah dan menyedari ada barang tertinggal, kemudian pergi memulangkan barang tersebut pada keesokan harinya, biasanya akan tiba ke kubur (malam tadi kat situ ada rumah). atau mungkin tiba ke suatu rumah, tapi orang rumah akan cakap bahawa pemilik barang tersebut telah mati beberapa lama sebelum ini.
ada peristiwa di mana pemandu teksi telah menghantar qarin ke suatu tepat. apabila tiba di situ didapati ia adalah tapak highland tower yang runtuh.
qarin dapat menyamai tuannya/kembarnya sehingga 70% (mungkin lebih), dapat meniru suara tuannya dan juga mengetahui banyak perkara yang telah dialami oleh tuannya.
seringkali mereka dipanggil dalam upacara menurun, misalnya qarin ini mengatakan bahawa beliau ialah datok panglima Hitam dan sebagainya. suara pun macam tuannya dan dapat pula menceritakan dengan tepat apa yang telah berlaku kepada diri tuannnya untuk membuktikan bahawa beliau adalah sebenar benarnya dato panglima Hitam.
sering juga qarin dipanggil dalam permainan spirit of coin.
apabila meninggal dunia, mereka yang soleh akan tinggal di tempat yang penuh kenikmatan, sementara yang tidak soleh akan tinggal di dalam kesengsaraan, yakni diazab secara berterusan di dalam kubur. sudah tentulah mereka tidak diberi peluang berehat serta merayau rayau di dunia untuk menyakat manusia yang masih hidup.
jadi, yang merupa dan mengganggu manusia ialah mereka yang masih hidup dan bernyawa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|