View: 3629|Reply: 8
|
Mengenali Penyakit Dalam Diri Kita
[Copy link]
|
|
Assalammualaikum,
Nak tanya pakar perubatan di board ini. Betul ker maklumat email yang saya terima ini (seperti dibawah). Sekiranya betul, bolehlah kita sebarkan pada yang lain, kalau salah bolehlah ianya menjadi maklumat penapisan kepada kita.
Terima kasih atas maklumabals yang diberikan. SYUKRAN....
======================================================================================================
MATA. Bertindak balas dengan keadaan hati .
Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
---- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
HIDUNG. Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
Selsema
a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu
a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk
a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Biasanyakahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
sambung..... |
|
|
|
|
|
|
|
....sambung
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
KERONGKONG
Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah .
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanyatapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu
hilang setelah berjalan-jalan.
----------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
KULIT
Peluh
- Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
- Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
-sambung..... |
|
|
|
|
|
|
|
.....sambung
----------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit
i) Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk ( Hong Kong Foot).
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
- Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
- Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:
- Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
- Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman
sambung..... |
|
|
|
|
|
|
|
..... sambung
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/ Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembilit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:
- Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
1. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.
4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/ Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sako_72 at 21-2-2008 10:22 AM
..... sambung
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pingg ...
ini info fungsi tindak balas apa bila kita makan sesuatu herba tu..........bila berlaku tindak balas mcm tu barulah kita tahu aper masalah dalaman kita. Bila di baca mcm sebiji buku GANOTHERPY RG dan GL (DXN) ni
leh baca kat sini....
http://www.infocantik.portalniaga.com/?p=productsList&iCategory=25&sName=-RG-dan-GL-DXN-(GANOTHERAPY) |
|
|
|
|
|
|
|
some are true...some are unheard of in medical textbooks.... |
|
|
|
|
|
|
|
err..but
Yang disenaraikan tu lebih kepada SYMPTOMS not diseases..ini kena beza. lagi satu mmg ada list yg agak "absurd" especially tang urine and tindak balas dalaman badan. List ini terlalu ringkas tetpi kena tengok jugak hasil pemeriksaan dan investigation. ( Sila rujuk pada doktor anda lebih baik) |
|
|
|
|
|
|
|
try guna dcl product
Kaedah 5P adalah gabungan 5 jenis produk untuk tujuan;
PENCUCIAN - usus
Inte-Cleanse sangat berkesan untuk mencuci usus / kolon, sekaligus membantu melancarkan pembuangan najis. Hasilnya usus akan bersih daripada kotoran lama. Ini akan menambahkan kesan penyerapan zat-zat makanan dan vitamin di lumen usus. Kesan laxative ini juga membantu mengeluarkan toksid daripada tubuh seterusnya akan mengimbangkab tekanan darah. Juga boleh digunakan untuk tujuan pelangsingan, menurunkan stress, mengatasi masalah metabolisme rendah & paras hormon rendah.
PEMBAKARAN - kolestrol dalam darah
RY ILEX sangat berkesan membakar lemak dan kolestrol dalam darah, melembut saluran darah, membersih dan melancarkan perjalanan darah. Juga berkesan membantu merawat darah tinggi (dengan gejala tegang urat leher / Carotid arterys hardening) dan masalah jantung.
PEMBINAAN - sistem imunisasi tubuh
Amazing menyumbang kepada pembinaan kesihatan yang baik. Mampu memberi tenaga segera, stamina dan daya fikir. Kombinasi madu dan herba-herba terpilih sangat berkesan menyembuh luka-luka dalam badan dan luka pembedahan serta mampu dengan berkesan memulihkan fungsi sistem peranakan. Adunan ekstrak buah tin, zaitun dan kismis yang kaya dengan zat besi semulajadi amat baik untuk kuatkan struktur darah. Penting bagi mereka yang menghadapi masalah penyakit darah. Sangat baik untuk diamalkan oleh penghidap arthritis, sendi, lemah tenaga batin, jantung berlubang, saraf dan lumpuh.
PENYINGKIRAN - toksid (dibongkarkan)
Segala toksid yang dibersihkan oleh Inte-Cleanse, ry ILEX dan jus Madu Klasik dan sisa-sisa metabolisma hasil tindak balas di dalam tubuh perlu disingkirkan melalui sistem perkumuhan yang sempurna.
AIR PI POWER yang kaya dengan oksigen adalah amat berkesan membantu proses penyingkiran asid urik, fosfat dan keracunan makanan. Bahkan PI POWER juga membantu proses metabolisma dan sekaligus menstabilkan sistem badan.
PEMBETULAN CNS- otak
Setiap manusia adalah doktor yang terbaik terhadap dirinya. Namun disebabkan pencemaran air, makanan udara dan terapi dadah serta penggunaan bahan awet dan pewarna makanan menyebabkan fungsi otak sebagai pusat kawalaturan saraf (CNS) terjejas dan tidak dapat mengenalpasti punca sebenar penyakit seterusnya menurunkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. e~brain atau d~brain yang diperkayakan dengan Kaliphos dapat membantu meningkatkan fungsi CNS.
3.
Soalan
:
Kenapa perlu mengguna makanan mewah semulajadi DCL "dengan kaedah set asas lengkap 5P"
Jawapan
:
4 Sebab kenapa seseorang itu perlu menggunakan kaedah 5P untuk membina kecantikan dan kesihatan serta merawat penyakit.
* Mengoptimumkan penjanaan kesihatan dan kecantikan
* Mengoptimumkan rawatan penyakit
* Mengoptimumkan kesan penggunaan lain-lain produk kesihatan dan kecantikan serta ubatan yang diambil
* Mengurangkan kesan "Healing Crisis" (Kesan Pemulihan)
4.
Soalan
:
Apakah penyakit yang mampu ditangani oleh kaedah perawatan set asas 5P?
Jawapan
:
Antara penyakit-penyakit yang mampu ditangani secara berkesan oleh set asas 5P adalah;
1. Sembelit
2. Resdung
3. Alahan
4. Gout
5. Penyakit Darah
* Leukimia
* Anemia
* B-thalesemia
6. Darah Tinggi
7. Darah Rendah
8. Ulser Gaster
9. Pembengkakan Kelenjar Tiroid
10. Sawan Tarik
11. Tenaga Seks
12. Demam Kuning
13. Luka-luka dalam perut
14. Sakit Sendi
15. Sakit Pinggang
16. Lemah Anggota Badan
17. Sistem Pernafasan
18. Kencing Tak Tos
19. Batu Karang
20. Lebihan Kolestrol
21. Buasir
5.
Soalan
:
Apakah kesan kecantikan yang diperolehi dari penggunaan kaedah 5P;
Jawapan
:
Antara kesan kecantikan yang diperolehi dari penggunaan set asas kaedah 5P adalah;
* Membantu supaya tercapai tindakan membina sel-sel awet muda
* Membantu menurun dan mengawal berat badan
* Menghasilkan lapisan kulit yang halus dan lembut
6.
Soalan
:
Berapa lama sesorang itu harus mengambil produk set asas 5P?
Jawapan
:
Semua 5 rangkaian produk 5P tersebut wajar diambil secara berterusan walaupun sudah bebas dari penyakit bagi tujuan menjana kesihatan.
7.
Soalan
:
Bilakah masanya boleh diambil produk unjuran yang lain selepas pengambilan set asas 5P?
Jawapan
:
Produk unjuran yang lain seperti Nu~age, d~bless dan lain-lain sebaik-baiknya diambil pada hari kelapan, kerana penyerapan akan lebih sempurna selepas seminggu proses pengambilan set asas 5P
8.
Soalan
:
Adakah set asas lengkap 5P sesuai untuk semua masalah kecantikan dan kesihatan?
Jawapan
:
Set asas lengkap 5P boleh diambil bagi semua masalah kesihatan dan kecantikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 mydnavechee's post
adakah produk yg ditawarkan halal??
halal bermula dari mula pembuatannya??halal kandungannya, dan halal dari segi harganya??
saya sebagai umat ISLAM, percaya, manusia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, ROH(spritual) dan fizikal...
salah satu sifat roh adalah, boleh mengenalpasti makanan yg dimakan adalah halal ataupun tidak...
bukan akau nk pertikaikan produk saudara, tp, saudara sendiri pon phm situasi pemakanan di negara kita kan..logo halal dipermain, kerajaan xambil serius...
so, saudara bole nafikan persoalan saya diatas dengan memberi kenyataan dan bukti bahawa produk yg saudara promosikan halal dari mula pembuatannya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|