View: 14073|Reply: 83
|
Lelaki Haram Bergelang Tangan
[Copy link]
|
|
Kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
"Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulallah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yang ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.
Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.
Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.
Wallhualam.
Oleh : Ustaz Zainuddin Hashim
[ Last edited by ibnur at 3-3-2008 10:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 orcadlayout's post
thanks for the info |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah kata tak leh tu.. silver ke besi ke sumer tak leh la kot... |
|
|
|
|
|
|
|
gelang tangan/kaki/ko-te/pusat/pinggang..bkn perhiasan utk lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
and summore useful info from the same site:
Seperti yang saya sebutkan di atas, para ulama berbeza pendapat tentang hukum pemakaian gelang bagi lelaki. Di dalam al-Mausu抋h al-Fiqhiyyah menyebut di sisi mazhab al-Syafieyyah terdapat dua wajah tentang hukum perhiasan lelaki selain cincin perak seperti gelang tangan dilengan (الدملج) dan gelang (السوار) dan kalung (الطوق) dan mahkota (التاج). Pertama mengatakan haram dan kedua mengatakan harus selama mana tidak menyerupai wanita, kerana tidak thabit dalam (pengharaman) perak melainkan pengharaman untuk bekas-bekas (seperti pinggan, mangkuk dll), dan perhiasan dalam bentuk menyerupai wanita. (al-Mausu抋h al-Fiqhiyyah 18/110 bawah bab al-Huliy)
Darul Ifta抋l-Misriyyah pula di dalam laman webnya menyebut perkataan al-Rafi抏 (ulama mazhab al-Syafie) di dalam Syarh al-Wajiz yang mengatakan harus bagi lelaki memaki cincin perak berdasarkan riwayat cincin Nabi saw daripada perak dan harus juga memakai selain cincin dari perhiasan perak seperti gelang dan gelang lengan dan kalung. Demikian juga perkataan Abu Said al-Mutawali yang mengatakan apabila harus memakai cincin perak, maka tidak ada beza antara jari-jari dengan anggota lainnya, sama seperti perhiasan emas yang dihalalkan untuk wanita, maka diharuskan untuk orang lelaki memakai gelang di lengan, kalung di tengkuk dan gelang di tangan dan selainnya kerana tidak thabit pengharaman perak melainkan pengharaman kepada bekas-bekas dan pengharaman menyerupai wanita.
banyak pendapat berbeza2 tapi in conclusion, as long as the wearer tak menyerupai perempuan, atau the gelang-gelangans yg dipakai tu dari material yg dibenarkan, aku rasa tak jadi masalah kalau lelaki nak pakai gelang. |
|
|
|
|
|
|
|
coklea.. magnetis bracelet tu aku pun tak tau la.. ada yang kata boleh atas sebab perubatan.. ada yang kata haram..
aku pon konpius.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 cuki's post
itu lah, aku tengok ramai yang pakai skarang nih. aku myself tak pakai lah (mahal nak mati, pastu lepas try pakai rupa aku macam ah long ceti haram )
yg dah bersalut dengan yellow gold tu rasanya memang terang2 haram coz lelaki haram pakai emas kuning. tapi kalau yang diperbuat dari silver, or bronze ker, tak tau lah pulak kalau itu pon diharamkan sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu jam steel cam ne plak eh?? kan ke rantai dia menyerupai gelang magnet tu...
sy pn confius nih..
ade sorang ni berdiskusi ngan aku..
dia kate kalu pakai jam utk ape? aku jwb la utk ngk waktu
pastu dia ckp same la function nye gelang magnet ni utk kesihatan...
so.. conclusion nye ape eh?? |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun nak tunggu reply topix ni dan sama sama kita buat conclusion mengenai gelang magnet yg begitu ramai org pakai skg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orcadlayout at 26-12-2007 04:08 PM
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telahditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a.,bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seoranglelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, makabaginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
"Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".Rasullulallah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah walaupun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu daripada dirianda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, makaanda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahihyang ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.
berdasarkan pengetahuan aku, mantan sebenar hadis ini merujuk kpd pemakaian gelang sebagai tangkal. bkn sebagai gelang perubatan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Perlis Mufti: Magnetic bracelet not haram
17 December, 2007
KUALA LUMPUR: The wearing of magnetic bracelets or necklaces for health reasons by Muslims is not haram (forbidden). This is the view of Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin over the contention that the wearing of a magnetic bracelet to help cure one's sickness was not allowed. He said Muslims should not generalise perceptions by claiming certain things as haram.Dr Asri said some parties, in coming out with the haram hukum (ruling), had misunderstood Islamic ruling."We can't say it is blasphemous to wear a bracelet or necklace for health reasons."It's not wrong to wear something that can improve your health and it has been proven scientifically," he said. Dr Asri added that as long as the wearer had good intentions, it should be allowed."It will only be haram if the wearing is for evil purposes," he said, adding that he believed people wore the bracelets for therapy and were not expecting miracles.
Magnetic therapy has been certified as safe by the World Health Organisation.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harus lelaki memakai gelang untuk berubat
Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN 1
Baru-baru ini saya telah ditunjukkan sejenis gelang tangan yang bermagnet di mana ia mampu menstabilkan ion-ion di dalam aliran darah badan kita. Secara tidak langsung ia dapat memberi kebaikan dari segi kesihatan dan juga dapat menyembuhkan beberapa penyakit dengan izin Allah.
Saya ingin tahu apakah hukumnya bagi kaum lelaki untuk memakainya untuk kebaikan kesihatan?
JAWAPAN:
Islam menegah umatnya dari kalangan lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Namun sekiranya gelang magnet ini terbukti manfaatnya dari sudut perubatan dan diperakui keberkesanannya, maka ia harus dipakai oleh orang lelaki dengan tujuan berubat.
Di dalam Islam, ada kalanya Islam mengharuskan perubatan dengan perkara haram atau bahan yang haram. Cuma kaedah fikah mendasari perkara ini 搒esuatu darurat (keperluan yang mendesak) diukur mengikut kadar keperluannya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku bukan tukang jual...tapi kalo boleh biarlah kite buat kesimpulan ikut pahaman kita jer.. sedangkan bab batal air sembahyang pun ader berbagai pendapat ikut mazhab. so pikir-pikirkanlah...
islam tu adalah sepanjang zaman |
|
|
|
|
|
|
|
Di luar daripada hujjah Syar抜 saya ingin berkongsi pandangan mengenai pemakaian gelang. Ada beberapa fakta yang boleh direnungkan:
Pertama, biasanya lelaki yang iltizam kepada Islam jarang (hampir tidak ada) yang memakai gelang dan tidak merasa perlu untuk memakainya.
Kedua, lazimnya lelaki yang memakai gelang dianggap lelaki 搒osial |
|
|
|
|
|
|
|
bagi lelaki Islam, tak usahlah pakai...
kalau atas alasan berubat, carilah dulu ikhtiar lain... |
|
|
|
|
|
|
| |
|