CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4685|Reply: 9

--Rasul Dahri--

[Copy link]
Post time 19-11-2007 01:48 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum..
wa dah cari topik ni ..tapi takder pun ````so wa pun buka le topik baru..

wa macam (dejavu kot)  pernah baca-- ada buku ustaz ni diharamkan... ~~maksudnya ada yang tak kena lah dgn pengajarannya..gitu ke?

sebabnya wa baca dalam website ustaz ni macam takder apa yg pelik pun... cuma bab ikhwan tu je yang wa ada hairan sikit..//*/
yg lain tu nampaknya macam ustaz ni nak betul2 mengikut sunnah...tapi still wa rasa ada bab2 yang tertentu yang baru dan asing..

kalau ada yg tak kena kenapa w.sitenya beroperasi macam biasa je...buku2 beliau pun ada jual kat luar...pelik seyy...
tolong  le clarify sesiapa yang tahu........

yg lain2 wa rasa kagum dgn kesungguhan ustaz ni utk menepati dalil yang sebenar..///.tapi...~~masih wa perlukan penerangan.

[ Last edited by  si_wawa at 19-11-2007 01:57 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2007 03:59 PM | Show all posts
kalau dlm akal dan hati rasa tdk ada apa-apa yg salah dgn Ustaz Rasul Dahri ni, cubalah bawa2 solat istiharah, muga2 Allah SWT bg petunjuk n hidayahNya...

wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 01:28 AM | Show all posts
Rasul Dahri ini adalah seorang yang berketurunan Boyan yang berasal dari Singapura. Beliau adalah seorang yang berpegang kepada ajaran salafi tulen dan memperjuangkan gerakan tajdid (walaupun dah lama) dimana menyeru supaya meninggalkan amalan-amalan karut marut dalam masyarakat seperti membaca talqin, bertahlil, berdoa secara berjemaah, membaca qunut, meninggalkan azan 2 kali waktu jumaat dsbnya.
Rasul Dahri sekarang ini menumpukan programnya di Johor setelah beliau sendiri mengatakan bahawa di kampung asalnya Singapura telahpun di pengaruhi oleh golongan2 syiah. Mungkin juga sebab itu beliau lari ke Johor dan cuba pula mengembangkan pengaruhnya di sana setelah gagal di tempatnya sendiri.

Rasul Dahri bukanlah guru agama awal yang cuba mengembangkan pengaruh tersebut kerana sebelum ini telah pun ada guru agama yang lebih gigih lagi pernah juga melakukan penyebaran ajaran fahaman yang sama dengan Rasul Dahri ini dan menemui kegagalan juga akhirnya. Beliau adalah Hashim A. Ghani yang banyak mengarang buku2 yang ada juga tulisannya diharamkan oleh kerajaan seperti tajuk 'Bermazhab Haram dan Sesat' dan "Gayung Bersambut".

Rujuk bukunya di sini....  http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=172578&extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 12:47 AM | Show all posts
Originally posted by si_wawa at 19-11-2007 01:48 PM

RASUL DAHRI ANUTI AGAMA YAHUDI?





RASUL DAHRI WAHHABI YANG MENJISIMKAN ALLAH

Oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578 )

Tiada beza antara Hindus yang menyambut Deepavali dengan Wahhabi yang menyembah jisim khayalan sendiri. Hindu pun menyembah berhala Wahhabi turut menyembah jisim kononnya bersifat duduk di atas kerusi. Ini hakikat golongan musyrikin.
Rasul Dahri turut mengakui bahawa Allah itu adalah jisim sebagaimana yang telah dinyatakan olehnya sendiri dalam banyak penulisan bahawa ALLAH ADALAH JISIM dan ini merupakan akidah Mujassimah yang tiada bezanya dengan seagama Dato
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 07:33 PM | Show all posts
Soalan saya (abu syafiq) kepada Rasul palsu ini : Apakah hak kamu menetapkan umat Islam itu kekal dalam neraka? Adakah neraka milik kamu atau milik Allah??!! Jawab!

Wait seminit! Tak silap aku abu syafiq pun menetapkan segelintir umat Islam masuk neraka, soalan saya kepada Abu Syafiq, apa hak anda menetapkan Iblis akan bersama Wahhabiyah di Neraka? Neraka milik Abu Syafiq kah?:

Ketahuilah bhw aqidah yg dibawa oleh Wahhabiyah di malaysia dan di luar negara adalah akidah yang bersumberkan Yahudi dan Kristian kafir yang cuba diserapkan dalam masyarakat umat islam demi memecahbelahkan umat islam dan bertujuan agar umat islam menjadi Yahudi dan Nasoro, kemudian bersenang-lenanglah Iblis bersama mereka di neraka kelak!
http://abu-syafiq.blogspot.com/2 ... h-yahudi-allah.html
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by St.Yeepi at 22-11-2007 07:33 PM
Soalan saya (abu syafiq) kepada Rasul palsu ini : Apakah hak kamu menetapkan umat Islam itu kekal dalam neraka? Adakah neraka milik kamu atau milik Allah??!! Jawab!

Wait seminit! Tak silap aku ...


Sebagai seorang Islam kita meyakini bahawa orang2 Yahudi dan Nasrani itu akan dimasukkan ke dalam neraka akibat sikap mereka yang menyekutukan Allah dan dengan itu juga mereka dikenali sebagai kafir kitabi.
Antara syarat lain nak memasuki syurga ialah dengan mengenali Allah serta sifatNya dan justeru jika sama fahaman dengan Yahudi dan Nasara yang menjisimkan Allah maka tentulah tak menepati syaratnya.
Mungkin Abu Syafiq ada pandangan lainnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2007 10:05 PM | Show all posts
Pada pendapat saya, Golongan Yahudi dan Kristian bukan kafir, kerana bagi saya kafir adalah golongan yang mengengkari Allah SWT, sama ada melalui pengakuan atau perbuatan. Saya juga setuju dengan pendapat Rasul Dahri bahawa Yahudi dan Kristian adalah agama tauhid dari Allah, cuma ia telah bercampur baur dengan pelbagai bida抋h dan diselewengkan oleh ulama ulama mereka, sehingga ia tidak lagi diredhai oleh Allah, dan mereka inilah yang dikatakan golongan yang dimurkai dan sesat. Sebab itu kita dibenarkan sembelihan dan berkhawin dengan Ahli Kitab.

Kalau kita melihat ayat 2:62, Allah sendiri menjamin ganjaran pahala terhadap orang orang yang beriman, Yahudi, Nasrani dan Sabieen, selagi mereka beriman kepada Allah, Hari Kiamat dan membuat amal soleh. Ini secara jelas dan nyata membuktikan Yahudi dan Kristian adalah agama Tauhid daripada Allah. Jika agama Yahudi dan Kristian bukannya agama tauhid daripada Allah, mengapa pulak Allah memberikan ganjaran kepada mereka?

Sebelum berdalilkan ayat 3:19 dan 3:85, kita lihat terlebih dahulu ayat 3:3, 3:4, 3:23, 3:50, 3:51, 3:52, 3:53, 3:54, 3:55, 3:64, 3:113, 3:114, 3:115. Ini adalah sebahagian daripada bukti bahawa wujudnya agama lain selain Islam, dan ada banyak lagi ayat ayat yang boleh dirujuk.

Kalau nak diskus Aqidah Yahudi dan Kristian sangat kompleks, kita kena rujuk bukan sahaja Taurat dan Injil tetapi buku buku para ulama mereka yang membincangkan secara terperinci hal ini, baru kita boleh faham sama ada mereka benar benar menjisimkan Allah atau tidak. Mungkin Abu Syafiq boleh share dengan kita apa pendapat Maimonides dan Saadia Gaon didalam hal ini, tapi seingat ingat saya, both of them tak pernah menjisim kan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 01:16 AM | Show all posts
Originally posted by St.Yeepi at 22-11-2007 07:33 PM
Soalan saya (abu syafiq) kepada Rasul palsu ini : Apakah hak kamu menetapkan umat Islam itu kekal dalam neraka? Adakah neraka milik kamu atau milik Allah??!! Jawab!

Wait seminit! Tak silap aku ...

perbuatan menyamakan Tuhan dengan makhluk adalah perbuatan kufur... orang kufur tempatnya di neraka... iblis pong kufur dengan Tuhan.... sesapa yang kufur dengan Tuhan dia kekal dalam neraka... ini bukan abu syafiq yang cakap... Tuhan yang sampaikan dalam Al Quran dan Nabi ada bagi tahu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2007 02:22 PM | Show all posts
Abu Syafiq ni pun dah lama tak nampak kelibat dlm m&m ni... isu ini dah banyak kali dah bincang dari zaman abu syafiq sendiri wujud kat dlm forum ni sampai lah ada tukang c&p dtg bawak isu yg sama.

Biasalah berforum orang datang dan pergi... isu nye tetap sama -  org yg berjidal je tukar ganti mungkin nick je yg bertukar,org nye tetap yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 02:37 PM | Show all posts
anak murid abu_syafiq ada mai sini.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.537444 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list