CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4862|Reply: 7

Bangsa Melayu pencipta angka 'SIFAR'

[Copy link]
Post time 6-5-2008 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Dakwaan nih berdasarkan artifak di kepulauan Melayu.Baca jangan tak baca ye kengkawan. Pastu berilah komen dan pandangan anda ok.

silla lawat link ini : http://ummahonline.com/index/mod ... article&sid=612
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2008 08:38 AM | Show all posts
paste kat sini artikel tu.bleh x?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by centrix7 at 6-5-2008 10:18 AM
Dakwaan nih berdasarkan artifak di kepulauan Melayu.Baca jangan tak baca ye kengkawan. Pastu berilah komen dan pandangan anda ok.

silla lawat link ini : http://ummahonline.com/index/modules.ph ...
tul ke ni? Ingatkan bangsa lembah indus ni yg cipta, pastu orang Arab aplikasikannya dlm tamadun diorang....nice...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2008 12:16 PM | Show all posts

Reply #2 BeachBoys's post

Boleh, sy x reti nak paste direct text tuh,takut nanti ngan iklan2 kecik tu pun masuk sekali .Paste lah BB,lagi senang nak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 08:42 PM | Show all posts
tak perrr.....meh tok_wann tolong pastekan....sal sejarah nih memang minat tok_wann..lebeh-lebeh lagi sejarah bangsa melayu.

Oleh: Fathi Aris Omar 'Kosong',atau 0, bukan sebarang nombor, penemuannya merevolusikan pemikiranmatematik dan sains moden. Nombor ini diperkenalkan di Eropah pada awalabad ke-13 selepas ia dikembangkan di dunia Arab-Islam pada kurunkesembilan.
Tokoh matematik dunia Arab, Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, memperkenalnya di Iraq melalui bukunya Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wal Muqabbala (tahun 837) setelah lawatannya di India, benua yang dipercayai "menemui" nombor maha penting ini pada tahun 594.

Tamadun Eropah mengambil kosong, atau zero, daripada penemuan dunia Arab, sifr (sifar). Ia dibawa oleh pemikir Itali, Fibonacci, dalam tahun 1202 melalui karya popularnya Liber Abaci.Perkataan sifar ini juga membentuk perkataan cipher dalam bahasaInggeris yang membawa masud "tiada apa-apa", "simbol", "kod" atau"mesej rahsia".Bagaimanapun pensyarah matematik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir, mengemukakan satu hipotesis lain --penciptaan simbol 'kosong' mungkin bermula di alam Melayuselewat-lewatnya pada 580.
Beliau bersandarkan hujah beberapa pengkaji, termasuk karya yang banyak dibahaskan The Universal History of Numbers (terbit 1998) oleh Georges Ifrah, terjemahan edisi Perancis Histoire Universelle des Chiffres pada 1981.



Sebelum dipopularkan al-Khwarizmi, Ifrah menyebut, beberapa nomborkosong di tulisan-tulisan pada batu ditemui antaranya prasasti tembagaSankheda di India pada 594, Trapaeng Prei di Kemboja (683), KedukanBukit, Sumatera (683), Kota Kapor, Sumatera (686), Dinaya, Jawa (793),Po Nagar, Vietnam (813) dan Bakul, Vietnam (829).
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 08:43 PM | Show all posts
Dr Mohammad Alinor berkata, bukti-bukti tambahan yang beliau kumpul danketerangan Ifrah ini bermungkinan telah lama diketahui oleh seorangpenyelidik sejarah China, Joseph Needham dalam bukunya Science and Civilisation in China (1959).
"Needham menyatakan bahawa simbol '0' sebenarnya dihasilkan di bahagiantimur tamadun India, iaitu bahagian yang paling hampir dengan Chinayang menganggap '0' sebagai tempat kosong," katanya kepada mStar Online hari ini.
Selain itu, tambahnya, seorang ahli matematik Zakov pernah menyebut disatu seminar sejarah sains di Eropah pada 1975 bahawa "simbol 0 yangdirekodkan dalam prasasti-prasasti dari kepulauan Melayu lebih tuausianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim yangdirekodkan oleh al-Khwarizmi."
Dr Mohammad Alinor berkata, seorang profesor pelawat dalam bidangpendidikan matematik di UKM, Frank J. Swetz pada 1979, pernah menyebut"etnik Batak di Sumatera memiliki sistem angka merangkumi 0 yang lebihtua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim."



Beliau berhujah lagi, sebelum al-Khwarizmi, "ada 17 maklumat dalamtamadun Melayu berbanding tujuh maklumat dalam tamadun India yangmemiliki simbol 0."
Dr Mohammad Alinor antara sekumpulan kecil pensyarah matematik Malaysiayang membahaskan perkara ini, sementara rata-rata ahli akademik danmedia tidak memperkatakannya walaupun kajian awal pernah dibentangkanbeberapa kali di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Kumpulan ini termasuklah Prof Dr Shaharir Mohamad Zain yang kinimengajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Abdul LatifSamian (UKM), Prof Datuk Dr Abdul Razak Salleh (UKM), Dr Mat RofaIsmail (Universiti Putra Malaysia) dan beberapa pelajar mereka.
Dihubungi mStar Online hari ini, Dr Shaharir berkata beliau sendirimula membentang tentang hipotesis penemuan nombor 'kosong' di alamMelayu pada 1997 dan 1998, termasuk di luar negeri. Makalahnya yangmembincangkan perkara ini "A Note on the Decimal System" diterbitkandalam Humanistic Mathematics Network Journal pada 2001.
Beliau kesal dengan sikap orang Melayu yang tidak gemar menggalisejarah pencapaian budaya dan keilmuan dalam tamadun mereka sendiri,mengulangi rungutan Dr Mohammad Alinor.
"Orang kita pada amnya tidak minat sejarah, bukan sahaja sejarahmatematik," kata Dr Shaharir, mengulas motivasi awalnya menggalipersoalan ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2008 08:44 PM | Show all posts
"Saya berminat mengetahui perkembangan sains dalam tamadun Melayu sebabselalunya pengkaji melihat sumbangan sastera sahaja. Saya sendiriterkejut sewaktu mengetahui tentang sejarah nombor kosong di alamMelayu."
Katanya, sewaktu kertas kerjanya "A Note on the Decimal System"dibentangkan di satu seminar antarabangsa, Swetz -- kinimenitikberatkan kajian tamadun China -- sendiri mengucap tahniah ataskajiannya itu.
Sementara Dr Mohammad Alinor pula hairan melihat kecenderungan orangMelayu yang hanya menekankan tamadun Melayu mulai sejarah kemasukanIslam.
"Tamadun Melayu seperti yang sepatutnya difahami bermula di zamanHindu-Buddha sekitar tahun 190, kemudiannya zaman Islam bermula 1200dan akhirnya zaman penjajahan-kemerdekaan bermula pada1470. Jikadipinggirkan zaman yang pertama itu, seperti yang berlaku kini, ... itusebenarnya melupakan sekitar 1100 tahun sejarah tamadun Melayu," katapensyarah muda itu.
"Akibatnya, kita tidak memahami bagaimana Melayu berfikir menyelesaikanmasalah-masalah berkaitan dengannya. Juga, kita kehilangan maklumatberkenaan bahasa Melayu kuno, yang amat berharga itu. Apa lagi maklumatberkenaan sains dan teknologi Melayu."



Bagaimanapun pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi UKM ini menyebuthipotesis Melayu menemukan nombor kosong ini masih memerlukan kajianlanjut.
"Cukupkah dua fakta umum ini membuktikan bahawa simbol 0 adalah ciptaanbangsa Melayu, atau lebih tepat ciptaan bangsa Funan/Chenla (sekarangKemboja) atau Sriwijaya (Sumatera) atau Jawa?" katanya.
"Jika Melayu yang mencipta simbol 0, bagaimanakah hendak ditunjukkanbahawa tamadun India mengambil daripadanya? Tamadun India diketahuipernah menterjemahkan buku-buku falsafah Jawa, tapi adakah sistem angkaterangkum di dalamnya?"
Dr Mohammad Alinor menyarankan beberapa hipotesis ini "amat positifuntuk dikaji dengan lebih lanjut" kerana kini sudah wujudrujukan-rujukan yang boleh dimanfaatkan secara langsung, termasukpenggunaan sistem nombor berdasarkan sistem metrik atau asaspersepuluhan yang lebih awal di alam Melayu berbanding Arab-Islam (abadke-9) dan Eropah (kurun ke-19).
Menurutnya, perkataan tujuh (7) dan saribu (1000) ditemui pada batu bersurat Vo-Canh di Kemboja sekitar kurun keempat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 08:45 PM | Show all posts
Menurutnya, perkataan tujuh (7) dan saribu (1000) ditemui pada batu bersurat Vo-Canh di Kemboja sekitar kurun keempat.
Bukti-bukti lain termasuklah tiga perkataan pembilangan duaratus (200), sariwu tluratus sapulu dua (1312) dan dualaksa (20,000) pada prasasti Kedukan Bukit pada tahun 683, perkataan sapuluh dua (12) dan dua laksa (20,000) di prasasti Telaga Batu (Sumatera) pada 683.
Walaupun nombor atau simbol 'kosong' lewat tercipta, manusia sudahmemahami konsep 'kosong' jauh lebih awal seperti yang ditemui padatamadun-tamadun China dan Babylon.
Tamadun Maya-Aztec di Amerika Tengah juga berjaya mencipta simbol'kosong' yang menyerupai kulit siput. Namun mereka dipercayai tidakmemindahkan pengetahuan itu kepada perabadan bangsa-bangsa lainsehingga diwarisi pada zaman moden kecuali satu hipotesis.
"Pernah dihipotesiskan di International Congress of Americanist pada1949 bahawa wujudnya pertukaran budaya di antara Funan denganMaya/Aztec. Tapi, adakah sistem angka sebahagian daripada yangditukarkan?" kata Dr Mohammad Alinor.
"Tidak ada langsung bentuk simbol '0' di Asia Tenggara yang menyerupai kulit siput."



dah abis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.079313 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list