|
Ragam hentian 1,000 bas
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
KALAU banyak harta benda, orang itu kaya raya. Kalau tempat lalu kereta, itulah jalan raya. Hentian bas ibu kota, itu di Puduraya, Di tengah bandar raya'.
Bagi peminat Jalil Hamid, mereka pasti ingat lagu komedi bertajuk Raya itu yang turut menyebut Hentian Puduraya pada bait liriknya. Ia sekali gus menggambarkan populariti terminal bas itu.
Malah hentian yang terletak di simpang Jalan Pudu itu bagaikan perlu diketahui terlebih dahulu sebelum seseorang boleh mengenali kehidupan kosmopolitan Kuala Lumpur dengan lebih dekat lagi.
Puduraya dirasmikan Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn pada 2 Oktober 1976. Sekarang, sebanyak 90 buah syarikat bas beroperasi di sini di samping perkhidmatan teksi ke Pantai Timur, utara dan selatan tanah air.
Menurut Penolong Pengurus Pengurusan Harta UDA Mall Sdn. Bhd., Ismail Hassan, agensi yang bertanggungjawab menyelia stesen itu, Puduraya dahulunya dipercayai sebuah landasan kereta api.
Ia kemudian dibina di atas tanah seluas 1.2 hektar dan terletak 3.5 meter di bawah jalan besar bagi memusatkan semua bas yang beroperasi di Kuala Lumpur di bawah satu bumbung.
"Masa itu terdapat 24 ruang letak bas dengan setiap satu lebarnya 3.8 meter. Ia mampu memuatkan 40 buah bas dalam satu masa," kata Ismail.
Kini setelah 32 tahun beroperasi, Puduraya sudah mengalami pelbagai perubahan. Akan datang ialah pengenalan sistem tiket elektronik.
Pihak kami juga bercadang memperkenalkan e-ticketing untuk memudahkan orang ramai membeli tiket secara dalam talian. Jadi mereka boleh membelinya dari rumah tanpa perlu berasak-asak di kaunter tiket bas lagi.
"Setakat ini, perkara itu dalam proses perbincangan dengan syarikat bas dan diteliti secara serius," kata Ismail.
Jelasnya lagi, Puduraya hari ini dilengkapi dengan surau, pondok polis, rangkaian perniagaan, restoran, hotel serta medan parkir kereta dan motosikal di empat aras.
"Terdapat juga 300 buah kedai yang menyediakan pelbagai perkhidmatan. Pengunjung boleh membeli pakaian, membaiki seluar jean dan membeli buku. Malah ada pengunjung yang menyangka hentian ini seperti sebuah pusat beli-belah," ujar Ismail.
Menurut beliau, penumpang bas kini lebih suka memilih bas dua tingkat. Puduraya hari ini menampung 800 jadual perjalanan dalam satu masa dengan lebih 1,000 buah bas sehari.
TIDAK lama lagi, penumpang bas di Puduraya dijangka
dapat menempah tiket secara talian.
Keluasan Puduraya meliputi 52,583 meter persegi dan kekal dengan 24 platform bas. Ia juga dibuka dari pukul 7 pagi hingga 12 malam.
"Kerana kesibukan itu, Stesen Bas Jalan Duta dibina bagi perjalanan ke utara dan Stesen Putra untuk ke Pantai Timur selain Puduraya sendiri yang dikhususkan untuk ke selatan," katanya mengakhiri bicara.
Bagi pengusaha restoran makanan, Wong Chun Lang, 62, yang berasal dari Ampang dan berniaga lebih 30 tahun sudah menganggap Puduraya ibarat rumah keduanya.
"Telah berniaga lebih 30 tahun, pelbagai jenis orang dijumpai daripada tidak fasih berbahasa Melayu sampai saya pandai daripada awak sendiri," katanya sambil ketawa.
"Berniaga di sini bagus kerana saya mengenali budaya bangsa Melayu, India dan bangsa lain. Lebih mudah kerana apa yang diperkatakan orang dapat difahami," jelasnya.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan, ujarnya, ialah apabila ada pelanggan merayu untuk makan percuma tetapi beliau hanya membantu mereka yang betul-betul dalam kesusahan.
Pengawal keselamatan, Isa Samsuri, 60, dari Sabak Bernam yang sudah bekerja di Puduraya selama 20 tahun memberitahu orang tidur di situ perkara biasa.
"Jika kita minta mereka ke tempat lain, tetap akan datang semula, ini ibarat hotel persinggahan. Malah ada orang merayu tiada duit datang dari kampung, duit dicuri orang dan sebagainya.
"Di sini pelbagai jenis manusia sebenarnya ingin mengambil kesempatan," katanya.
Isa bagaimanapun turut mengimbau saat manis apabila beliau pernah menerima duit raya daripada penumpang bas.
"Kerana itu pak cik gembira di sini, dari bujang sampai ke tua. Pak cik yakin Puduraya akan terus kekal bagi tempoh yang lama kerana di sinilah tempat orang bertumpu mencari rezeki macam kelkatu mengharungi lampu neon," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
banyak betul kenangan pasal puduraya ni....
yang paling saya ingat sekali bila nak jumpa kawan
masa tunggu result form 3 - mesti jumpa kat
puduraya terminal 25 ntah kenapa 25 tapi
tu memang macam kita set dah -
pastu mesti makan mee hoon bandung kat
food court dia - panas memang panas kadang2
tapi sedap punya pasal - belasah aje la -
yang selalu berlaku kat puduraya - pickpocket -
kawan kita kena sekali masa turun dari terminal
bas nak jumpa - kena pickpocket ... so kat sini
memang kena hati2 sangat -
makanan macam2 ada - tu yang best..
post office ada... ATM ada.. so memang
convenience - however since dah tak ada
reason nak pergi sana - memang dah lama tak pergi -
naik LRT berhenti kat plaza rakyat - tapi tak singgah
puduraya - pergi PS aje..
whatever it is - puduraya memang popular - sebab
kawasan situ jugalah antara traffic jam yang paling
teruk... tapi situ jugalah tempat yang orang selalu
senang nak jumpa - sebut terminal berapa - KABOOM -
jumpa la nanti - |
|
|
|
|
|
|
|
yg plaza rakyat yg kat sebelah tu ntah bila nak siap, apa yg dah jadi kat plaza rakyat tu?
Aku ingat plaza rakyat tu dibina untuk besarkan kawasan puduraya,
kira2 macam pusat perkhidmatan pengankutan awam bersepadu...tapi tak jadi apabenda pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak kenangan woo Puduraya nih. Dulu dok asrama balik kg pakai tiket warrant.
Merasa jugak la aku tido tepi jalan kat belakang Maybank depan Puduraya tuh. Penangan bas tambahan hari raya tak datang.
Pagi tuh join reramai gi pecah kaunter syarikat bas tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 GAMEOVER's post
Merasa jugak la aku tido tepi jalan kat belakang Maybank depan Puduraya tuh. Penangan bas tambahan hari raya tak datang.
Pagi tuh join reramai gi pecah kaunter syarikat bas tuh
hahaa macam macam.. --
ada orang bagi duit tak masa tidur kat belakang maybank tu ? --
actually memang ramai beggars kat kawasan tu juga sekarang ni -- |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 dexa's post
Saper plak yg nak kasik duit? Tapi mmg ramai la tido belakang Maybank tuh.
Aper nak wat. Takkan nak blah plak. Tiket bas kol 12am. Kol 1am tak datang, katernyer lagi sejam.
Kol 2 tak datang gak, katernyer lagik sejam lagik. Sejam lagik sejam lagik penyudahnyer sampai ke subuh :@ |
|
|
|
|
|
|
|
kalu time balik kampung.... penuh org takleh nak cite situasinyer... |
|
|
|
|
|
|
|
puduraya ni hari2 sesak aku rasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 slalu ke puduraya sbb slalu naik bas balik kapong, rindu btoi nak dok dlm puduraya yg 24jam bau asap bas tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
pudu raya bg aku mcm seram je..:re: :re: :re: |
|
|
|
|
|
|
|
lama dah tak gi puduraya..teringat dulu2 naik bas dari bangi sampai puduraya..turun kat platform bawah tu naik tangga..terus beribu2 manusia nampak
time tu aku rasa macam tiadalah tempat paling pack kat kl selain pudu ni..shopping complex pun leggang dari sini!
lepas kewujudan komuter, dah tak singgah lagi pudu..naik komuter lagi senang gi kl |
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu tunggu bas kat platform satu...
kotor la pudu ni, orang kencing merata2...dem...
tapi, memori platform satu (macam tajuk filem/novel) tetap menjadi kenangan hatiku...
[ Last edited by thessailly at 29-4-2008 03:17 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tiap minggu masa study dulu sure gi pudu. tunggub as balik melaka stengah jam satu...
last pergi pudu adalah masa malam lepas bersanding rumah hubby. belikan tiket utk nenek sedara balik penang...
dgn pakai baju lip-lap lip-lapnya... rasanya semua org tengok me kot. hehehehhe...
me suka nasi goreng ayam kedai paling dekat dgn pos opis tu. sedap giler giler! |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu selalu naik bas SKS dari Seremban ker Pudu. |
|
|
|
|
|
|
|
hentian puduraya yang besar sebelah tu masih dalam construction FOREVER...
ntah bila la nak siap ..tak tahulah..
dulu kan situ padang.. masa saya kecil2 dulu...
tapi now - dah bertahun tahun masih dalam construction -
apa pun tak siap lagi -- lagi jam kawasan kat situ adalah - |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah aku dulu betul2 belakang pudu raya... |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah aku dulu betul2 belakang pudu raya... |
|
|
|
|
|
|
|
...pnah keje dgn kdai alter jeans time lari dr rumah&asrama skolah...G40,ram tailoring nama kedai(ujung platform mngadap plaza rakyat).
sronok KL era 80an-90an. org tempatan jer...kehadiran pendatang asing&seberang tak mmbanjir cam skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syazwan89 at 30-4-2008 01:10 AM
sekolah aku dulu betul2 belakang pudu raya...
yang saya tahu belakang puduraya tu -
sekolah laki2 jalan davidson -
tak pun kalau atas sana lagi (jauh sikit kat negara stadium)
kat jalan hang jebat - MBS -
|
|
|
|
|
|
|
| |
|