CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2464|Reply: 17

Maksud Bacaan Di dalam Solat

[Copy link]
Post time 6-4-2008 12:10 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum para forumers semua. Disini saya nak berkongsi ilmu sedikit. Ini apa yang saya jumpa, kalau topic ni dah ade maaflah ya. Jika terdapat kesilapan, diharap sangat sape2 yg arif tolong betulkan. Moga2 solat kita lebih khusyuk lepas ni.

Maksud Bacaan di dalam solat

Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.


Doa Iftitah
AllahMaha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allahsepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yangmencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri danaku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku,hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak adasekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukanbagiNya dan aku dari golongan orang Islam
.

Al-Fatihah
Dengannama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagiAllah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah danhanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yanglurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepadamereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan merekayang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya
.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,
angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah
daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahterake atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksibahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanyaMuhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atasNabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahterake atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksibahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanyaMuhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atasNabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan keatas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad danatas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas
keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Agung.


Doa Qunut
YaAllah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkautunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkausejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkaupimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikanpadaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkautetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dantidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripadaEngkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkatEngkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkausahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkautetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allahrahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganyadan sahabat-sahabatnya.


[ Last edited by  Bremen at 6-4-2008 12:12 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2008 12:33 AM | Show all posts

Reply #1 Bremen's post

Alhamdulillah....elok adanya............
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 12:58 AM | Show all posts
terima kasih,bnyk dpt membantu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 11:39 PM | Show all posts
Malangnya bacaan tinggal bacaan je , kat luar berperangai sebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 09:24 AM | Show all posts
tak pelah
boleh lah dipertingkatkan sikit demi sikit
lama lama jadi bukit gak

atau tak mustahil terus jadi gunung!!!!!!!

SELAWAT DAN KEBAIKAN HANYA DARI ALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 11:41 AM | Show all posts
Thanx..

kdg2 benda2 mcm ni jarang diamik peduli....

Kerdilnya driri & ilmu kita di muka bumi ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2008 02:03 PM | Show all posts
Salam,

Thanks for sharing. Allah Khaliq (Maha Mencipta).
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 05:26 PM | Show all posts
semuga Allah menerima solat hambaMu ini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2008 09:28 PM | Show all posts
tau tak mane nk tgk bacaan2 dlm solat ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 09:37 PM | Show all posts

Reply #1 Bremen's post

Alhamdulillah, terima kasih.

I am only a human,
Keep forgetting and being reminded.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 09:38 PM | Show all posts
tau tak mane nk tgk bacaan2 dlm solat ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 07.03.2007 22:39
Malangnya bacaan tinggal bacaan je , kat luar berperangai sebaliknya


itu maknanya tak khusyuk waktu bersolat...ke tak ikhlas masa solat...aku pernah dengar...solat itu memperelokkan tingkah laku kita...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 12:11 PM | Show all posts
bgusla, mekaseh ya...dh lme cari,tp xjupe...





....................................................................................................................
moga ALLAH berkatimu....:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 03:57 PM | Show all posts
yup... baguz tred nie.

bole memahami n menambahkan lg pemahaman.

t/kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 10:35 AM | Show all posts
thanks for the info..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 10:54 AM | Show all posts
Good info untuk amalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 11:07 AM | Show all posts
thankx..tau baca jer tp xthu maksudnyer..
betapa jahilnyer diriku ini..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 11:27 AM | Show all posts
Memahami bacaan di dalam solat menambahkan lagi kekusyukan ibadah kita. Cara terbaik ialah dgn membaca makna dan meneliti tafsir ayat yg dibaca. Walaubagai mana pun tidak ramai yg mahu mengambil berat mengenai soal pembacaan dlm solat.

Perlu diingat dlm solat ada yg dinamakan rukun qauli iaitu pekara wajib yg boleh menentukan sah atau tidak solat yg kita kerjakan. Rukun qauli ini berkaitan tajwid dan sebutan makhraj huruf terutama sekali bacaan Al-Fatihah yg merupakan fardhu pada tiap2 kali solat kita. Di samping juga bacaan selawat dlm tahiyat akhir.

Cara senang nak faham bacaan dlm solat ialah dgn melihat dan memahami makna, tetapi cara utk membaca Al-Fatihah dgn betul ialah dgn berguru dgn guru tajwid yg mahir. Dari sini baru boleh kita kenal sebutan sesuatu huruf dgn tepat. Beza sebutan huruf ha dan haa, beza sebutan huruf syin, sin dan shod, beza sebutan huruf hamzah dan alif, beza sebutan huruf zal dan zai dan lain2nya.

Begitu juga hukum2 tajwid seperti qolqolah, idghram, jenis2 mad serta kenal tanda untuk panjang pendek, dengung dan sebagainya. Kejahilan kita dlm beribadat akan membuatkan ibadat kita menjadi sia2 dan ditolak Allah SWT.

Pendekata, setiap kali kita melangkah untuk berdiri di atas sejadah lakukanlah ibadat kita dgn memelihara setiap aspek gerak geri yang dituntut - samada dari segi rukun qauli, rukun fi'li, sunat aba'ad, sunat hai'at dari mula takbiratul ihram sehingga memberi dalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.149203 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list