View: 4614|Reply: 21
|
peristiwa 58 tahun lepas
[Copy link]
|
|
Tempat: Kaherah - Kawasan Hilmiyah
Waktu : Selepas tengah malam 12 Februari 1949
Peristiwa:
Diwaktu malam yang hening, sebuah kereta polis menuju ke satu jalan dibandar Hilmiyyah, Kaherah. Kereta-kereta berhenti, sekumpulan tentera yang bersenjata bergegas mengepung kesemua jalan dan kawalan diketatkan disekitar sebuah rumah yang tak seberapa di tengah-tengah jalan. Tiba-tiba datang sebuah kereta ke arah rumah ini. Para tentera pun berbaris memindahkan sekujur badan yang kaku yang diambil dari kereta itu lalu cepat-cepat dibawa ke dalam rumah. Mereka pun mengetuk pintu, lalu seorang tua yang melewati usia 90-an membuka pintu. Beberapa orang pegawai memasuki rumah tersebut sebelum jasad dibawa masuk bagi memastikan tidak ada orang lain disitu. Arahan tanpa kompromi diberikan kepada si tua, Tidak boleh ada suara! tidak boleh ada takziah! Dan tidak seorang pun yang berkepakaran boleh menguruskan mayat, hanya engkau dan ahli rumah sahaja! Pengkebumian mesti dibereskan tepat pada jam sembilan pagi!
Orang tua itu ialah bapa orang yang meninggal itu, sekalipun begitu sedih dan tua, beliau bangun menguruskan pengkebumian anaknya. Lalu si tua itu pun menyapu darah anaknya kesan peluru-peluru yang mengkakukan tubuhnya.
Pagi pun menjelma, para pegawai datang sebagaimana janji mereka, "Marilah bersama anakmu Kebumikanlahnya!" Maka si bapa yang berusia 90 tahun bertempik "Bagaimana aku ingin membawanya? Tenteralah yang kena bawa!". Jawapannya adalah "Ahli keluargalah yang mesti membawanya!" Padahal yang tinggal hanyalah perempuan-perempuan dan seorang budak lelaki kecil.
Sekujur badan dibawa ke jalan yang dipikul oleh isterinya dan anak perempuannya. Dibelakangnya hanyalah ayahnya. Barang siapa yang berani mengiringi jenazah itu maka penjaralah kesudahannya. Sesampainya jenazah itu kesebuah masjid untuk disembahyangkan, tiba-tiba masjid itu kosong daripada seorang pun hatta orang yang berkhidmat terhadapnya( pegawai-pegawai masjid)
Si bapa pun bersolat jenazah dan diikuti oleh ahli bait yang terdiri daripada perempuan. Kemudian mereka pun mnurunkannya ke dalam kuburnya. Kesemuanya pulang ke rumah dengan kawalan yang begitu ketat. Inilah jenazah Imam As-syahid Hassan Al-Banna. Dan penangkapan selesai dilakukan terhdap jiran-jiran, bukan kerana apapun tetapi kerana mengucapkan takziah kepada keluarga ini. Kepungan dilakukan bukan sahaja terhadap rumah kerana bimbangkan revolusi yang akan dilakukan oleh mereka yang datang memberi takziah, bahkan kepungan juga turut dilakukan terhadap kubur kerana bimbangkan akan ada orang yang datang mengeluarkan jasad dan mendedahkan jenayah. Dan pegawai-pegawai polis pun berkeliaran di masjid-masjid bagi mengarahkan masjid ditutup selepas setiap kali solat kerana akan ada orang yang berani memprotes kezaliman terhadap arwah.
_Allahu a'lam.. |
|
|
|
|
|
|
|
korang ni paham ke konsep apa itu CURRENT ISSUE? kesian wa kat Muntz, Tira ngan Dex camni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 yipun78's post
tazkirah di pagi Jumaat |
|
|
|
|
|
|
|
Al-fatihah...
tazkirah sementara solat jumaat... |
|
|
|
|
|
|
|
kezaliman yg sebegini sama juga dilakukn kepada as-syahid ibrahim libya dan pgikutnya..
para thorut...nti la azabnya..ssungguhnya azab Allah amat la pedih..
dah terbukti kepada thorut yg mlakukn kezaliman As-syahid imam hasan al-banna..mayat si thorut ni tak diterima bumi mesir...tak payah sbut nama..korg da tau sape yg bunuh imam hasan al-banna..
jd bila lagi azab kepada penzalim pristiwa memali?tgu dan lihat.. |
|
|
|
|
|
|
|
alang-alang dah terbaca.... kena la komen
current issue ni - kezaliman tu tak pernah berhenti...
lepas satu diktator naik satu diktator...
sedangkan orang berkaliber macam AsSyahid Hassan Al-Bana ni lahir 100 tahun sekali.... |
|
|
|
|
|
|
|
current issuenya ialah no enuff current...slalu je blackout...penjaga elektrik msia dah nak mampos... |
|
|
|
|
|
|
|
ni kes ikhwanul muslimin kan?? ... time tuh gamal naser jadi presiden egypt kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
ADA KENA MENGENA KE KISAH NIE DENGAN KEADAAN KAT MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya topik ni lebih sesuai kat bod sejarah |
|
|
|
|
|
|
|
Karen Isu---------- budaya org kita ni mmg tak bleh nak dipisahkan dengan :
1.tak paham tapi komen mcm faham
2.selalu ingat yang ada hari ni...padahal tajuknya 58tahun lepas.. so cuba2 le relate skit dgn zaman skarang ni..tak kira kat bumi mana pun
3. kalau tak faham .... cuba bace komen org lain dan compare dgn apa yg ada dlm pale tu compatible tak degan yg ada..
4. kita slalu amik jalan shortcut.... sebab tu ada yg tak faham...
5. mana yg faham tu aku rasa mmg dorg ni oeg yang salu muhasabah diri....
bila ada aksiden..nengok2 kalau ada yg kita bleh tolong.. jangan dok langgar lagi dahler..
Always positve...kita bukannya salu betul pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku move jer lah ek. Tapi aku tinggalkan link supaya korang boleh posting kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by topeng perak at 18-4-2008 03:36 PM
http://photos.friendster.com/photos/20/32/11132302/20516608053187l.jpg
ni kes ikhwanul muslimin kan?? ... time tuh gamal naser jadi presiden egypt kan??
kes nih berlaku zaman mesir bawah sistem beraja lagi
cuma tak ingat zaman tu raja apa yang memerintah |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat sapa yg buat topik ni, rupanya seorang 'mod' |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 paler kembang's post
|
|
|
|
|
|
|
apa iktibar dari jalan cerita ni..? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 paler kembang's post
bangang punya MOD... |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah buat as syahid hasan albanna |
|
|
|
|
|
|
| |
|