CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5458|Reply: 18

Perlis Darul Apa???

[Copy link]
Post time 4-2-2008 01:26 AM | Show all posts |Read mode
Dulu Perlis Indera Kayangan...dewa dewi tuuu
Pastu..Shahidan kata Perlis Darul Sunnah..banyaklah alasan dia..tapi tak ramai orang terima..
Aku tak pandai..cuma aku  musykil dengan beberapa perkara, antaranya... :
1. Larangan baca Yassin berjemaah dalam masjid
2. Larangan berdoa secara berjemaah
dan pelbagai lagi..Tok Mufti sampai membelakangkan mufti-mufti lain..Mufti Perlis jer yang alim
Zikir Munajat tak boleh dipasang di radio..larangan Mufti..berdosa..bidaah
tapi..lagu rock..dangdut tak pula dilarang...mungkin Mufti jumpa kitab baru..yang ulama dulu dan mufti lain tak jumpa.
Maaf..ana risau..perkara ini adalah petanda perpecahan di kalangan ummat Islam..khususnya di Malaysia.

Ada ijazah berjela..Master dan PHD ..bukan ukuran ketakwaan...tak gitu Tok Mufti ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2008 01:52 AM | Show all posts
aku pun heran jugak yer...

bila mufti kata akedemi fantasia, dangdut inul darastita, konsert merdeka, jom heboh, sure heboh, ....  semua tu TV tak nak ikut, nak tayang jugak....  Siapa ler punya TV tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by Abang_Domoi at 4-2-2008 01:26 AM
Dulu Perlis Indera Kayangan...dewa dewi tuuu
Pastu..Shahidan kata Perlis Darul Sunnah..banyaklah alasan dia..tapi tak ramai orang terima..
Aku tak pandai..cuma aku  musykil dengan beberapa perkara, antaranya.. :
1. Larangan baca Yassin berjemaah dalam masjid
2. Larangan berdoa secara berjemaah
dan pelbagai lagi..Tok Mufti sampai membelakangkan mufti-mufti lain..Mufti Perlis jer yang alim
Zikir Munajat tak boleh dipasang di radio..larangan Mufti..berdosa..bidaah
tapi..lagu rock..dangdut tak pula dilarang...mungkin Mufti jumpa kitab baru..yang ulama dulu dan mufti lain tak jumpa.
Maaf..ana risau..perkara ini adalah petanda perpecahan di kalangan ummat Islam..khususnya di Malaysia.

Ada ijazah berjela..Master dan PHD ..bukan ukuran ketakwaan...tak gitu Tok Mufti ?


Baca quran baca yasin macam baca buku baca kitab jugak, apa tujuan baca buku?  kat sekolah satu buku baca ramai-ramai serentak ke?  apa yang kamu dapat baca macam tu?

Berdoa memohon pada tuhan keperluan dan kehendak memasing individu, kenapa nak pakai imam jugak? lain orang lain masalah, janggal sangat ke nak berdoa sesorang? Tuhan tak terima ke?  Tak boleh ke zikir sesorang tak paya cari ketua cari kahlifah?...

Tolong bagi satu bukti Mufi Perlis menghalalkan lagu rock, dangdut?...  Ketakwaan dia bukan manusia yang mengukurnya...  nampak sangat sakit hati bila orang lain ada Master ada Phd...

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 09:25 AM | Show all posts

Reply #1 Abang_Domoi's post

Macam2 ... Kita yang marhaen nie jugak yang pening ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 09:57 AM | Show all posts

Reply #3 kupia's post

cuba kau tengok nanti budak ni clone ke bukan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 02:33 PM | Show all posts
aku sebagai org perlis sgt malu dengan mufti dan shahidan kasim ni...perlis darul lingkuq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2008 02:35 PM | Show all posts
nak kepastian tanyala org perlis
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 05:34 PM | Show all posts
Letak je lah darul apa pun , tiada bezanya pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2008 08:41 PM | Show all posts
Originally posted by Abang_Domoi at 4-2-2008 01:26 AM
Dulu Perlis Indera Kayangan...dewa dewi tuuu
Pastu..Shahidan kata Perlis Darul Sunnah..banyaklah alasan dia..tapi tak ramai orang terima..
Aku tak pandai..cuma aku  musykil dengan beberapa perk ...


Perlis dah tukaq jadi Darul Sunnah sebab depa dah laksanakan hukum2 Islam sepenuhnya iaitu dengan tiada lagi baca qunut di masjid2, tiada tahlil2, tiada berdoa berjemaah, tiada talqin dan kubur2 pun dah diratakan kecuali makam Di Raja Arau yang tiap tahun makin bertambah-tambah cantik pulak dibina ( ini mufti tak kacau sebab nanti terganggu pulak periuk nasi nanti )

Hidup Shahidan Kassim! Pembela As-Sunnah sejati!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2008 11:47 PM | Show all posts
Baca quran baca yasin macam baca buku baca kitab jugak, apa tujuan baca buku?  kat sekolah satu buku baca ramai-ramai serentak ke?  apa yang kamu dapat baca macam tu?

Berdoa memohon pada tuhan keperluan dan kehendak memasing individu, kenapa nak pakai imam jugak? lain orang lain masalah, janggal sangat ke nak berdoa sesorang? Tuhan tak terima ke?  Tak boleh ke zikir sesorang tak paya cari ketua cari kahlifah?...


Tolong bagi satu bukti Mufi Perlis menghalalkan lagu rock, dangdut?...  Ketakwaan dia bukan manusia yang mengukurnya...  nampak sangat sakit hati bila orang lain ada Master ada Phd...


KEPADA PENULIS DI ATAS SILA FAHAM ELOK-ELOK  :

Lantaran terlalu ghairah membela Mufti Perlis atau anda memang wahbi sealiran dengan nya..maka anda menulis demikian. Kebodohan anda ialah apabila anda menggunakan jawapan Dr Asri seperti yang anda tulis. Saya tahu kata-kata itu adalah kata-kata Dr Asri.

Kebodohan pertama anda ialah menyamakan membaca Yassin seperti membaca buku bacaan biasa. Tidak semua amalan agama boleh dinilai dengan logik akal. Membaca kalam mullah adalah sama seperti amalan zikir ya'ni mengingati Allah SWT. Mengingati Allah SWT dalam kelompok jemaah yang lebih besar adalah lebih utama dari kelompok jemaah yang kecil. Membaca buku bacaan tidak mengaitkan hati kita dengan Allah berbanding membaca Yassin.  Membaca Yassin dengan tawajjuh, sebaliknya membaca buku biasa tidak. Justeru, sama kah membaca buku biasa dan membaca Yassin.  

Berdoa perlu dalam ke dua-dua keadaan. Berdoa untuk kesejahteraan ummat sejagat, rahmat seluruh alam misalnya...adalah lebih baik didoakan secara berjemaah kerana niat kita adalah sama. lainlah kalau doa kita itu adalah khusus dengan permasalahan atau keperluan peribadi kita. Kebodohan anda dan Dr Asri ialah apabila menolak terus doa berjemaah pada hal ini adalah amalan para nabi dan salafus soleh zaman berzaman.

Perkara yang ke tiga..adalah kebodohan anda dalam memahami petikan yang saya tulis. Saya hanya menyebut Dr Asri melarang alunan zikir munajat melalui tegahan rasmi. Sila rujuk arahan-arahan yang pernah dikeluarkan beliau. Kenapa perkara ini dilarang secara rasmi padahal hiburan yang mengasyikkan tidak pula ditegah secara rasmi.

Fahaman DR Asri, anda dan yang sealiran dengan anda akan menghilangkan penghayatan terhadap amalan Islam yang mulia. Sedikit demi sedikit penghayatan terhadap amalan agama terhakis kerana kebanggaan dan kemegahan bahawa ilmu Islam Dr Asri telah terlalu sempurna. Saya tidak sakit hati kerana master dan PHD...kerana saya sendiri memilikinya...dan Tuhan pun tak akan tanya..

Cuma saya nampak Perlis di bawah DR Asri akan menjadi pelupur kepada perpecahan ummat di Malaysia ini.


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 12:46 AM | Show all posts
Originally posted by Abang_Domoi at 4-2-2008 11:47 PM
KEPADA PENULIS DI ATAS SILA FAHAM ELOK-ELOK  :

Lantaran terlalu ghairah membela Mufti Perlisatau anda memang wahbi sealiran dengan nya..maka anda menulis demikian.Kebodohan anda ialah apabila anda menggunakan jawapan Dr Asri sepertiyang anda tulis. Saya tahu kata-kata itu adalah kata-kata Dr Asri.


Dr. Asri lebih dari mampu membela dirinya sendiri tanpa perlu pembelaan dari sesiapa.  Apakah kecaman dan celaan anda terhadap sesuatu kelompok tak boleh di jawab tak boleh disanggah, dibiarkan sewenang-wenagnya? Mengapa mesti saya gunakan kata2 Dr. Asri untuk menulis di sini, saya tidak pandai berkata-kata? Sila buktikan tuduhan ini dalam mana-mana tulisan Dr. Asri.

Kebodohan pertama anda ialah menyamakanmembaca Yassin seperti membaca buku bacaan biasa. Tidak semua amalanagama boleh dinilai dengan logik akal. Membaca kalam mullah adalah samaseperti amalan zikir ya'ni mengingati Allah SWT. Mengingati Allah SWTdalam kelompok jemaah yang lebih besar adalah lebih utama dari kelompokjemaah yang kecil. Membaca buku bacaan tidak mengaitkan hati kitadengan Allah berbanding membaca Yassin.  Membaca Yassin dengantawajjuh, sebaliknya membaca buku biasa tidak. Justeru, sama kahmembaca buku biasa dan membaca Yassin. {/quote]

Apa bezanya konsep membaca buku (kitab) dengan membaca Al-Quran?  Dalam keadaan macam mana membaca tidak boleh mengaitkan hati kita dengan Allah.  Mana yang lebih utama untuk mengingat Allah dengan suasana tenang dan tenteram bersendirian tidak meninggikan suara berbanding suasana hingar bingar dengan membaca satu surah secara beramai-ramai yang tidak boleh dikawal keseragaman bacaannya?  Keadaan yang mana yang lebih mengganggu tumpuan perhatian?  Apakah anda sangka ini hanya berpandu logik akal tidak ada keterangan dari syariat?

[quote]Berdoa perlu dalam ke dua-dua keadaan. Berdoauntuk kesejahteraan ummat sejagat, rahmat seluruh alammisalnya...adalah lebih baik didoakan secara berjemaah kerana niat kitaadalah sama. lainlah kalau doa kita itu adalah khusus denganpermasalahan atau keperluan peribadi kita. Kebodohan anda dan Dr Asriialah apabila menolak terus doa berjemaah pada hal ini adalah amalanpara nabi dan salafus soleh zaman berzaman.


Buktikan dalil2 berdo'a secara jemaah dengan diketuai oleh imam ada dilakukan zaman salafus soleh (Bukan dalam keadaan sekali sekala semasa Imam ingin mengajar jemaah intipati dan cara berdoa).

Perkara yang ke tiga..adalah kebodohan andadalam memahami petikan yang saya tulis. Saya hanya menyebut Dr Asrimelarang alunan zikir munajat melalui tegahan rasmi. Sila rujukarahan-arahan yang pernah dikeluarkan beliau. Kenapa perkara inidilarang secara rasmi padahal hiburan yang mengasyikkan tidak puladitegah secara rasmi.


Zikir adalah perkara ibadat, sementara hiburan asyik adalah atas urusan kemungkaran hampir kepada maksiat.  Apakah tak boleh dibezakan kedua itu? Saya tidak tertakluk kepada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh negeri Perlis.

Fahaman DR Asri, anda dan yang sealiran dengananda akan menghilangkan penghayatan terhadap amalan Islam yang mulia.Sedikit demi sedikit penghayatan terhadap amalan agama terhakis keranakebanggaan dan kemegahan bahawa ilmu Islam Dr Asri telah terlalusempurna. Saya tidak sakit hati kerana master dan PHD...kerana sayasendiri memilikinya...dan Tuhan pun tak akan tanya..

Cuma saya nampak Perlis di bawah DR Asri akan menjadi pelupur kepada perpecahan ummat di Malaysia ini.


Penghayatan dan amalan Islam yang mulia yang mana yang anda maksud? zikir berjemaah dengan menggunakan khalifah? atau yang lain? Sekiranya benar anda memiliki Master dan Phd kami tidak pernah mempertikaikan malah boleh sama merasa bangga.

Perpecahan berlaku dimana mana dalam dunia ini, apakah Dr. Asri bertanggung jawab atas semua perpecahan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 07:39 PM | Show all posts

Reply #10 Abang_Domoi's post

HUJAH MENARIK TP JGN LER BODOH KAN SESAPA !!!
WALAU KITORANG TAKDE PHD/MASTER MCM KO...
SEBAB TUHAN PUN TAKKAN TANYA..........
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 07:45 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 5-2-2008 12:46 AM


Dr. Asri lebih dari mampu membela dirinya sendiri tanpa perlu pembelaan dari sesiapa.  Apakah kecaman dan celaan anda terhadap sesuatu kelompok tak boleh di jawab tak boleh disanggah, dibiar ...

ingat kat Tuhan pong WAHABI mujassim gelar maksiat... aih plik betul pentaksub WAHABI nih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 02:05 AM | Show all posts
Nama tiada membawa apa-apa makna pada allah , allah tak heran pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 07:53 AM | Show all posts
mufti perlis nih kurang hikmah. pasal tu orang rasa nak marah. orang melayu amat perasa. kalau nak educate & tegur ada byk kaedah & pendekatan. mufti perlis mungkin kena khatam buku2 akademik berkaitan Situational Leadership di samping membaca kitab-kitab hadisnya.

my 2 cents.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 07:58 AM | Show all posts
hmmm... bes jek lepak sini.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2008 01:12 PM | Show all posts
mmg best In n kelakar tgh umat silam bertelagah sesama sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 01:33 PM | Show all posts
kenapa yer bile ader yang menegur mesti nak melenting..kenapa kite sendiri tak cube kaji dan semak.. bukan dari seorang tok guru sahaja...sedangkan mazhab pun ader 4...

adat,adab,sunnah,kebiasaan,sunnah,alquran.

mengislamkan melayu atau melayukan islam. hmmmmm

disebabkan teguran atas adat dan kebiasaan maka terjadi pulak tuduhan yang berlarutan...

masih memegang "biar mati anak, jgn mati adat"

belajar dengan sorang guru "kena gini gitu, bile guru lain kena gitu gini...." bile pi guru lain alamak dah lain pulak die ngaja nih ajaran sesat ke?"

henpon pun sentiasa ader upgrade...tak di takok lama...oleh itu jgn le sekat ilmu kite...asas nye pegang la pada sunnah dan quran.. jgn le duk taksubkan sgt dengan guru2 nih

hukuman dijatuhkan tanpa membuat penyisatan lanjut...hmmmm mazhab membuat penfsiran alquran berdasarkan quran dan sunnah masih lagi terdapat 4 pembahagian mengikut pemahaman.

ilmu allah itu kalo kita ambil tujuh lautan untuk tulis pun tak mencukupi...oleh itu terus la belajar dan belajar...buat kajian mana yang boleh....dan jgn butakan hati walaupun jadi semakin rabun sebab byk sgt membaca...

satu ilmu kite dapat hari nih.. rupanya jutaan lagi yang kita tak tau

[ Last edited by  zacko_inc at 6-2-2008 01:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 6-2-2008 02:05 AM
Nama tiada membawa apa-apa makna pada allah , allah tak heran pun

cube cek balik kalo kate nama takder makna...
sedangkan nama nabi muhammad pun di asaskan sama ada ahmad ataupun muhammad
nama jugak boleh jadi doa..
nama jugak boleh jadi penyelamat ketika di padang mahsyarr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.068730 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list