CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5016|Reply: 22

AMALAN SELEPAS KENCING

[Copy link]
Post time 11-1-2008 12:00 AM | Show all posts |Read mode
Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai
panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang
merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan
lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Syaidina Abu
Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba
tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah
itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah
tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi
untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya " Apakah salah
ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang
diperintahkan. " Diselidiki amalan sipolan itu semasa hayatnya jelas dia
merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya
apabila membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua
atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu
urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air
kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan
bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan
semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air
semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian
dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Wassalam
Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga

SAMA2 KITA SALING INGAT MENGINGATI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2008 12:23 AM | Show all posts
yg berdehem tu rasanya dipanggil beristibro' (xtau eja laa..ke beristibrok.lebey kurg laa) kan
me tingat ustaz penah aja dulu sampai skg amalkan..
sbb wajib.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 08:08 AM | Show all posts
Sangat elok untuk dijadikan panduan. Dibawah ini pula adab ketika ingin melepaskan hajat (buang air)

Sebelum masuk tandas dahulukan kaki kira dan ketika keluar dahulukan kaki kanan. Jangan lupa baca ayat masuk tandas dan keluar tandas.

Jika ditempat terbuka carilah tempat yg jauh dari pandangan orang ramai, jangan mengadap kiblat, bukan ditempat orang ramai berkumpul, jangan melepaskan hajat di air yang bertakung dibawah pokok yg berbuah atau dilubang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2008 08:56 AM | Show all posts

Reply #3 melati00's post

betul.. terima kasih, mungkin saya terlepas pandang...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 09:58 AM | Show all posts
tk krn sudi berkongsi....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 10:09 AM | Show all posts
usaha la utk cantikkan amalan kata Dr Fadzillah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-1-2008 10:42 AM | Show all posts

Reply #6 AhmadNasa's post

ye.. sama2 kita berkongsi utk kemantapan iman..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 11:47 AM | Show all posts

Reply #7 j03zul's post

bayar la skit,mana ada free beb.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2008 02:35 PM | Show all posts

Reply #8 AhmadNasa's post

hari jumaat.. banyak pahala kalau buat baik nie... hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 03:04 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum w.b.t.

Bismillahirrahmannirrahmin.
(bagi lelaki)
Sebagai tambahan...
- Masuk tandas tutup kepala.
- Lipat helaian seluar (agar ditinggikan sedikit)

Sebelum buang, bersihkan terlebih dahulu tempat pembuangan tu (supaya najis pengguna tandas sebelum2 ini, tidak terpecik)

Jika boleh, jangan ler kencing berdiri. Lebih "afdhol" kencing duduk. Tak ada lar terpercik-percik pada seluar.

Selepas buang air kecil itu tadi, tekan bahagian bawah/pangkal zakar. Kedudukannya di tengah-tengah sebelum dubur. Tekan dan tarik (drag) hingga ke hujung zakar. Pangkal Zakarlah sebenarnya ramai yg tidak sedar tersimpan sisa-sisa air kencing. Jika tidak percaya, anda boleh lakukannya nanti.

Dah habis membuang sisa najis, basuhlah bahagian-bahagian tu. Kemudian, basuh sekali tandas agar orang selepas anda boleh menggunakan tanpa was-was

wassalam..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 03:10 PM | Show all posts

Reply #9 j03zul's post

InsyaALLAH S.W.T.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2008 03:28 PM | Show all posts

Reply #10 pipi's post

terima kasih.. terlepas pandang saya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 03:55 PM | Show all posts
salams sumer..........

ada jugak orang munggunakan kertas tisu sebagai penyerap air kencing.....
kaedahnya.........selapas buang hajat kecil tuh.....lipatkan kertas tisu dan lekapkan pada bahagian keluarnya air kencing tuh.......lepas tuh cuba berdiri dan duduk sambil berdehem.....anda akan lihat sumer saki baki air kencing telah diserap oleh kertas tisu dan lepas tuh bole ler basuh anggota sulit tuh......tak caya cuba ler.......yg nih applicable utk lakik dan pompuan gak......hehehe selamat mencuba....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2008 04:10 PM | Show all posts

Reply #13 Kerengge's post

ooo.. temi kaceh.. nanti boleh cuba..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 04:10 PM | Show all posts
malu lar nak berdehem.. tapi kena buat jugak..

" Ehem!.." 1x..

" EHEM!.." 2x

" EHEM!.." 3x..

time ni tandas dah kosong, orang lari..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2008 04:12 PM | Show all posts

Reply #15 kroit92's post

hehehehe
aku buat.. tp tak le kuat2..
slow je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2008 04:31 PM | Show all posts
Kalau sesiapa tak tahu lagi tentang adab2 masuk tandas ni eloklah pergi keluar ikut jemaah tabligh. Semasa keluar nanti banyak adab2 yang lain boleh dipelajari spt adab makan, adab tidur, adab bersetubuh, adab mesyuarat dll adab lagi. Ini yang positif ada pada mereka sebab ada proses ta'dib dalam tarbiah mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2008 04:42 PM | Show all posts

Reply #17 Gravedigger's post

ok.. pernah cuba masa sekolah.. mungkin tak amalkan.. jadi lupa tu..
insyallah.. mari kita sama2 usaha sikt..
semoga kita semua dapat manfaatnya nanti..

[ Last edited by  j03zul at 11-1-2008 04:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 03:51 PM | Show all posts
ilmu yg byk org terlepas pandang
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 07:29 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 11-1-2008 04:10 PM
malu lar nak berdehem.. tapi kena buat jugak..

" Ehem!.." 1x..

" EHEM!.." 2x

" EHEM!.." 3x..

time ni tandas dah kosong, orang lari..


Kalau taknak "ehem"..kau batuk aje..lagi kuat pressure nya...lagi bagus...
Takkan batuk dlm public toilet pun kau nak malu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.614123 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list