CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7116|Reply: 29

MACGYVER : HERO LAMA KEMBALI....

[Copy link]
Post time 17-1-2008 07:30 PM | Show all posts |Read mode

Info TV: RTM siar semula drama bersiri klasikOleh Rozdan Mazalan
BAGI memenuhi cita rasa penonton dalam mengimbas kembali nostalgia siri klasik, bermula Januari 2008 setiap Rabu, Khamis dan Jumaat, RTM menyiarkan semula rancangan bersiri popular seperti Mission Impossible, Combat dan Macgyver.

Ia disiarkan mengisi slot baru Best Of Retro di RTM2 bermula jam 12.30 malam.

Ketiga-tiga drama yang popular sekitar tahun 1962 hingga 1992 ini dilihat pengukur kepada mencetus kepuasan dan citarasa penggemar siri klasik hebat Inggeris ini.

Usaha dilakukan pihak RTM dalam mengimbas kembali nostalgia siri klasik ini nyata dianggap imbuhan istimewa kepada khalayak penonton setia siaran RTM di atas sokongan yang diberikan.

Justeru, Mission Impossible, drama bersiri 36 episod ini akan memulakan siaran setiap Rabu, mulai 16 Januari lalu. Antara daya penarik berkaitan siri ini pastinya tumpuan terhadap temanya yang cukup tersohor ciptaan Lalo Schifrin yang cuba ditampilkan sehingga dikenali ramai sekali gus diangkat sebagai ikon muzik tema televisyen.

Siri ini mengisahkan satu kumpulan ejen risikan elit yang yang dilantik kerajaan Amerika Syarikat dalam mencapai misi untuk menghalang kerajaan luar dan pertubuhan jenayah daripada menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Kumpulan ini mengetengahkan kepelbagaian skil mereka menerusi lakonan hebat aktor Barney Collier yang bertindak sebagai dalang penyamaran, Rollin Hand, Cinnamon Carter dan Willy Armitage beraksi mengawal ancaman keselamatan negara.

Sekali pun sebelum ini Steven Hill pernah melakonkan watak Dan Briggs pada musim pertama, namun watak itu berjaya dibawakan Jim Phelps (Peter Graves) pada musim berikutnya. Selain itu ia turut dibarisi aktor Barbara Bain, Martin Landau, Leonard Limoy, Peter Lupus dan ramai lagi.

Siri Combat yang akan disiarkan 32 episod pula menyaksikan babak hebat peperangan yang akan disiarkan setiap Khamis, bermula hari ini.

Penonton bakal dihidangkan dengan kehebatan lakonan Vic Morrow dan Rick Jason sebagai Sarjassn Saunders dan Leftenan Hanley. Drama perang ini bakal menyaksikan keupayaan skuad infantri Amerika bertempur di seluruh Eropah. Malah ia berkait pergolakan watak manusia mempertahankan identiti kemanusiaan ketika berdepan situasi peperangan.
Siri hebat ini dibintangi oleh Piere Jalbert, Jack Hogan, Dick Peabody dan Conlan Carter.

Macgyver pula akan disiarkan setiap Jumaat bermula esok sebanyak 33 episod. Siri drama ini dilakonkan Richard Dean Anderson sebagai adiwiranya. Macgyver berlegar sekitar latar cerita seorang lelaki yang bekerja di Yayasan Pheonix yang berjaya melepasi pelbagai halangan daripada pihak musuh yang sentiasa mengikut gerak-gerinya.

Kehebatannya terserlah kerana kejayaannya mempertahankan diri tanpa berbekalkan sebarang senjata selain alat perkakasan harian yang diciptanya. Turut menerajui siri ini ialah Dana Elcar, John Anderson dan Teri Hatcher.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan tiga drama bersiri siri klasik yang akan disiarkan setiap Rabu, Khamis dan Jumaat jam 12.30 malam di RTM2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2008 07:33 PM | Show all posts
Aku percaya ramai diantara kita yg ingat lagi dgn cerita ni....dari tuk, bapak,mak dgn aku adik beradik jadi peminat setia siri ni.....dan aku rasa belum ada siri tv yg buat macam Macgyver ni....byk menggunakan kaedah fakta sains sebenar dan bkn sekadar fiksyen
Perkataan Macgyver pun aku rasa amat sinonim dikalangan rakyat Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 07:58 PM | Show all posts
Originally posted by matamata at 17-1-2008 07:33 PM
Aku percaya ramai diantara kita yg ingat lagi dgn cerita ni....dari tuk, bapak,mak dgn aku adik beradik jadi peminat setia siri ni.....dan aku rasa belum ada siri tv yg buat macam Macgyver ni.... ...

Richard Dean Anderson hero pojaan hati masa skolah nih..
mmg ternganga la depan tv masa siaran ceta nih...
ceta combat tu sampai la still ingat lagi lagu tema dia..
nostalgic sungguh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2008 08:02 PM | Show all posts

Reply #3 ninoZ's post

Perkataan Combat adalah antara perkataan English yg pertama masuk dalam kepala hotak aku...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 08:14 PM | Show all posts
  tempat jatuh lagi dikenang
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 08:24 PM | Show all posts

yessssssssss

macgyver is back...good lateral thinking ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2008 10:57 AM | Show all posts
Klu boleh, rtm kna siarkan crita yg 80-an yg best2 lain sprt:-

-Knight rider
-The A team
-Air wolf
-the animal
-blue thunder

-gaban z potong dua..........
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 12:30 PM | Show all posts

Reply #7 edmundo's post

bukan animal tapi manimal la... org yg kejap boleh tukar jd burung hantu, kejap rimau kejap musang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2008 01:23 PM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 17-1-2008 07:58 PM

Richard Dean Anderson hero pojaan hati masa skolah nih..
mmg ternganga la depan tv masa siaran ceta nih...
ceta combat tu sampai la still ingat lagi lagu tema dia..
nostalgic sungguh...


sama arrrr   
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 04:21 PM | Show all posts
ada lagi yg aku nak tgk...Quantum Leap, Dirty Dozen mcm citer perang gak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 07:10 PM | Show all posts
cite zaman aku dalam peringkat mumaiyyiz...

memang best cite ni...

sebaris dengan cite Airwolf...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 07:48 PM | Show all posts
maikgaiver nih mmg hero pujaan aku masa skolah....sume dak laki masa tu berangan nk jd mcm dia....ntah apa2 idea yg konon2 kreatif kitorg buat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2008 07:57 PM | Show all posts
Misfits of science korang pernah ygk tak???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2008 07:58 PM | Show all posts
Aku haraaaaappppp sgt la rtm blh tayang awal sket, kalau 1230am....dah naik lebam mata aku
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by matamata at 18-1-2008 07:58 PM
Aku haraaaaappppp sgt la rtm blh tayang awal sket, kalau 1230am....dah naik lebam mata aku


betul tu....lewat sangatlah 12:30...kalau dlm kul 11pm pun dah ok..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 10:32 AM | Show all posts
suka sgt macgyver ni.... last nite mengembalikan nostalgia masa sekolah dulu2... richard dean anderson memang cute.....tp concentration hilang ckit last nite cuz tiba2 my other half called pulak....n bergayut sampai la mcgyver habis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2008 12:49 PM | Show all posts
semalam tgk McGyver..
my son yg darjah 4 tu teruja betul tgk ceta nih..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 01:57 PM | Show all posts

Reply #16 ladydolph's post

Dalam sekali maksud itu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 09:49 PM | Show all posts

Reply #13 matamata's post

misFITS OF SCIENCE ? yesssssssssss i tengok u tengok jugak - Courtney Cox ,kan? ada telepahtihc , ade org electric...yes..
misfits of science

aroung 1986 -1987


lagi satu sapa darjah 3 in 1987 pepagi pukul 11: 00 am kat tv3 lepas cartoon ada citer WHIZZ KID


sapa tengok the gal from tomorrow? alana....1991 masa saya form one
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2008 09:54 PM | Show all posts

Reply #19 mbhcsf's post

Kita sezaman ler.....
ada lagi satu.....title Wizard----org kerdil genius

dah off topic
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.185277 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list