CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6975|Reply: 32

Satu kampung Melayu tinggal sejarah demi pembangunan

[Copy link]
Post time 24-11-2007 11:51 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR:

Kampong Haji Abdullah Hukum merupakan salah sebuah penempatan awal orang-orang Melayu di  Kuala Lumpur telah diruntuhkan pada awal November baru-baru ini bagi memberi laluan kepada apa yang kononnya dikatakan "pembangunan".

Sumber-sumber mengatakan bahawa perkampongan Melayu 'tengah bandar' yang berusia 200 tahun yang terletak bertentangan dengan ibupejabat TNB di Jalan Bangsar tersebut, akan dibangunkan bagi pembinaan kondominium, blok-blok bangunan pejabat dan komplek membeli belah.

Ada maklumat mengatakan sebuah hub transit LRT/ monorail / tren komuter  juga akan dibina di kawasan tersebut.[/
Kampong tersebut mengambil sempena nama Haji Abdullah Hukum (gambar), yang nama asalnya Muhammad Rukun, berasal dari Kerinchi, Sumatera, Indonesia dan datang ke Malaya pada usia 15 tahun bersama bapanya pada tahun 1800-an.

Beliau telah diberi izin oleh Raja Laut pada masa itu merupakan Raja Muda Selangor untuk membuka tanah pertanian dan kampong-kampong baru di Bukit Nanas dan sebuah kampong di Sungai Putih (kemudiannya dinamakan Kg Hj Abdullah Hukum di Jalan Bangsar) seperti yang ada sekarang.Beliau menetap di kampong tersebut hingga menghembuskan nafas terakhir sekitar tahun 1930-an.

Pada era Allahyarham Tun Razak menjadi Perdana Menteri sekitar 1960-an, kerajaan telah mengalakkan orang-orang Melayu luarbandar untuk berhijrah dan bekerja di bandar-bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur.
Lantaran itu ramailah rakyat luarbandar telah bermastautin ke kawasan-kawasan setinggan yang berselerak dipinggir-pinggir pusat bandar Kuala Lumpur ketika itu.

Dari masa ke semasa ekoran dari pembangunan pesat bandaraya Kuala Lumpur kawasan-kawasan setinggan tadi akhirnya terletak ditengah-tengah kawasan 'urban' perbandaran, dan inilah yang terjadi ke atas Kampong Haji Abdullah Hukum, perkampongan Melayu Pantai Dalam, Kampung Kerinci dan kampong-kampong lain dipersekitarannya.
Lebih 300 orang penduduk kampong telah dipindahkan  oleh DBKL ke rumah-rumahpangsa miliknya di sekitar Kuala Lumpur.

Mengikut kata Md. Zaman Md. Tasi Ketua Angkatan Muda Wilayah Persekutuan  (juga bekas Ketua AMK Bahagian Lembah Pantai) bahawa ramai penduduk merasa kecewa kerana sebelum ini mereka telah 'dijanjikan' oleh beberapa orang wakil-wakil rakyat UMNO yang silih berganti sebelum ini untuk mendapati hakmilik lot-lot tanah di kampong
tersebut.

Sebaliknya apa yang terjadi ialah mereka 'tertipu' dan  perkampongan tersebut di 'rampas' dari mereka dan kemudiannya diberikan kepada towkey-towkey komplek membeli-belah, pemaju-pemaju kondomium dan hartanah.
Hari ini nama Haji Abdullah Hukum kekal dalam kenangan sebagai antara orang Melayu terawal yang terlibat dalam membangunkan Kuala Lumpur.

Penempatan orang Melayu 'dalam bandar' yang diasaskannya 200 tahun lalu sudah lenyap. Yang kekal hanyalah papan tanda ' Abdullah Hukum' di stesen LRT untuk tatapan anak cucu masa mendatang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

perkampungan melayu semakin pupus di bandar2 besar demi pembangunan. What a shame..

berforum la secara secara berhemah - bapak

TQ --
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2007 11:54 AM | Show all posts




hanya tinggal kenangan .... - bapak
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 11:59 AM | Show all posts
its price to pay for development...

kalau nak pembangunan, benda2 gini memang akan terjadi..
sesuatu pembangunan tak membenarkan penempatan yang tak tersusun serta tak menarik kekal...

next place... mungkin kampung baru... heheheheh....
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 24-11-2007 12:00 PM | Show all posts
Bapak..melayu kene ade anjakan paradigma..baru la kita boleh berjaya..Melayu kene mengubah cara hidup..tidak sesuai tinggak di kota besar tetapi menginap di umah yg sama seperti di Kampung yg kita tinggalkan utk berhijrah..jadi melayu kene berubah cara hidup..tak boleh sama cara hidup di Kampung dgn Bandar..yg penting..anjakan paradigma itu tidak lari dari Al-Quran dan Sunnah..dempol sokong kemajuan utk rakyat..

p/s..bapak kata nak gi hantar emak gi hospital...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 12:03 PM | Show all posts
Robohkan kampung Melayu tak aper...biasalah. Yang tak boleh ialah merobohkan kuil haram Hindu....nanti jadi isu sensitip lak!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 12:04 PM | Show all posts
Robohkan kampung Melayu tak aper...biasalah. Yang tak boleh ialah merobohkan kuil haram Hindu....nanti jadi isu sensitip lak!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2007 12:15 PM | Show all posts
biasalah.. kerajaan malaysia yang kononnya didukung oleh umno dan ditadbir oleh orang melayu.. .tapi takut pada bangsa lain.. kalau pasal hindu atau cina, takut, tak akan dan tak mungkin akan dilawan.. contohnya kandang babi di melaka... bezakan lah antara kandang babi dan kampung melayu.. buatler mcm um....... bahana ler pemimpin rakyat kononnya bersama rakyat.. tapi duit dah berkepuk2 masuk poket.... ye la kot... aku agak je....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2007 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by dempol at 24-11-2007 12:00 PM
p/s..bapak kata nak gi hantar emak gi hospital... ...


ni bapak sedang tunggu mak dia le ni. orang pompuan ni kan nak pergi jumpa doctor pun duk nak melaram sakan. Dah lah nak beranak bulan depan dia duk main-main lagi. Pening bapak

p/s : bagi yang dah ada isteri tu banyakkan bersabar dengan isteri anda time dia orang mengandung - bapak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2007 12:21 PM | Show all posts
Originally posted by dempol at 24-11-2007 12:00 PM
Bapak..melayu kene ade anjakan paradigma..baru la kita boleh berjaya..Melayu kene mengubah cara hidup..tidak sesuai tinggak di kota besar tetapi menginap di umah yg sama seperti di Kampung yg kit ...


Tak kisah nak  anjak ke mana .
Ke kiri,ke kanan , ke bawah atau ke atas .
Tapi bukan bawah minda dan pemerintahan Pak Bo Doh Lah dan suku sakat kaum kerabatnya.






Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 24-11-2007 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by Bapak^Blastoff at 24-11-2007 12:18


ni bapak sedang tunggu mak dia le ni. orang pompuan ni kan nak pergi jumpa doctor pun duk nak melaram sakan. Dah lah nak beranak bulan depan dia duk main-main lagi. Pening bapak

p/s : ba ...


kira blastoff dapat adik lagi la ye bapak..tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 12:22 PM | Show all posts
ish... nak buat camna... nak maju punya pasal... janji masuk terbolok pemimpin yg amik komisen....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 12:23 PM | Show all posts
MELAYU MUDAH LUPA..........................
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 24-11-2007 12:24 PM | Show all posts
Originally posted by MataPena at 24-11-2007 12:21


Tak kisah nak  anjak ke mana .
Ke kiri,ke kanan , ke bawah atau ke atas .
Tapi bukan bawah minda dan pemerintahan Pak Bo Doh Lah dan suku sakat kaum kerabatnya.




: ...



takpe..mungkin ente nak duduk di bawah pemerintahan Dato Najib Tun Razak pulak....dempol tak kisah di bawah siapa pun..yg penting kemajuan utk negara tidak terhalang...dan yg paling penting mustila dari tiket Barisan Nasional...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2007 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by dempol at 24-11-2007 12:22 PM
kira blastoff dapat adik lagi la ye bapak..tahniah...  


terima kasih En. Dempol. Allamdulillah dalam keadaan umur sekarang bapak tak berharap untuk dapat anak lagi. Tapi allah dah bagi rezeki. Kita terima ajelah dengan hati terbuka. Maknye pun gembira bukan main

p/s jangan mengajar anak2 anda dengan 'harsh words'. - bapak
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 12:47 PM | Show all posts
hai, mak si blastoff ni tiap2 minggu beranak, aktif betoi bapak blastoff
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 12:47 PM | Show all posts
asal rancangan, line putra patut lalu midvalley, tapi sebab politik, realign to pass kampung abdullah hukum ni, konon2 nak bagi facilities to the local residents there.
skrang ni apa kes, sia2 aje stesen tu support kawasan tak berpenghuni.
pastu nak buat pedestrian walk la pulok  dari stesen ke midvalley.
ada cara senang, buat cara susah.
should stick to the original plan to serve midvalley direct.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2007 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by vimash at 24-11-2007 11:15 AM
biasalah.. kerajaan malaysia yang kononnya didukung oleh umno dan ditadbir oleh orang melayu.. .tapi takut pada bangsa lain.. kalau pasal hindu atau cina, takut, tak akan dan tak mungkin akan dilawan.. contohnya kandang babi di melaka... bezakan lah antara kandang babi dan kampung melayu..


kenapa nak amik contoh kandang babi kat Melaka pulak?

kita cerita pasal sebuah inner city ghetto (not fit even to be called a kampung). Takkan susah sangat nak faham kot...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 01:03 PM | Show all posts
Melayu ethnic cleansing oleh bangsa Melayu sendiri.....maner pegi Malaysiaku Gemilang...cemerlang, gemilang, terbilang bull#!!!!n SAD so SAD!!!!

p.s. betol kater sorang forumner sini....robohkan kuil hindu tak boleh...lenyapkan satu kg Melayu....no one care...malahan ada yg claps their hands!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by blastoff at 24-11-2007 12:59 PM


yee laa , kalau tidak sape nak sambung perjuangan puak rebolusi tahik kusying yang sedang nazak laa ni ... bapak T.K merangkap bapak YB-YB kena reproduce segera laa   bertambah pekung la ...


mak si Blastoff sekali beranak, berekor2

kesian mak si Blastoff

harap2 tak ader la yg terbiar jer lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 01:08 PM | Show all posts
melayu mudah lupe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.064059 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list