CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8838|Reply: 27

Sejarah Gerai Tom Yam Di Semenanjung, Sabah & Sarawak

[Copy link]
Post time 15-8-2007 07:13 PM | Show all posts |Read mode
Kira-kira 30 tahun lepas, amat sukar untuk makan tom yam dan masakan panas ala Thai yang sedap di Kuala Lumpur. Jika ke Sabah atau Sarawak, jangan mimpilah nak jumpa Tom Yam.

Namun kini, di mana-mana sahaja termasuk pedalaman Felda, anda boleh jumpa gerai tom yam yang menyajikan menu standard masakan ala Thai seperti Tom Yam, nasi gorang pataya, nasi goreng kampung, nasi goreng ikan masin, nasi goreng USA, kailan ikan masin dan macam-macam lagi..

Jika anda ke Sabah atau Sarawak, juga ada tom yam.   Pelik kan?

Namun adakah anda sedar bagaimana gerai-gerai tom yam ini boleh menjalar dan berkembang di Malaysia? tahukah anda bahawa pemilik gerai tom yam ini mempunyai 'network' mereka sendiri ? Di manakah mereka belajar memasak tom yam? Di Thailand atau Malaysia? Saya berpendapat satu kajian dan rencana khas berkenaan sejarah gerai tom yam ni patut ditulis kat sini kerana most of us makan tom yam atau masakan panas ala Thai setiap malam (terutama student university dan orang bujang). Ianya makanan harian yang bukan berasal dari negara kita, tetapi diterima oleh segenap masyarakat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2007 07:31 PM | Show all posts
setakat ni tomyam tersedap yg penah aku makans ampai mimpi ialah tom yam kat pulau perhentian kat Coral Beach Resort..

heheeh aku dah dapat dia nyer secret resepi... depa pakai sos sotong..maner nak cari.. ader ker jula kat tesco
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by True-X at 15-8-2007 07:31 PM
setakat ni tomyam tersedap yg penah aku makans ampai mimpi ialah tom yam kat pulau perhentian kat Coral Beach Resort..

heheeh aku dah dapat dia nyer secret resepi... depa pakai sos sotong..man ...



Memang tokang masak original akan pakai sos ikan cap sotong.....original from Thailand, tak tau halal atau tak   tak reti baca tulisan Thai


Dulu kat Taman Tun Dr Ismail (KL), ada ramai orang melayu selatan Thai bukak gerai Tom Yam. Setiap malam penuh sesak seperti pasar malam.Tahun 1980-an. Mereka datang direct from Selatan Thailand dan ada orang Kelantan. lepas tu, mulalah membiak gerai tom yam kat area PJ nih.

[ Last edited by  WonBin at 15-8-2007 08:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 08:59 PM | Show all posts

salam

Tom Yam paling best... kat Kalumpang, Selangor

walau pun gerai tepi jalan harga semangkuk RM15


One day my friend pernah berbual ngan beberapa org Siam yg menaiki keretapi ke KL.  Sebabnya setiap minggu mereka naik keretapi...

Rupanya mereka adalah tukang masak/ pekerja restoran  kat Kuala Lumpur n tempat2 lain di Malaysia. Mereka berulang alik di atr Siam n Malaysia... Kat Siam pun mereka ada tugas di restoran sana...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 09:27 PM | Show all posts

Reply #4 fleurzsa's post

geng geng Siam terutamanya dari Pattani dan Yala memang kena cop permit 3 bulan sekali kat Imigresen. itu sbb keretapi Ekspres Langkawi penuh aja dgn orang sana. sampaikan tiket habis dek geng geng diorang ni. barua betul.

Saya juga ada beberapa rakan dari sana tetapi yg paling rapat ialah seorang kawan lelaki yg tinggal di daerah Nong Chik, Pattani dan beliau bekerja sbg tukang masak Tom Yam di KL ni. kesian tinggal anak bini di kampung utk mencari makan di perantauan.

Saya juga ada seorang pakcik yang tinggal di Sungai Golok, Narathiwat. Beliau adalah seorang bekas tentera Siam dan bercadang hendak membuka gerai tomyam di KL ni. tp saingan sekarang ni dah banyak.

rasa rasanya TomYam Northern Thailand dan Soutern Thailand berbeza resepinya.

[ Last edited by  Dunhill. at 15-8-2007 09:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 08:30 AM | Show all posts
Originally posted by True-X at 15-8-2007 07:31 PM
setakat ni tomyam tersedap yg penah aku makans ampai mimpi ialah tom yam kat pulau perhentian kat Coral Beach Resort..

heheeh aku dah dapat dia nyer secret resepi... depa pakai sos sotong..man ...



hehhehee.. igtkan haper true x....kik3...  mmng betul kene guna sos sotong....."narm pla" mereka panggil.. tapi tu bukan faktor atau resepi utama.... harus tahu bagaimana nak sediakan sup.......then tahu mcm mana nak buat cili paste bakar.... tahu bagai mana nak buat perasa utk tomyam.... nie antara bahagian penting dlm masakan tomyam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2007 01:07 PM | Show all posts
Tomyam termasuk dlm senarai mknn kegemaran aku...
mmg aku suker giler... pedas, panas & lazat
tp tomyam yg plg sedap aku penah rasa ialah dari Thailand sbb itulah negara asal-usul tomyam...
mmg kaw giler supnya....

drpd apa yg aku tau, sejarah tomyam di Malaysia ni bermula bila org2 Melayu dri Selatan Thai dtg ke Malaysia lalu memperkenalkan resepi tomyam kpd penduduk di utara Semenanjung khususnya Kelantan dan Kedah. Dari kedua2 negeri ni la, resepi tomyam tersebar ke seluruh Semenanjung... Resepi tomyam mula diperkenalkan di Malaysia Timur bila ada penduduk Semenanjung berhijrah ke sana... Kini, boleh dikatakan tomyam byk dijumpai di Thailand & Malaysia je.. kt negara Indon atau Brunei mmg x der la,...

aku bru je balik dri Sabah,..
mkn tomyam gong kt sana..
tp jujur la aku ckp... x sedap :kant::kant::kant::kant:

[ Last edited by  ijad_adiputera at 16-8-2007 06:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 03:01 PM | Show all posts

Reply #7 ijad_adiputera's post

yup, tom yam kat thailand sndiri mmg lebih kaw.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2007 03:11 PM | Show all posts
tp skrg susah nak cri tom yam yg betul2 kaw...

byk sgt air...dr isi......
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 17-8-2007 11:52 AM | Show all posts
orang kata peniaga Tom Yam ni ade link ngan Penggerakan Pembebasan Pattani atau BERSATU..diroang meniaga kat Malaysia sebab nak kumpul dana..duit berniaga diorang salur kat BERSATU..tak tahu betul ke tak..tapi bile sembang ngan peniaga Tom Yam..memasing cerita pasal BERSATU...sokong pulak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 12:46 PM | Show all posts

Reply #10 dempol's post

kalo betul, apa salahnya...
org2 Melayu kt Semenanjung ni antara sedar atau x kiranya dh tlg saudara sebangsa seagama kita di Thailand tu...
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 17-8-2007 08:50 PM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 17-8-2007 12:46
kalo betul, apa salahnya...
org2 Melayu kt Semenanjung ni antara sedar atau x kiranya dh tlg saudara sebangsa seagama kita di Thailand tu...



betul tu..aku memang sokong bab ni..tapi tak sokong bab yg membunuh orang awak yg tak berdosa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by dempol at 17-8-2007 08:50 PM

betul tu..aku memang sokong bab ni..tapi tak sokong bab yg membunuh orang awak yg tak berdosa..


aku x penah kata pun aku sokong pembunuhan org2 awam di selatan Thailand tu...
aku cuma kata bgs sbb duit2 tu utk perjuangan bg membebaskan tanah air mereka...
kalo sebut bab bunuh org awam tu, aku pun x sokong sbb Islam sendiri larang umatnya membunuh org awam spt wanita, kanak2 & org tua...

ok ok dh.. cukup!! back to our main topic - Sejarah Gerai Tom Yam Di Semenanjung, Sabah & Sarawak

[ Last edited by  ijad_adiputera at 18-8-2007 11:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 01:24 AM | Show all posts
tp kan..kalau belah pantai timur, kedai makan tom yam ni kureng
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 02:21 AM | Show all posts
Originally posted by Joe Hahn at 19-8-2007 01:24 AM
tp kan..kalau belah pantai timur, kedai makan tom yam ni kureng


diorang dah biasa makan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 11:04 AM | Show all posts
Reply 5# Dunhill.


sy stju ngn statement dunhill.
hehehhee..

tp, tomyam pun ada yg putih ada yg merah.
kan?

tomyam yg putih, sedap, kalu makan kat kedai thailand tu, ape ek?
kat kota damansara ada tu. alahaaii..lupe plak..

haa..restoran vechuda kot..
dorg ni mmg dtg dr wilayah selatan thai.


tp, kalu makan tomyam kat selatan thai, lg sedap.
ekekekeke..
kat sekitar3 golok n weng.

tp, kalu makan tomyam kat belah atas, cth bangkok, lain plak rase nye.
tp beh juge.
kekeke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2011 02:24 PM | Show all posts


rajin2 la tanye PERTOM...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 02:25 PM | Show all posts


rajin2 la tanye PERTOM...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 02:35 PM | Show all posts
tomyam bukan masakan orang Thai Utara...
ada versi selatan ngan tengah ja...
nam pla tu sebenarqnya ayaq budu yang dia dah filther....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 05:11 PM | Show all posts
ai perasan kt sesetgh kedai mamak pun ada tukang masak tom-yam nih...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.076335 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list