View: 23485|Reply: 13
|
Haji Abdul Rahman Limbong
[Copy link]
|
|
Haji Abdul Rahman Limbong dilahirkan pada sekitar tahun 1868. Ibu beliau, Tun Tijah binti Tun Akut, dipercayai dari keturunan Tun Zain Indera, sementara bapanya, Haji Abdul Hamid, dikatakan berasal dari Patani.
Nama penuh Haji Abdul Rahman Limbong ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Abdul Kadir, manakala gelaran 揕imbong |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Antara kejayaan terbesar Haji Abdul Rahman Limbong ialah apabila beliau berjaya membebaskan empat puluh tiga orang penduduk dari tuduhan membersihkan tanah dan bercucuk tanam tanpa kebenaran daripada kerajaan British. Kejayaan ini berpunca dari hujahnya yang menjelaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan bukannya hak negeri. Kejayaan ini telah menaikkan nama Haji Abdul Rahman Limbong.
Haji Abdul Rahman Limbong juga telah berjaya menyatukan masyarakat tani yang terkenal dengan semangat kedaerahan. Mereka telah sanggup mengetepikan semangat kedaerahan ini yang telah dipupuk sejak dahulu lagi semata-mata bagi menentang ancaman luar. Perpaduan ini telah berjaya membangkitkan semangat jihad dikalangan mereka bagi menuntut keadilan setelah dizalimi dengan system tanah kerajaan British. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai seorang ulama yang berpengaruh, sumbangan Haji Abdul Rahman tidak terhad kepada pengajaran ilmu agama sahaja. Beliau juga telah memberi sumbangan yang banyak dalam memperbaiki taraf ekonomi masyarakat Melayu setempat.
Haji Abdul Rahman telah membuka kilang membuat kapur tohor dan bata di Losong dengan tujuan menggalak dan memberi peluang kepada orang Melayu menceburkan diri dalam bidang perusahaan. Konsep berbakti kepada tanah juga diperkembangkan oleh Haji Abdul Rahman kepada orang lain supaya mereka terus maju. Beliau mengesyorkan dipelbagaikan jenis tanaman, dan pernah menyuruh petani membersihkan dusun durian untuk ditanam dengan kapas, pisang dan padi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumbangan beliau dalam bidang politik pula telah menyelamatkan empat puluh tiga orang petani dari didenda oleh kerajaan. Kepakarannya dalam bidang Islam telah banyak membantu beliau berhadapan dengan wakil kerajaan dalam perbicaraan tersebut. Haji Abdul Rahman Limbong telah menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan bukannya hak negeri.
Haji Abdul Rahman Limbong juga telah berjaya membangkitkan semangat jihad di kalangan masyarakat Islam di Ulu Terengganu. Masyarakat ini telah ditindas oleh system tanah (enakmen baru) kerajaan. Beliau juga telah berperanan sebagai Penasihat kepada ketua-ketua kebangkitan yang terlibat dalam kekacauan 1928. Ini telah menjadikan beliau semakin terbabit dalam penentangan menentang British.
Haji Abdul Rahman Limbong, menerusi pengaruh kepimpinannya telah meneguhkan perpaduan dan kesatuan di kalangan masyarakat tani, sehingga atas dasar 揚erang Sabil |
|
|
|
|
|
|
|
Pembuangan Negeri dan Kematian
Beliau telah dituduh bertanggungjawab mencetuskan tragedi pemberontakan kaum tani di Ulu Terengganu. Pada 23 Zulhijjah 1346 bersamaan 13 Jun, 1928 beliau telah di bawa ke Singapura di letak di bawah jagaan Kerajaan Negeri Selat. Pada 29 Safar 1347, bersamaan 19 Ogos 1928 beliau telah di hantar ke Mekah dan segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan negeri.
Beliau meninggal di Mekah pada 14 Jamadil Akhir 1348 bersamaan 16 November 1929. |
|
|
|
|
|
|
|
Surat Haji Abdul Rahman Limbong kepada anak muridnya |
|
|
|
|
|
|
|
Pengisytiharan Buang Negeri Haji Abdul Rahman Limbong |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang ulama ulung yang telah memimpin kebangkitan rakyat negeri Terengganu Darul Iman menentang penjajahan dan
kezaliman penjajah kafir British.
Al-Fatihah buat beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak tau sangat pasal Abdul Rahman Limbong ni.....tapi bila dah ada info ni barulah aku tau cite dierr.....thanks ya... |
|
|
|
|
|
|
|
nih projek mase fom 3. mule2 ingat british buang tuan guru dlm laut, tp rupenye tak.. hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
sultan sulaiman ni lemah...bukan macam sultan zainal abidin III...zaman diorang pun dah takde tokku paloh...kalo tak inggeris dah lama perintah terengganu, lepas sultan zainal abidin III & tokku paloh mangkat 1919, baru inggeris bole masuk pelan2...
yg ikut pemberontakan dia ni bukan kecik2 orang, bole kata seluruh rakyat terengganu kecuali besut & bahagian utara terengganu sokong tok guru...
sepatutnye memang takde masalah kalo kerajaan nak kutip cukai tanah tapi masalahnye duit tu bukan dapat kat sultan tapi inggeris yg sapu |
|
|
|
|
|
|
|
Nama yg tak asing bagi generasi Ganu yg terdahulu.
Namun semakin dilupakan.
Banyak cerita menarik tentang kisah hidup TG HARL.
Tak silap dalam satu buku cum tesis dari UKM.
Terimakasih TT. |
|
|
|
|
|
|
|
kita ptut nama kan jalan2,bangunan2 atau ape2 landmark sempena pejuang2 ni...tok janggut,rahman limbong,rentap,dol said,maharaja lela |
|
|
|
|
|
|
| |
|