CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29765|Reply: 155

Falsafah Israk Mikraj: Memanusiakan Manusia...

[Copy link]
Post time 22-2-2008 10:37 PM | Show all posts |Read mode
Nas israk mikraj.

Israk adalah peristiwa perjalanan Nabi s.a.w bermula dari masjid al-haram dikota Mekah menuju ke Baitil Makdis. Manakala mikraj pula adalah peristiwa naiknya Nabi s.a.w dari bumi menuju kelangit sehingga sampai kesidhratul muntaha untuk bertemu dengan Allah Taala. Semua peristiwa itu hanya berlaku dalam tempoh satu malam sahaja. Beriman dengan kebenaran peristiwa israk mikraj adalah satu kewajipan kepada seluruh umat Islam. Nas berkaitan dengan berlakunya peristiwa ini disebut didalam al-Quran samaada secara jelas ataupun secara isyarat. Al-Quran menyebut secara jelas berkaitan peristiwa israk. Firman Allah Taala; "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada satu malam dari Masjid al-haram ke Masjid al-Aqsa yang kami telah berkati sekelilingnya agar kami perlihat kepadanya sebahagian dari ayatina (perancangan kami) sesungguhnya Dia (Allah) maha mendengar lagi maha mengetahui".( al-Israk: 1). Manakala nas al-Quran yang menjelaskan mengenai peristiwa mikraj pula disebut secara isyarat sahaja; Firman Allah Taala; "Dan sesungguhnya dia (Muhamad) telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu lain. Iaitu ketika disidratul muntaha (ketika Nabi dimikrajkan). Ketika disidratul muntaha ia diselaputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatan (Muhamad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak pula melampaui. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda kekuasaan tuhannya yang paling besar." ( al-Najm : 13-18)


Sekilas pandang.

Peristiwa israk mikraj adalah diantara peristiwa besar dan sangat penting yang berlaku didalam sejarah gerakan dakwah Islamiyah. Dimulai dengan peristiwa dibangkitkan Muhamad sebagai Rasulullah untuk membawa risalah yang bermatlamatkan " mengembalikan kekuasaan ketuhanan kepada Allah Taala secara mutlak dan memanusiakan manusia". Dalam menggerakkan usaha dakwah tersebut Rasulullah mendapat tentangan dari sebahagian besar penduduk Mekah. Diriwayatkan hanya 80 orang sahaja yang beriman dengan usaha dakwah itu sepanjang 10 tahun. sebelas tahun kemudiannya berlaku peristiwa israk mikraj yang mengempar penduduk Mekah dan mengoncangkan keimanan sebahagian kecil orang Islam disebabkan peristiwa itu menyalahi kemampuan pemikiran dan pencapaian kemajuan manusia pada zaman tersebut. Pada zaman itu perjalanan dari kota Mekah menuju ke kota Baitil makdis memakan masa sebulan pergi dan sebulan kembali, sedangkan Nabi bertolak selepas waktu isyak dan kembali semula sebelum subuh. Dan setahun 6 bulan selepas itu baginda s.a.w telah diizin oleh Allah Taala untuk berhijrah ke Madinah al-munawarah sebagai proses awal pelaksanaan syariat Islam yang sebelum ini hanya berbentuk kenyataan sahaja tanpa arahan pelaksanaan.

Apabila kita meneliti secara teliti urutan ketiga-tiga peristiwa tersebut, kita akan dapati sebenarnya ketiga-tiga peristiwa itu ada hubungkait kesinambungan dan kesempurnaan antara satu
sama lain. Mengapa selepas 10 tahun kebangkitan Muhamad sebagai Rasulullah baru berlakunya peristiwa israk mikraj? Kenapa tidak sebelumnya? Kenapa setahun 6 bulan (2)selepas berlakunya peristiwa israk mikraj Nabi diizin untuk berhijrah ke Madinah sebagai melaksanakan arahan syariat Islam? Mengapa tidak sebelumnya.? Mengapa tidak diarahkan kepada Nabi supaya berhijrah ke madinah ketika mula masyarakat mekah tidak menerima ajaran Nabi? Mengapa perlu ditunggu selepas peristiwa israk mikraj?

Cuba kita perhatikan dengan pemikiran yang sedar kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada junjungan besar kita sebelum beliau dibangkitkan menjadi Rasulullah. Ketika itu baginda s.a.w merupakan peribadi yang sangat dipercayai dan disanjung tinggi sehinggakan beliau digelar sebagai al-Amin iaitu gelaran yang amat mulia dalam masyarakat Mekah ketika itu.Ini dapat disaksikan dengan beberapa peristiwa, antaranya baginda s.a.w telah diberi kepercayaan yang penuh untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku dikalangan kabilah-kabilah di Mekah berkaitan siapa yang layak untuk meletak hajar al-aswad pada tempatnya. Abu sufyan ketika ditanya oleh maharaja Rom mengenai peribadi Muhamad s.a.w, beliau menjawap; baginda terkenal dikalangan kami sebagai seorang yang sangat dipercayai, baik tingkah lakunya, masyarakat suka untuk berbisan dengan keluarganya, kemudian beliau telah datang membawa ajaran baru yang mengajak kami menyembah hanya kepada yang esa, melarang kami berlaku zina, menyeru kami supaya melakukan perkara yang baikdan meninggalkan perkara yang mungkar . Aku tidak melihat sebarang cacat cela pada ajaran yang beliau bawa. Ini dia penyaksian yang menunjukan kedudukan Muhamad s.a.w sebelum baginda dibangkitkan menjadi Rasul. Sebaliknya, selepas baginda dibangkit menjadi Rasul untuk membawa risalah Allah yang bermatlamatkan " mengembalikan kekuasaan ketuhanan kepada Allah Taala secara mutlak dan memanusiakan manusia" mereka yang dahulunya menyanjungi dan menghormati baginda mula menunjukkan penentangan dan mencela tindakan baginda. Tekanan demi tekanan yang amat berat dikenakan(3) kepada baginda s.a.w dan para pengikutnya. Bahkan kaum kerabat baginda yang melindungi baginda turut ditekan. Nabi s.a.w, pengikut dan kaum kerabatnya pernah dipulau selama dua tahun lima bulan. Mereka tidak boleh berurus niaga dengan masyarakat luar. Sehingga diceritakan bahawa Nabi dan para pengikutnya hanya memakan daun-daun kayu sahaja disebabkan ketiadan makanan. Berbagai cara dan helah yang dilakukan oleh golongan musyrik untuk menyekat perkembangan dakwah Islam. Pernah bapa saudaranya yang sentiasa melindungi baginda dari ancaman pihak musyrik diugut supaya menghalang pergerakan baginda. Tetapi semua itu tidak melemahkan semangat baginda untuk terus berdakwah sehinggakan baginda telah menegaskan kepada bapa saudaranya "Demi Allah, sekiranya diletakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku untuk aku hentikan gerakan dakwah ini, nascaya aku tidak akan hentikan sehinggalah ditentukan oleh Allah Taala samada diberi kemenangan atau dimatikan aku."

Sepanjang 10 tahun baginda menjalankan gerakan dakwah hanya sekitar lebih kurang 80 orang sahaja yang beriman kepadanya, selebihnya menentang dan mencaci baginda. Walaupun begitu, itu semua tidak melemahkan semangat baginda untuk terus berdakwah bah semangat baginda semakin berkobar-kobar untuk meneruskan tanggungjawap risalah ini. Rahsianya adalah kerana disana ada pihak yang terus meniupkan semangat kepada baginda untuk terus berjuang iaitu saidatina khadijah yang terus menerus meniup semangat dan sedia berkongsi kesulitan dan kesenangan bersama baginda, tempat baginda meluahkan rasa sedih dan duka, dan disamping ada pihak yang sentiasa melindungi baginda dari ancaman bunuh pihak musyrik iaitu Abu Talib yang sentiasa melindungi beliau. Ketika hayat Abu Talib tidak ada seorangpun dari penduduk Mekah yang berani mengancam untuk membunuh Nabi supaya cahaya Islam terus padam dengan wafatnya pembawanya(4). Inilah sunnah kehidupan, sokongan dan perlindungan merupakan motivasi terkuat dalam meneruskan dan menjayakan sesuatu perancangan. Betapa berat dan pahit sekalipun tekanan dan bebanan yang perlu dipikul untuk menjayakan sesuatu perancangan, jika disana terdapat perlindungan dan sokongan yang padu, semua itu akan menjadi ringan dan mudah. Inilah asbab yang telah Allah Taala takninkan dalam perjalanan dunia dan seisinya untuk sampai kepada musabbab. Firman Allah Taala " sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan dimuka bumi dan kami telah memberi kepadanya asbab (jalan) untuk mencapai segala sesuatu. Dan diapun mengikut sebab tersebut". (al-Kahfi 84-85)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2008 10:38 PM | Show all posts
Sekalipun kemampuan Allah Taala mengatasi segalanya. Allah Taala mampu untuk memberi kemenangan mudah kepada kekasihnya dalam usaha gerakan dakwahnya tanpa menghadapi sebarang kesulitan dan pertumpahan darah. Sekalipun Nabi s.a.w mempunyai doa yang mustajab(5) yang mana Nabi boleh terus berdoa kepada Allah taala supaya menghapuskan golongan yang menentangnya dan dibangkitkan kelompok yang lain yang beriman kepada Allah. Tetapi itu tidak dilakukan, supaya ia menjadi qudwah kepada generasi gerakan Islam selepas kewafatan baginda, bahawa sunnah dunia selamanya bergantung dan akan terus berpegang dengan sebab untuk sampai kepada musabbab. Selagimana masih wujud sebab untuk sampai kepada musabbab selagi itulah kita diminta untuk mengambil sebab semaksimum mungkin. Ini qudwah yang ditunjukan oleh baginda s.a.w. . Tetapi apabila sebab tersekat atau musnah sama sekali dengan Allah Taala telah wafatkan pendorong kuat beliau iaitu khadijah dan sebulan lima hari selepas itu dalam tahun yang sama juga Allah Taala matikan pelindung baginda selama ini iaitu Abu Talib. Ketika itu kedua-dua sebab yang menggerakkan baginda untuk sampai kepada musabbab telah terhalang. Tekanan yang baginda hadapi semakin berat dan sulit sehingga diriwayatkan ketika baginda cuba untuk menyampaikan dakwah di Taif setelah berputus asa dengan sambutan yang diberi oleh penduduk Mekah, baginda bukan disambut dengan hamparan permaidani merah, paluan kompang dan taburan bunga manggar tetapi baginda disambut dengan cacian, lontaran batu dan najis sehingga mengalir darah sehingga ke buku lali. Terlalu berat bebanan dan tekanan dakwah yang baginda perlu pikul, tiada lagi manusia yang mampu melindungi baginda untuk menghalang ancaman tersebut dan tiada lagi insan yang sentiasa meniup kata semangat ketika berada dalam kesulitan dan kesedihan, seolah-olah jalan dakwah telah tersekat dan seolah-olah dunia ini terlalu sempit jadinya. Jadi kepada siapa lagi ingin diadukan kesulitan ini, kepada siapa lagi ingin digantungkan harapan ini dan kepada siapa yang ingin diminta bantuan? Dari hati yang terlalu sedih kerana jalan untuk menyampaikan risalah tersekat tercetus munajat yang menyayatkan hati pendengarnya oleh baginda s.a.w ; "Ya Allah kepadaMu lah aku mengadu betapa lemahnya kemampuan aku, sedikitnya helahku, ya Arhama rahimin. Engkaulah pemelihara mereka yang lemah dan hanya engkaulah penjagaku, kepada siapa lagi Engkau nak serahkan aku, adakah kepada mereka yang jauh yang sentiasa memusuhiku atau kepada musuh yang menguasaiku . Jika Engkau tidak membenci kepadaku, Aku tidak peduli, tetapi kasih sayangMu amat luas kepada ku. Aku berlindung dengan cahaya wajahMu yang menerangi kegelapan dan memperbaiki segala urusan dunia dan akhirat daripada dikenakan kepada kemurkaanmu. Engkau layak mencela aku sehingga Engkau ridha kepadaku Dan tidak ada kemampuan untuk menjauhi kejahatan dan tidak ada kekuatan untuk melakukan kebaikan melainkan kekuatanMu sahaja" Munajat yang menyayatkan penduduk langit, sehingga malaikat Jibrail turun menyampaikan salam Allah Taala kepada baginda dan memberi tahu kepada baginda bahawa Allah Taala telah mewakilkan kepada aku untuk aku musnahkan mereka yang menyakiti kekasihnya. Rasulullah dengan penuh harapan menjawap; "Aku berharap mudahan dari tulang sulbi mereka itu akan lahir golongan yang beriman kepada Allah Taala." Inilah harapan Rasul yang membawa rahmat keseluruh alam.

Kesedihan baginda bukan kerana kematian bapa saudaranya yang sentiasa melindungi baginda dan isteri baginda yang sentiasa meniup kata semangat kepada baginda, tetapi baginda bersedih adalah kerana seolah-olah jalan untuk meneruskan usaha dakwah dan menyampaikan risalah tersekat disebabkan kematian keduanya itu .Kalau dulu ketika bapa saudaranya masih hidup usaha dakwah dapat dijalankan sekalipun mendapat tentangan dari golongan musyrikin tetapi apabila ketiadaan bapa saudara bukan sahaja tentangan yang menghalangi beliau tetapi cubaan untuk membunuh baginda turut sama menyusul. Betapa sedihnya baginda sehinggakan tahun itu disebut sebagai "tahun kesedihan dan kedukaan".

Inilah kemuncak harapan dan kemampuan manusia dan inilah juga merupakan kemuncak terbukanya pintu kemenangan kepada gerakan Islam, apabila seorang manusia berusaha sedaya upaya melaksanakan tanggungjawap risalah(6) , segala sebab telah digunakan semaksimun mungkin dan apabila pergantungan sepenuhnya hanya kepada Allah Taala, inilah kemuncak tercapainya kemenangan. Sebagai jawapan kepada munajat tersebut bahawa sekalipun sebab telah musnah dan terhalang tetapi pencipta sebab dan musabbab tetap kekal selamanya, sekalipun kamu merasai seolah-olah bumi ini terlalu sempit disebab tiada yang ingin menerima dakwahmu tetapi penghuni langit sedia menerimamu, nabi dan rasul yang terdahulu sedia mengikut risalah mu,(7) janganlah kamu bersedih dan berdukacita . Oleh itu, Allah Taala telah meisrak mikrajkan Nabi s.a.w untuk meringankan bebanan kesedihan dan untuk menghiburkan baginda serta untuk mengembalikan semangat dan keyakinan baginda dalam meneruskan usaha dakwah dengan memperlihatkan kepada baginda segala perancangan Allah supaya kesedihan dan kedukaan baginda disebabkan tersekatnya jalan untuk menyampaikan tanggungjawap risalah terubat dan segala usaha yang telah dicurahkan oleh Nabi s.a.w, semua berada dibawah perancangan Allah. Baginda akan mencapai kemenangan dan matlamat dakwahnya akan terlaksana.

Perkara ini djelaskan oleh Allah Taala; Sesungguhnya kami mengetahui bahawa apa yang mereka lakukan kepada kamu itu menyedihkan hatimu. Janganlah kamu bersedih hati kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu akan tetapi orang yang zalim yang mengingkari ayat-ayat Allah. Dan sesungguhnya telah ddustakan rasul-rasul sbelum kamu akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan tersebut dan penganiayaan terhadap mereka, sampai datang pertolongan kami kepada mereka. Tidak ada seorangpun yang mampu merubah janji-janji Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu berita mengenai rasul-rasul itu. Dan jika kamu merasa berat disebabkan mereka berpaling (dari dakwahmu) maka jika kamu dapat membuat lubang dibumi atau tangga ke langit lalu kamu dapat mendatangkan mukjizat kepada mereka maka buatlah. Dan kalau Allah menghendaki tentu sahaja Allah menjadikan mereka semua dalam pertunjuk. Sebab itu jangan ssekali kamu termasuk dikalangan mereka yang jahil.( al-An'am : 33-35)


MATLAMAT ISRAK MIKRAJ.

Sebenarnya terdapat dua perkara utama yang menjadi sebab mengapa Nabi s.a.w diisrak mikrajkan oleh Allah Taala.

1- Untuk menghiburkan baginda s.a.w serta meniupkan kembali semangat baginda dalam meneruskan usaha dakwah Islamiyah sekalipun pelindung dan penyokong baginda telah terhalang dan musnah yang menyebabkan jalan untuk meneruskan usaha dakwah tersekat, dengan ditunjukkan kepada baginda perancangan Allah Taala berkaitan dengan kejayaan yang baginda akan capai(8) . Manusia tetap manusia, sebagai sifatnya manusia, perasaan sedih dan duka cita diatas layanan buruk yang diberikan oleh kaumnya kepada baginda tidak dapat dielakkan dari berlaku kepada baginda. Kesedihan baginda disebab usaha dakwah tersekat menguasai pemikiran baginda. Jadi sebagai untuk meringankan bebanan kesedihan dan untuk menghiburkan hati baginda, Allah Taala memperjalankan baginda dan memperlihatkan kepada baginda perancangan-perancanganNya terhadap gerakan dakwah yang dilakukan oleh baginda, supaya baginda akan rasa tenang dan terhibur. Ini dapat kita saksikan melalui beberapa isyarat perancangan-perancangan Allah Taala yang ditunjukkan sepanjang perjalanan israk. Isyarat pertama, ketika baginda dan malaikat Jibril sampai disatu kawasan yang subur penuh dengan pohonan, Jibril minta kepada Nabi s.a.w supaya bersolat dua rakaat disitu. Setelah selesai bersolat Nabi bertanya; tempat apakah itu. Jibril berkata itulah Yathrib, tempat yang kamu akan berhjrah kesitu dan membina daulah Islam dan kekuatan dan peradaban Islam bermula disitu. Isyarat kedua, apabila sampai ke masjid Baitil makdis, baginda telah bertemu dengan semua nabi dan rasul dan mereka bersolat disitu secara berjamaah dan Nabi s.a.w telah menjadi imam kepada mereka semua. Ini merupakan isyarat bahawa kekuasaan pimpinan khalifah akan berpindah dari tangan Bani Israil(9) kepada umat Islam. Umat Islam akan memimpin dunia dan peradaban dunia. Ini telah terbukti sepanjang 14 kurun umat Islam telah memimpin peradaban dunia.(10) Isyarat ketiga, Nabi s.a.w telah diberi peluang bertemu dan melihat Allah Taala. Dan inilah kegembiraan yang sebenar. Tidak ada kegembiraan yang lain selain itu. Firman Allah Taala; " Pada hari itu muka-muka mereka yang beriman akan berseri-seri, kerana mereka dapat melihat wajah Allah Taala." (al-Qiyamah : 22) Kegembiraan mendapat nikmat dunia dan seisinya tidak mampu untuk menandingi kegembiraan dapat bertemu dengan Allah Taala. Inilah idaman para kekasih Allah Taala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2008 10:39 PM | Show all posts
2- Memanusiakan manusia. Inilah juga sebenarnya matlamat diutuskan nabi-nabi dan diturunkan al-Quran. Banyak nas al-quran yng menjelaskan perkara tersebut antaranya;Firman Allah Taala; "kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya yakni bacaannya ddalam bahasa arab untuk golongan yang mengetahui yang membawa berita gembira dan yang membawa peringatan tetapi kebanyakan mereka berpaling, maka mereka tidak mahu mendengar". (al- Fussilat :3-4) Dalam peristiwa israk mikraj Allah Taala telah memperlihatkan beberapa isyarat yang menunjukkan kemulian manusia berbanding makhluk yang yang lain, hatta malaikat sekalipun. Sebenarnya isyarat tersebut adalah satu arahan supaya manusia terus kekal dengan fitrahnya sebagai manusia. Manusia tidak perlu jadi malaikat untuk mendekatkan diri dengan Allah Taala. Bahkan dengan sifatnya sebagai manusia baginda boleh lebih hampir dengan Allah Taala berbanding dengan kedudukan malaikat jibril(11) ini kerana sebenarnya dalam diri manusia ada ruh Allah Taala. Perkara ini dijelaskan oleh Allah Taala; " dan apabila aku telah sempurna menciptakannya (manusia) dan ku tiupkan kedalam jasad mereka ruhKu, maka tunduk semua malaikat kepadanya" (12) (al-Hijr: 29) Ini dapat dibukti bahawa dalam peristiwa itu Nabi bertemu Allah taala dan menerima solat diatas batasan sidratul muntaha, batasan yang mana malaikat Jibrail pun tidak boleh melampuinya. Ini menunjukkan kedudukan manusia lebih tinggi berbanding makhluk yang lain . Allah Taala menjelaskan lagi mengenai hakikat ini " sesungguhnya kami telah ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan kemudian kami telah hinakan mereka dengan sehina-hinanya kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh bagi mereka balasan yang tidak terputus. (al-Tin : 4-6),

Ketika bertemu dengan Allah Taala Nabi s.a.w telah menerima arahan supaya mendirikan solat. Timbul persoalan mengapa dalam perkara berkaitan ibadah solat Nabi dibawa bertemu dengan Allah Taala untuk menerimanya sendiri, berbanding dengan arahan-arahan syariat yang lain memadai dengan wahyu melalui perantaraan Jibril sahaja. Sebenarnya inilah adalah satu isyarat bahawa kedudukan kemulian manusia itu adalah selama mana mereka berhubung dengan Allah taala. apabila hubungan manusia dengan Allah terputus maka akan terhapuslah kemulian tersebut dan manusia tidak lagi jadi manusia.Bahkan kedudukannya lebih hina dari binatang. Ini dapat kita lihat dengan realiti manusia hari ini, cara hidup mereka lebih buruk dan hina dari binatang. kadang-kadang binatang lebih dimuliakan berbanding manusia. Al-Quran menjelaskan perkara ini; "dan kemudian kami telah hinakan mereka dengan sehina-hinanya kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh bagi mereka balasan yang tidak terputus. (al-Tin : 5-6), Oleh itu, Allah Taala dengan sifat Rahman dan Rahimnya telah menghadiahkan kepada kita manusia solat sebagai kerapan usaha harian yang mudah dan wajib dilaksanakan oleh manusia untuk dijadikan tali penghubung secara terus antara manusia dan Allah Taala sebagai proses untuk memanusiakan manusia. Dan Ia juga merupakan tapak kukuh terlaksananya arahan-arahan syariat yang lain. Atas dasar inilah, arahan hijrah berlaku selepas dari peristiwa israk mikraj. Kerana syariat Islam difardukan itu kepada manusia dan akan dilaksanakan oleh manusia, Jadi sebelum perintah pelaksanaan syariat tersebut dikeluarkan maka perintah supaya dibentuk mereka yang akan melaksanakan syariat tersebut perlu dikeluar dan dilaksanakan dulu.Al-Quran menjelaskan perkara ini melalui uslub tarbiah yang dilaksanakan oleh Lukman terhadap anaknya; Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan kebaikan dan cegahlah mereka dari melakukan kemungkaran dan bersabarlah atas apa yang berlaku, sesungguhnya itu termasuk dari perkara yang diwajibkan. Dan Nabi s.a.w menjelaskan perkara ini juga dalam bentuk arahan tarbiah; Ajarlah anak kamu bersolat ketika umurnya sampai 7 tahun, dan apabila umur mereka meningkat 10 tahun, pukullah jika mereka enggan mengerjakan solat Sunnah ini adalah berterusan sehingga kewujudan manusia didunia ini diakhiri dan dimusnahkan. Kerana sifat manusia ketika diturunkan wahyu sama sahaja dengan manusia zaman kita.

Persoalannya, mengapa ramai orang yang mendirikan solat tetapi tidak juga berjaya memanusiakan diri mereka sebagai manusia? Jawapannya cuba kita lihatlah bagaimana proses awal Nabi di israkkan untuk menerima solat tersebut. Diceritakan oleh Anas bin Malik; bahawa sebelum baginda s.a.w diisrakkan, datang kepada malaikat Jibril lalu dibelah dada baginda kemudian dibersihkannya dengan air zam zam dan kemudian diisi didalamnya dengan iman dan hikmah......: Dr Abdul Halim mahmud menjelaskan didalam kitabnya dalail al-nubuwat mukjizatun nabi. bahawa : apa yang berlaku ini adalah isyarat bahawa susunan langkah kehidupan manusia perlu sentiasa diiringi dengan muhasabah dalam usaha untuk sentiasa membersihkan dirinya dari kekotoran jiwa yang disedari atau tidak disedari.

Jadi kita lihat apa yang berlaku pada hari ini walaupun ramai yang mendirikan solat tetapi belum berjaya memanusiakan diri mereka adalah berpunca dari pelaksanaan solat itu adalah semata-mata ikutan sahaja dan kealpaan mereka menilai dan bermuhasabah diri mereka sebelum mereka mendirikan solat. Oleh kerana syariat Islam memerintahkan supaya mendirkan solat maka kita laksanakanlah tanpa mengambil berat, apa yang perlu dilakukan sebelum mendirikan solat. Bagaimana cara yang sepatutnya dilaksanakan. Diawal waktukan atau menunggu saat-saat akhir waktu?

Sedangkan jika kita meneliti proses awal Nabi s.a.w diisrakkan untuk menerima solat adalah dilakukan pembersihan terhadap jiwanya. Adakah kita melakukan muhsabah pembersihan jiwa sebelum kita mendirikan solat? Begitu juga jika kita muhasabah firman Allah Taala; Apakah kamu mahu tahu siapa pendusta agama? Iaitu mereka yang mengherdik anak yatim, mereka yang tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin. Maka celakalah mereka yang orang yang bersolat iaitu orang yang lalai dari mengerjakan solat. (al-Maun :1-5) . dalam ayat ini disebut dengan kalimah "an solatihim" bermakna bukan mereka yang lalai ketika bersolat tetapi lalai dari mengerjakn solat. Mereka ini bukan tiak bersolat lansung tetapi bersolat diakhir waktu dan Mendahulukan urusan lain dari ibadah solat melengah-lengahkan solat tanpa sebarang uzur syarie. Sebab itu solat mereka tidk berjaya memanusiakan diri mereka.

Terdapat beberapa isyarat yang lain dari peristiwa israk mikraj ini yang menunjukkan kepada kita beberapa syarat kemulian manusia antaranya ; pertama, ketika baginda diberi pilihan untuk dua jenis minuman antara susu dan arak. Baginda s.a.w telah memilih susu. Jibril menjelaskan kepada Nabi s.a.w bahawa baginda telah memilih fitrah. Ini adalah isyarat bahawa manusia selama mana ia kekal diatas fitrah kemanusiaannya maka ia layak untuk mendapat kemulian sebagai manusia. Isyarat kedua ialah ditunjukkan kepada Nabi beberapa azab yang dkenakan kepada beberapa golongan manusia antaranya penzina pengumpat dan berbagai lagi. Ini adalah isyarat bahawa perkara-perkara yang berbentuk kemaksiatan dan kerosakan apabila dilakukan akan merosak fitrah manusia itu sendiri. Maka selayaknyalah dikenakan azab kepada mereka kerana merosakkan fitrah kemanusiaan pada diri mereka.

Wallahu A'lam Bissowab.

Kesimpulan dari apa yang kita bincangkan diatas adalah;
1- kekalkan fitrah kemanusian kita. Jangan sesekali merosakkannya kerana itu akan menghilangkan kemulian manusia sebagai makhluk yang paling mulia.

2- Kesedihan dan kesulitan dalam kehidupan kita sebagai manusia, lebih-lebih lagi pejuang agama Allah adalah perkara biasa yang tidak dapat dielakkan. Hiburkanlah kesedihan itu dengan berhubung dengan Allah Taala.

3- Kegembiraan yang sebenar adalah apabila dapat bertemu dan melihat Allah Taala. Perkara ini akan tercapai apabila kita berjaya memanusiakan diri kita seperti yang ditunjukkan oleh baginda s.a.w.

Wallahu A'lam bissowab.

Inilah serba sedikit cetusan ilham pemikiran yang dibuka kepada hamba yang lemah ini oleh Allah Taala. Segala yang baik itu adalah kesempurnaan Allah Taala dan segala yang lemah itu adalah kedhaifan hamba ini. Mudahan sama-sama kita dapat mengambil pengiktibaran sebagai panduan hidup dalam menelurusi perjalanan menuju ridha Ilahi.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 10:16 AM | Show all posts

Reply #3 anak_pejuang's post

terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 10:28 AM | Show all posts
w/pon peristiwa Israk dan Mikraj ini adalah satu peristiwa yg besar dan benar2 berlaku bagi membenarkan kerasulan Nabi saw......ttp masih ada segelintir masyarakat kita hari ini  yg masih menafikan peristiwa ini.........yg menyatakan Nabi tidak pernah memalui perjalanan ini.....aduhai mausia bila kamu akan sedar.....adakah bila nyawa berada di kerongkong baru nak sedar...... .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2008 08:49 PM | Show all posts
Originally posted by monorail at 23-2-2008 10:16 AM
terima kasih...


sama-sama monoril...

[ Last edited by  anak_pejuang at 28-4-2008 08:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2008 09:51 AM | Show all posts
salam

kan baik artikel cam ni
ada gak pelajarannya
BAGI MAKHLUK YANG BERAKAL
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 12:38 AM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 29-4-2008 09:51 AM
salam

kan baik artikel cam ni
ada gak pelajarannya
BAGI MAKHLUK YANG BERAKAL


Bab berakal ni rasanya mana ada yg nak mengaku kata tak berakal.

Baca Q17:1 dan Q17:2 dapat dilihat yg ianya menceritakan kisah perjalanan malam Nabi Musa.

Bila pakai "akal", tiba2 Q17:1-2 jadi kisah Nabi terbang naik buraq??  Macamana benda ini boleh terjadi?  Ada masuk akal ke?

::
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 11:43 AM | Show all posts

Reply #8 M5's post

Benda2 macam nih hanya untuk org2 yg beriman je...
kalo ikut akal, x terjangkau...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 12:11 PM | Show all posts

Reply #9 double_decker's post

Iman tak payah pakai akal.

Bunyi macam cerita org hisap dadah le..simtom2 hallucination, dementia terserlah.

::
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 30-4-2008 12:38 AM

Baca Q17:1 dan Q17:2 dapat dilihat yg ianya menceritakan kisah perjalanan malam Nabi Musa.
Bila pakai "akal", tiba2 Q17:1-2 jadi kisah Nabi terbang naik buraq??  Macamana benda ini boleh terjadi?  Ada masuk akal ke?
...


pada amnya.........cerita ini bukan berdasarkan akal manusia semata2.......akal manusia amat terbatas.....w/pon diberi ruang oleh Allah utk memikirkan kejadian2 Nya.........apa yg diceritakan dalam Quran adalah kisah yg umum......tetapi penjelasan sesuatu ayat telah dikhabarkan oleh baginda saw...........mmg tidak tercapai dgn akal manusia......ttp ia boleh berlaku dgn izin Allah.............
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 05:34 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 30-4-2008 12:38 AM

Bila pakai "akal", tiba2 Q17:1-2 jadi kisah Nabi terbang naik buraq??  Macamana benda ini boleh terjadi?  Ada masuk akal ke?
...


jika kita menggunakan 100% logik akal maka kita akan gagal...........apa bezanya antara Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Bakar......semasa peristiwa ini berlaku...........siapa yg membenarkan cerita2 nabi........ siapa yg menyanggah cerita nabi sehingga mengatakan nabi sudah gila.........selain dr Abu Jahal danAbu Lahab.........adakah kita ini sebahagian dr Abu Lahab dan Abu Jahal..........fikir2kan..........
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 06:25 PM | Show all posts
satu perkara menarik...  kita tunggu pembuka thread membidas M5.  

mempersilakan anak_pejuang untuk berhujah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 09:09 PM | Show all posts

Reply #8 M5's post

terlalu dangkalnya akal manusia
kerana ilmu yang diberikan hanya setitik dari air lautan
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 05:04 PM | Show all posts
jgn terlalu cepat menghukum..
iman itu utk org yg berakal..
hukum taklifi juga termaktub hanya ke atas mereka yg berakal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2008 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by goldraja at 1-5-2008 05:04 PM
jgn terlalu cepat menghukum..
iman itu utk org yg berakal..
hukum taklifi juga termaktub hanya ke atas mereka yg berakal..


menggunakan akal semata-mata tanpa kitab/wahyu/rasul/ulamak manusia akan menjadik SESAT nyata...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 06:26 PM | Show all posts

Reply #16 anak_pejuang's post

takkan tak ada copy paste hujah nya kot?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 07:43 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 30-4-2008 12:38 AM

Bila pakai "akal", tiba2 Q17:1-2 jadi kisah Nabi terbang naik buraq??  Macamana benda ini boleh terjadi?  Ada masuk akal ke?


Naik buraq tu dari Hadith. Kalau percaya hadith takde akal ke?

Sejarah kita boleh percaya, takkan hadith tak boleh kot? Kalau hadith tak boleh dipercayai, tolak la segala sejarah yang harini kita percaya. Jadi zaman dulu2 tu semuanya karut-marut tak masuk akal, kecuali Al Quran saja. Masuk akal tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2008 08:12 AM | Show all posts
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).


perjalanan nabi dari masjdil Haram ke masjidil Aqsa dalam satu malam... adakah ia logik???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2008 08:25 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 30-4-2008 12:38 AM


Bab berakal ni rasanya mana ada yg nak mengaku kata tak berakal.

Baca Q17:1 dan Q17:2 dapat dilihat yg ianya menceritakan kisah perjalanan malam Nabi Musa.

Bila pakai "akal", tiba2 Q17 ...


kalau Tuhan nak jadikkan lebih dari tu pon boleh... tiada mustahil bagi Tuhan menjadikan sesuatu perkara sebab dia maha berkuasa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.120552 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list